I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Semuanya Dengan Izin Allah

Salam…

Keyakinan kepada Allah (Beriman Kepada Allah) merupakan rukun iman yang paling asas. Diletakkan di tempat pertama, bukan di tempat ketiga, kelima, mahupun keenam dalam Rukun Iman. Ianya juga asas kepada akidah dan rukun Iman yang lain.. tanpa kesempurnaan rukun Iman yg pertama, adalah mustahil untuk mencapai tahap keimanan yang lain (beriman dengan Malaikat, Kitab, Rasul, Hari Kiamat dan Qada’ dan Qadar).

Semuanya ini mempunyai perkaitan.. Tanpa keyakinan yg betul terhadap Allah s.w.t., maka setinggi mana keyakinan terhadap perkara lain tidak akan diiktiraf.. Sebab itu asas kepada agama Islam merupakan syahadah..

Bila kita beriman kepada Allah, maka kita akan meyakini bahawa segala sesuatu itu datangnya daripada Allah.. tak kira yang baik mahupun yang buruk.. Semuanya berlaku dengan izin Allah.. tidak akan bergerak dedaun di tengah hutan yang tebal, kecuali dengan izin dan pengetahuan Allah.. begitu juga tidak bergerak pasir2 di dasar lautan, melainkan semuanya berlaku dengan izin dan pengetahuan Allah.

Perkara2 yg baik berlaku dengan izin Allah.. perkara2 yg buruk juga berlaku dengan izin Allah.. Tidaklah bermakna sekiranya ianya berlaku, maka ianya sesuatu yg baik (sbb diizinkan Allah untuk berlaku).. dab bukanlah juga bermakna jika tak berlaku, maka ianya sesuatu yg buruk (sbb tak diizinkan oleh Allah).

Seseorang yang berdoa agar disembuhkan daripada penyakitnya, tetapi penyakitnya tak sembuh2.. hingga membawa kematian.. bukanlah disebabkan doanya itu buruk sehingga Allah tak kabulkan, melainkan mungkin Allah menggantikannya dengan yg lebih baik daripada permintaan doanya..

Seorang yang melakukan amalan syirik (pemujaan, khurafat dsb) dan berjaya menyampaikan perbuatan syiriknya itu (berjaya menyantau orang sehingga mati, berjaya menyihir pasangan sehingga bercerai berai dsb), ianya juga berlaku dengan izin Allah. Tetapi bukanlah bermakna ianya sesuatu yg baik. Sebaliknya, ianya diizinkan untuk berlaku dengan tujuan untuk menyesatkan lagi pengamal syirik tersebut.. Sehingga ianya menyangka bahawa ia telah berjaya, padahal dia berada dalam kesesatan yang nyata (ini dinamakan istidraj).

Sebab itulah agama ini tidak dinilai kejayaannya dengan hasil.. kalau berjaya, maka dikatakan itulah kehendak agama.. kalau gagal, maka disangka bahawa itulah larangan agama.. sebaliknya agama Islam hanya mementingkan usaha (iman dan amal).. kerana soal hasil (natijah) itu, hanya Allah saja yang akan menentukannya.. sama ada berhasil masuk ke syurga, ataupun berhasil masuk ke neraka.

Usaha itu pula perlulah selari dengan kehendak syariat.. Jika usaha itu bersandarkan khurafat dan bid’ah, sekalipun ianya nampak macam berhasil (contohnya, tanam uri dengan iPad.. 20 tahun kemudian, anak itu menjadi programmer), sebenarnya adalah istidraj yang semakin menyesatkan.

Oleh itu, jangan berpegang kepada hasil.. tapi berpeganglah kepada syariat yg sahih.. kerana kejayaan sebenar di dunia ini adalah apabila kita berjaya mentaati Allah dan Rasul..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 Comments

Add a Comment
  1. setiap apa yg terjadi, pasti ada hikmah kan ustaz πŸ™‚ oh ya ustaz, nak tanya..sebelum ni saya pernah dengar satu statement ni tapi tak tahu setakat mana kesahihannya..

    lafaz Insya’ Allah akan dituntut di akhirat kelak, betulkah ustaz? maksudnya, contohla, kita berjanji dgn kawan, tapi tak sure dapat tunaikan atau tidak, means dlm keadaan ragu2, jadi kita lafazkan Insya’ Allah..

    1. Ustaz Love tak pernah dengar plak statement mcm tu.. sbb ‘insyaAllah’ itu memang dituntut untuk diucapkan.. dengan niat kita nak menunaikan (tak kira la dapat tunaikan ke, tak dapat ke)..

      InsyaAllah ni ada 2.. satu insyaAllah Nabi Musa a.s… dan satu lagi insyaAllah Nabi Ismail a.s.. InsyaAllah, ada masa nanti Ustaz Love buatkan entry πŸ˜€

  2. suke bace entri nih…=).. mase sy bljar kalau ade kapel study same2 smpai lewat mlm tp dpt 4.0..mst ramai bdk ckp tu istidraj…btul ke ustaz?

    1. lebih kurang la tu.. buat maksiat, lepas tu berjaya.. padahal tiada kejayaan dalam maksiat πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme