I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Seronoknya Berniaga

Salam…

Menjelang beberapa hari lagi nak berpuasa ni, serentak Ustaz Love teringat pengalaman berniaga bazar Ramadhan masa jaman muda2 dulu.. Serius Ustaz Love bukanlah daripada keluarga bisnes.. Arwah mak Ustaz Love, walaupun masak sedap (orang kg kata, masak guna kaki je.. nak menggambarkan terlalu mudah memasak masakan yg sedap ni), tapi bila orang cadangkan untuk berniaga ke, memang awal2 beliau akan menolak. Sebab beliau sangat pemalu orangnya.. macam anak dara..

Ustaz Love juga mewarisi sifat kepemaluan arwah mak Ustaz Love.. memang tak reti, bahkan malu untuk menjual.. sedangkan Ustaz Love memang ramah di kalangan kawan2.. tapi bila nak menjual barang je, memang tak reti nak cakap.. last2, guna sendiri je barang2 tu..

Walaupun begitu, Ustaz Love mempunyai minat yang sangat mendalam dalam bidang perniagaan ni.. Selalu berangan2 nak buka restoran sendiri. Tapi setakat angan2, ianya takkan menjadi kenyataan.. perlukan juga usaha dan pergerakan…

Ustaz Love berniaga di bazar Ramadhan masa tu sebab dah takde pilihan.. baru berhenti kerja.. Duit pun makin hari makin kurang.. Maka tercetus la idea nak berniaga ni.. Beli barang2, masak kat rumah.. angkut guna teksi.. berniaga kuih je.. tapi alhamdulillah, hasilnya boleh tahan.. Mula2 segan2 gak nak tayang muka.. kebetulan ada plak la junior masa sekolah yg sesat kat bazar tu.. siap tegur Ustaz Love lagi.. memang kembang je muka masa tu..

Tapi, lama2 timbul plak perasaan seronok.. seronok tengok orang datang beli.. seronok tengok jualan laku.. Walaupun penat dengan puasa, panas dsb, tapi hati terubat tengok hasil jualan. Terasa berkatnya pendapatan masa tu..

Ada sekali tu, Ustaz Love jual bubur ayam.. tapi, mula2 dah buat banyak.. so, tak habis la.. esoknya, dah tak buat dah bubur ayam tu.. sampai la ada seorang kakak tu datang dengan suaminya.. tanya bubur ayam.. Ustaz Love kata tak jual dah.. tengok muka beliau sedih je.. beliau kata, datang jauh ke bazar ni semata2 nak beli bubur ayam yg Ustaz Love jual.. esoknya, Ustaz Love buatkan bubur ayam tu 2 bungkus khas untuk akak tu.. terasa puasnya hati ini..

Tapi itu dah lama.. Ustaz Love pun dah kekok rasanya kalau nak mula berniaga balik.. tapi, kalau nak berjaya, memang kena berusaha la.. Itu lebih bermanfaat daripada bisnes cari orang ni (cari downline) dan lebih terasa keberkatannya.. Bleh dapat kawan ramai.. bukannya bila nak jumpa je, member pun nak mengelak.. sbb dok cerita pasal duit lebat..

Mungkin ramai juga yang akan mencuba2 untuk berniaga pada bulan puasa ni (berniaga tudung, baju raya, kuih raya dsb).. Takde masalah nak berniaga.. mungkin juga perniagaan yg dimulakan dalam bulan yg berkat ini, bakal memberikan keberkatan pada kehidupan.. dan perniagaan itu akan berkembang maju pada bulan lain.. cuma, dalam sibuk berniaga, jangan dilupakan amalan2 yg lebih utama dilakukan dalam bulan Ramadhan nanti..

Sambil2 tunggu pelanggan, bacalah al-Quran.. tak semestinya kena baca kat masjid je.. dan jagalah pandangan.. sbb yg datang bazar Ramadhan tu bukannya semua yg menjaga aurat.. dan jangan lupa ibadah tarawih.. penat macam mana pun, usahakanlah untuk solat tarawih sekalipun sekadar 8 rakaat.. dalam bulan Ramadhan je ada solat tarawih ni.. bulan lain dah takde dah.

InsyaAllah… dengan ibadah yg kita lakukan, akan memberikan lebih keberkatan dalam kehidupan mahupun perniagaan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 Comments

Add a Comment
  1. betul tu ustad, berniaga produk sendiri (hasil buatan sendiri) kepuasan nye sgt maxima berbanding jual produk org lain pastu kawan pun lari..bab cari downline pastu lagi bile kite dah tak buat bisnes tu kawan2 yg lari dulu tu dok main perli2 kite…sedeh jer rasa.

    Selamat berpuasa yer ustad (^^,)v

    1. kalau jual produk sendiri, untung 100% kita punya.. kalau jual produk org lain, kita cuma amik percent keuntungan.. tapi takde masalah.. janji halal..

      kena perli tu biasa la.. adat dalam berniaga..

      Selamat berpuasa juga kepada Jiejah Gorjes πŸ˜‰

  2. Opssss, salah teman plak, hehehehe. Niat tu ptg, InsyaAllah, dipermudahkan…..

    Selamat berpuasa ye ustaz

    1. Salam Melatiqistyna..

      Boleh la sikit2.. insyaAllah, aminn.. Selamat berpuasa juga untuk Melati πŸ˜‰

  3. betul 2 ustaz love
    najah pown dh berniaga sekarang nie..dr agent dah up jd stokist..Alhamdulillah..memang kepuasan dirasa berniaga cm nie..dr cri2x org utk downline..
    bile org lain gembira..kita pown secara xlangsung..bertambah2x la gembira…:)

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme