I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Ramadhan : Solat Tarawih

Salam…

Ustaz Love langkau dulu pasal rukun ke 2 berpuasa.. untuk memberikan laluan kepada entry tarawih yang akan kita lakukan sebentar lagi.. iaitu selepas solat Isyak.. pehh.. dah mcm iklan berbayar plak..

Tarawih ni bermaksud rehat.. Solat tapi berehat.. bukannya solat express mahupun Transnasional..  dan tarawih ini dilakukan 2 rakaat.. kemudian 2 rakaat dan seterusnya..

Soalan pisang panas.. Tarawih 8 rakaat ke, 20 rakaat?

Sebelum menjawab persoalan pisang panas itu, ada baiknya Ustaz Love huraikan sket kaedah dilakukan solat tarawih ini.. Oleh kerana solat tarawih ini adalah sunat, maka hukum melakukannya adalah sunat juga.. bukannya wajib.. yang wajib adalah solat fardhu..

Ianya boleh dilakukan secara berjemaah, mahupun secara sendiri2.. tetapi, yg lebih afdhal adalah dengan berjemaah.. sbb hanya dengan solat tarawih berjemaah saja kita mendapat manfaat membaca dan mendengar ayat al-Quran. Kalau solat sendiri2, memang habis2 baca 3 Qul tu je la.. hehe..

Tetapi, yg lagi dituntut untuk berjemaah adalah solat fardhu itu.. maka, janganlah kita melebihkan yg sunat berbanding fardhu.. lepas berbuka esok, punya la nak bersiap nak solat tarawih (dengan pakai sampin dan songkok.. mcm la jurunikah nak layan lepas tu.. hehe) sampai terlepas solat fardhu Maghrib secara berjemaah. Berbuka ala kadar je (makan kurma dan minum air), lepas tu cepat2 gi masjid solat Maghrib berjemaah..

Kat Malaysia ni memang dah dibudayakan dengan tasbih dan selawat bagi mengiringi setiap 2 rakaat.. ada kaedah2 tasbih dan selawat yg orang2 tua akan pasang telinga dengar pak bilal berselawat.. kalau silap sket, memang pakai kena gossip la lepas tu.. siap ada yg lagi advance buat report kat jabatan agama pun ada.. inilah fenomena yang hanya berlaku dalam bulan puasa.. maafkan la pakcik2 tu.. kita nak bagitau lebih2 (yg tasbih dan selawat tu bukanlah suatu kemestian) pun susah gak.. nanti beliau kecik hati.. maka, pak bilal kena la amik perhatian.. tak payah la sampai tampal kat dinding selawat tu.. dah mcm tadika Islam plak gayanya.. cukuplah pak bilal alert masa bila nak sebut فضلا من الله ونعمة dan سبحان الملك المعبود .. sebab kadang2 imam pun berpandukan selawat tu juga nak tentukan time bila nak berdoa..

Dan solatlah dengan penuh perhatian.. tumpukan perhatian pada bacaan imam.. takde masalah sama ada nak pegang al-Quran ke, nak tengok al-Quran digital ke semasa solat tarawih, cuma ia boleh mengurangkan kekhusyukan.. sebaiknya yg di belakang imam tu al-hafiz.. kalau takde al-hafiz, maka boleh la yg kat belakang imam tu pegang al-Quran kecik.. takut2 imam tersangkut bacaan ke.. tapi kalau imam tu sendiri baca al-Quran besar yg diletak di depan, maka tak payah la makmum nak susah2 hati takut imam tersangkut bacaan.. kecuali la helaian al-Quran tu terselak ditiup angin.. hehe..

Para imam juga, janganlah merempit ketika membaca al-Quran.. bacalah dengan kaedah tadwir (sederhana).. agar para jemaah pun tak semput mendengarnya.. biarlah tak habis satu juzu’ satu malam, asalkan boleh baca dengan tertib dan tajwid yg betul.. ditambah lagi dengan suara yg merdu serta tarannum yg tak sumbang.. itu lebih baik daripada nak kejarkan habis satu juzu’ satu malam, tapi bacaan tunggang langgang.. habis segala traffic light tajwid dilanggar..

Juga, sekalipun solat tarawih itu solat sunat, tetap perlu dilakukan dengan tertib dan teratur.. jangan seperti ayam yang mematuk tanah.. kesiankan jemaah yang dah tua2 tu.. boleh patah pinggang akibat terlalu laju rukuk, i’tidal, sujud dsb mengikut imam express..

Juga bagi jemaah yg bawa anak2 tu, letakkan anak di sebelah agar boleh kawal beliau daripada bermain.. kalau tak mampu nak jaga, letak je kat rumah.. biar beliau solat dan ibunya.. jangan sampai kehadiran anak2 kita mengganggu jemaah lain..

Dan tukang2 hidang moreh, janganlah abaikan solat tarawih.. sekalipun ianya sunat, bila lagi nak buat kalau bukan dalam bulan Ramadhan ni? Solat la barang beberapa rakaat sebelum meneruskan tugas menghidangkan makanan.. Hidangan moreh yg terlalu awal juga boleh mengganggu kekhusyukan imam dan makmum akibat aromanya yg menyucuk hidung..

Juga, bila dah ramai2 ni, jagalah barang2.. jangan bawak barang berharga gi masjid.. kasut pun, pakai je kasut cap ayam.. sebab bila dah ramai2 ni, biasa sangat berlaku kehilangan barang.. terutama kasut dan selipar.. mcm solat Jumaat jugak.. jangan buka ruang untuk kita memaki dan merungut akibat kehilangan barang2 di masjid..

Entry ni sekadar nasihat dalam kita menempuhi ibadah tarawih ni.. takde la ilmiah mana.. tapi insyaAllah, diharapkan sedikit sebanyak dapat memberi input berguna untuk kebaikan kita bersama.. Selamat bertarawih dan bermoreh 😀

p/s: bab solat tarawih 8 ke 20 rakaat tu, lepas habis moreh tarawih nnt Ustaz Love tulis.. insyaAllah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 Comments

Add a Comment
  1. Assalamu’alaikum, ustaz.

    saya ingin bertanya, jika sekiranya kita terlewat tiba di masjid, dan ketika itu imam pun dah mulakan solat tarawih sebanyak beberapa raka’at, bagaimana kita sebagai makmum untuk mengikutnya, contoh(Imam telah buat sampai 4 rakaat, tapi kita baru mula sebagai rakaat pertama).

    Adakah setelah imam selesai rakaat kelapan itu, kita perlu sambung lagi secara sendirian.

    sekian.

    1. Waalaikumussalam..

      solat tarawih itu 2 rakaat, 2 rakaat.. bermakna, kalau imam dah masuk rakaat ke 2, dan kita baru sampai dan sempat rukuk bersama imam, bermakna kita dah dapat 1 rakaat.. bila imam bagi salam, maka kita bangun untuk sambung lagi satu rakaat.. biasanya sempat habiskan rakaat tu sebelum imam mulakan rakaat seterusnya (sbb kita cuma baca qul huwallah).

      Bila imam dah selesai 8 rakaat, biasanya imam akan sambung dengan witir.. ikut je imam sampai habis witir tu.. lepas tu, imam pun gi makan moreh kan? maka kita sambung la rakaat yg tak cukup tu dulu.. kalau takut tak sempat makan moreh, makan la dulu.. lepas tu sambung kat rumah..

      kalau tak sambung pun takde masalah.. sbb solat tarawih 8 rakaat tu sunat.. kalau buat 2 rakaat pun takde masalah.. cuma rugi la.. tambah2 dah masuk bahagian akhir ramadhan ni.. makan lepas raya pun bleh makan.. tapi, tarawih ni masa bulan puasa je.. malam raya pun orang dah tak buat tarawih dah..

      jadi, kalau nak sambung, jangan sambung sampai 8 rakaat.. sambung terus sampai 20 rakaat.. baru berbaloi2 😉

      1. Terima kasih la ustaz atas jawapan tadi. Ni kira ustaz baru habis tarawih lah ni ye? Baru tadi sy tanya terus dpt haha..

        Sebnarnya sy miss mlm ni pya sbb terlepas la tadi pya hal, tapi baru tlepas sikit je… Aduh kalau tau bleh jugak sambung….takpa still ada bbrp hari je lg kan

        1. Kebetulan masa tu Ustaz Love tengah makan moreh.. jadi, tinggal jap kuih nak jawab soalan ni.. hehe..

          apa salahnya sambung kejap2 lagi.. tarawih ni tak semestinya kena buat berjemaah.. buat sendiri2 pun sunat gak.. jangan tunggu hari esok.. mana la tau kot2 malam ni lailatul qadr ke 😉

  2. salam ,, ustaz ,, klu buat sendiri solat tarawih dirumah krn bersebab ..,, wajib ke bc wirid yg dibacakan antara solat2 tarawih yg dijawab oleh makmum tu …=)

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme