Salam…
Alhamdulillah, perhimpunan Bersih yang berlangsung semalam telah berjaya diadakan tanpa ada yang terkorban.. Itu yang penting.. kerana setiap nyawa itu sangat berharga.. tak kira la ianya nyawa para menteri, mahupun nyawa seorang penagih dadah di tepian sungai. Walaupun ada sedikit sebanyak kekecohan, tapi biasa la.. setakat bom asap dan semburan air, ianya memang menjadi warisan sejak zaman berzaman. (Ustaz Love baru dapat berita ada seorang meninggal.. tapi tak pasti kesahihannya)
Ustaz Love mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada penganjur perhimpunan kerana berjaya juga mengadakan perhimpunan walaupun disekat di segenap penjuru. Semua itu dengan izin Allah.. kalau Allah dah izinkan, takde siapa pun yang mampu menghalang.
Juga tahniah buat pihak berkuasa kerana berjaya mengawal keadaan tanpa menyebabkan kerosakan yang teruk pada jiwa dan harta benda. Luka sikit2 tu biasa la.. Pertandingan merentas desa pun boleh menyebabkan luka2.. apatah lagi kalau demonstrasi.
Cuma, selepas demonstrasi ni, macam biasa.. akan muncul ramai pengulas.. sama ada yang menghadirinya secara langsung, melihat secara langsung, melihat rakaman siaran langsung.. mahupun yang mengulas tanpa nak tahu apa yg sebenarnya telah berlaku.
Apa jua ulasan, Ustaz Love harap agar dapat dijaga bahasa yang digunakan.. tak kira la pro-Bersih ke, pro-Patriot ke, atas pagar ke.. Jangan mudah2 membahasakan para penunjuk perasaan sebagai pengkhianat.. Mereka juga rakyat Malaysia yang setia.. yang berjuang mengikut kefahaman dan pegangan mereka.. mereka juga membayar cukai, memajukan ekonomi negara..
Maka, janganlah sewenang2nya melabelkan mereka dengan bahasa2 kesat.. Mungkin juga asbab perjuangan mereka hari ini, kita bakal menikmati kemudahan pada suatu hari nanti. Orang yang kita gelarkan pengkhianat itu pula, mungkin suatu hari nanti, mereka2 itulah yang menjadi benteng depan perjuangan bangsa..
Bagi yang pro-Bersih pula, janganlah sewenang2nya melabelkan mereka2 yang tak turun perhimpunan sebagai pengecut, penakut dsb. Ustaz Love percaya, masih ramai yang menyokong apa jua perjuangan yang benar.. tapi dengan cara tersendiri. Ada yang melakukan solat hajat, berdoa, memberikan kata2 semangat dsb.. Masing2 punya peranan.. jangan mempertikaikan peranan orang lain.. jalankan saja peranan kita.
Tiada gunanya kita berbalah.. kerana mereka2 itu semuanya bangsa kita (bangsa Malaysia).. tak kira la penunjuk perasaan ke, polis ke, FRU ke, baju merah ke, baju penunggang basikal ke.. semuanya warganegara Malaysia. Tiada siapa yg menjadi pengkhianat di sini.. kerana masing2 menjalankan peranan mereka.
Semoga hari esok, langit akan cerah.. sebab Ustaz Love nak gi jenjalan kat Sogo.. hehe

lepas ni akan lahirlah ramai pengulas tidak berbayar huhu betul kata ustaz love, tak turun tak semestinya membantah..masing2 punya cara tersendiri..
diharap lepas ni keadaan akan semakin baik..sedih bila lihat saudara2 bertelingkah sesama mereka..
insyaAllah, aminn.. sama2 la kita berdoa π
betul 2.. x kisah la awak bersih or non bersih ke, parti berlainan ke ape.. 1 je yg minta, adab bahasa dan pertuturan perlu dijaga.. dan jgn lah sampai memecah belahkan umat.. bila berbeza pendapat, masing2 mengeluarkan kata2 kesat.. sampai bila nak aman kalau api bertemu api.. Ape2 pun, harap Malaysia kembali pulih dan aman semula..
Manusia memang susah nak mengalah.. takut nampak kalah dan lemah π
Betol3! setujoe! Semoga Allah pelihara kita semua dari kefasadan dan kezaliman~
insyaAllah, amin π
hmm betul tu. yg tak tahan nya dgn org yg mengulas tu. msg2 ada pendapat sendiri tapi tak perlu lah smpi hendak mencarut dan memaki dgn menggunakan bahasa kasar.
nampak tak molek bila kita membaca. haih , pyh bila mereka yg terlebih emo ni. klu tak suka pun tak perlu la smpi keluarkan kata2 kesat. buat dosa kering je hehehe
semangat persaudaraan Islam semakin terhakis dengan politik kepartian π
bila terlalu taksub dgn politik kepartian pkara2 lain pasti ditolak ke tepi dulu…
dahulukan kepentingan agama berbanding perkara lain.. insyaAllah selamat π
Saya setuju dengan ustaz, walaupun berbeza pendapat dan pandangan tak perlu kita menghentam mana2 pihak lebih2 lg dengan bahasa2 yg tak sepatutnya. Adakala lontaran pandangan yang diikuti dgn emosi hanya akan memperlihatkan kebodohan diri sendiri.. π
tak kira tua mahupun muda, jika letakkan perasaan di hadapan, maka akan keluar la perkataan2 yg tak berapa wajar dikeluarkan.. π
part nak gi jln2 kat sogo tu yg besh π
masing2 ada pendapat dan cara masing2..tapi rasanya msia tak perlu nak jd negara2 lain yg byk buat street rally/demo2…
Ustaz Love pun rasa mcm tu juga.. tapi kehendak rakyat juga perlu diambil perhatian.. kerana kerajaan ini dibentuk oleh rakyat (proses pengundian) dan rakyat juga berhak menuntut proses pengundian yg bersih drp penyelewengan.
Apa pun, Ustaz Love rasa DS Najib lebih berlembut dalam isu ni berbanding Tun M dulu π
ustaz mmg patut jln2 kt sogo.. window shopping pun best kn, hikk…
Ustaz Love tak berapa minat window shopping ni.. buat lenguh kaki.. biasanya terus tuju kat tempat nak beli barang.. dah beli, terus balik π
Salam ustz, lama tak bertanya khabar π sedih tgk Bersih kat Malaysia, Kat sini Gov Ausie tak halang pun…Aman je. Paling sedih bila menteri penerangan gagal memberi jawapan memuaskan kepada pemberita luar…
Salam fareed..
Manusia juga masih punya sikap keanak2an walaupun dah besar panjang.. Jangan berkata ‘jangan’ kepada kanak2.. itulah yg mereka akan buat.. Sebab itu, adalah lebih baik kerajaan mengambil konsep permainan layang2.. angin tengah kuat, lepaskan tali.. waktu angin slow, gulung2 tali.. agar layang2 tak jatuh, dan tali tak putus.
Jika Bersih dilayan sama seperti demo membantah serangan Israel suatu ketika dulu, insyaAllah ia akan menjadi perhimpunan aman.. rakyat menunjuk perasaan, bukan melakukan rusuhan π
mengikuti perkembang ni dari pagi, singgah jap kat sana pada sebelah pagi pastu balik rumah pantau kat wall TGNA jer
pagi2 biasanya tak kecoh sangat.. even para pendemo pun sempat lagi bersarapan sambil bergurau senda dengan polis2 yg bertugas.. π
ade yg meninggal ustaz.
Allahyarham Baharudin Ahmad, 56.Kelompok Camar, Ampang Ulu Klang
Inna lillahi wa inna ilaihi raaji’uun.. semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman dan beramal soleh.
Asap daripada bom asap tu memang menyesakkan nafas.. sangat berbahaya bagi mereka2 yg semput..
salam..
rasanya saranan KDYM Agong
sudah molek..
1-berbincang
2-berkumpul di stadium
PM pun kata okey mulanya..
tapi sepupunya kata tak boleh
jadi kita kena terima kemahuan
rakyat yang menuntut sesuatu
bukan sekarang..tunggu PRU-13
Salam bro zul..
InsyaAllah, segalanya akan berlaku dengan izin Allah.. bukan disebabkan ramainya orang yg menyokong mahupun mengeji. π
yup,
setiap kita ade peranan tersendiri… pro @ tidak, pasti ada hikmahnya BERSIH semalam…
lebih baik diam drp membabi buta menyumpah seranah @ mengulas dgn bahsa yg sgt rendah pekertinya…
kebanyakan yg agak bersemangat sehingga mengeluarkan kata2 sebegitu biasanya orang muda.. yang belum pernah dapat peluang mengundi.. hehe.
Bagi kita yg dah tua2 ni, dah merasai perjalanan politik negara π
betul2x.. setuju ngan ustaz love^^
terima kasih cik As π
mesti ustaz love sokong phimpunan tu kan…sy nak taye ustaz…da kecoh 1kl semalam..so skang ape cite?ape yg dapat?
Ustaz Love dah nyatakan pendirian di entry ni : http://ustazlove.com/blog/2011/07/soal-jawab-bersih-2-0/
Soal hasil, itu subjektif.. sbb hasil itu bukan dalam kawalan kita.. kita cuma disuruh untuk berusaha.. berdoa.. bertawakkal dsb. Allah sahaja yg akan menentukan hasil kejayaan sesuatu usaha itu..
Apa pun, semoga hasilnya nanti akan memberikan manfaat kepada semua pihak. Mungkin juga hasilnya tak nampak dalam masa yg pendek. Kalau tidak disebabkan keberanian pemimpin UMNO menentang Malayan Union suatu ketika dulu, mungkin kita tak dapat menikmati ‘hasil’ perjuangan mereka itu sekarang ni. π
YUP..
betul 2 ustaz love..
π
salam~
Salam najah.. macihh π
Walau apapun perjuangan mereka, hope kita sebagai rakyat tetap hidup aman bahagia hendaknya..
insyaAllah, aminn.. harga sebuah kedamaian itu memang mahal.. nak mengekalkannya juga memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit π
salam ustaz….nak tanya sikit ni tp bukan pasal blog tp pasal santau atau buatan org…
Salam FF..
boleh.. sila la.. insyaAllah, Ustaz Love akan cuba jawab sekadar kemampuan π
ada emel ustaz tak…nak komen sini x berapa sesuai….sb ni berkaitan dgn ff
ustazlove[at]gmail[dot]com π