I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Orang Tua Berjiwa Muda.. Sayang Mukanya Dah Berkedut

Salam…

Cewahh… panjang plak tajuk entry ni.. Mungkin sekali imbas, dengan membaca tajuk, kita dah boleh nak agak apa isinya.. Namun begitu, kena baca sampai habis jugak.. sbb tak boleh nak nilai entry berdasarkan tajuk semata2.. sama seperti tak boleh menghakimi buku berdasarkan kulitnya.. hehe

Entry ni terhasil daripada pemerhatian Ustaz Love pada seorang subjek (subjek ini bukanlah pengunjung blog Ustaz Love.. tapi seorang tua nun jauh di Zimbabwe).

Kehidupan manusia di atas muka bumi ini akan melalui beberapa fasa (sama juga mcm dalam perut ibu dulu.. ada fasa seketul darah, ada fasa janin, ada fasa ditiupkan roh sampailah kepada kelahiran).. fasa baby.. fasa kanak2.. fasa remaja.. fasa dewasa.. fasa orang tua.. kemudian maut pun akan datang menjemput.. kalau tak datang2 jugak, ada kemungkinan beliau akan mengalami kembali fasa remaja.. fasa kanak2.. fasa bayi.. jadi terbalik.

Sebab itu, kita dianjurkan untuk berdoa supaya dipanjangkan umur dengan ibadah.. maksudnya lagi panjang umur, lagi banyak ibadah yg kita boleh lakukan.. dan kena sentiasa berdoa semoga kita tak ditimpa penyakit nyanyuk (ini bukan sejenis penyakit bawaan nyamuk.. dalam bahasa Indonesia dipanggil pikun).. bila dah nyanyuk, maka jadilah kita seperti baby2.. orang nak kena mandikan.. nak kena suapkan makan.. basuhkan berak dsb.. bezanya, baby2 itu sangat cumel.. walaupun terberak penuh satu badan, bila dah mandikan, pakaikan bedak, terasa nak cium2 je baby tu.. sebaliknya, seorang yg nyanyuk, walaupun kena jaga mcm baby, tapi bukanlah baby sebenarnya..

Setiap fasa yang dilalui oleh manusia, maka secara praktikalnya, manusia kena beraksi mengikut tahap umurnya.. seorang budak kecik, dipandang tak sopan untuk duduk mengumpat bersama2 orang tua.. sbb bukan tahap budak kecik untuk duduk mengumpat (walaupun hakikatnya, tua ke, muda ke, mengumpat itu adalah dilarang oleh adat dan syarak). Seorang tua, memakai topi besbal terbalik dan memakai seluar Bermuda (seluar panjang takat lutut), dok menari shuffle dengan budak2 remaja.. adalah sangat tidak sopan.. walaupun tarian itu sebenarnya menyihatkan badan..

Itu dari segi perlakuan.. dari segi percakapan juga, seorang budak kecik tak boleh nak berlagak mcm orang dewasa.. bercakap isu2 politik dsb.. sbb bukan tahapnya untuk bercakap perkara2 sebegitu disebabkan akalnya belum sampai ke tahap itu.. begitu juga seorang tua, tidak layak menggunakan bahasa budak2 muda.. sebab akan nampak seperti kebudak2an dan menghilangkan kehaibatan (gah) seorang tua itu..

Bayangkan, seorang tua berlawan cakap dengan seorang remaja.. remaja itu menggunakan kata2 kesat sambil mencarut2.. dibalas dengan kata2 kesat dan carut marut yg lebih extreme oleh orang tua.. siapa agaknya yg akan dipandang rendah? Walaupun sewajarnya para remaja menggunakan bahasa yg sopan bila bercakap dengan orang tua, tetapi adalah lebih wajar seorang tua itu menggunakan bahasa yg sopan dalam mendidik para remaja.. kerana yg tua biasanya akan dijadikan contoh.

Sebab itu kita kena selalu mencermin diri.. hanya dengan bercermin diri sahaja, kita akan nampak apa yg ada pada diri kita.. mata yg memandang, biasanya akan melihat perbuatan orang lain.. sedangkan mata yg melihat cermin, akan nampak segala kecantikan dan kekedutan yg ada pada diri sendiri..

Baju yg kedut boleh diseterika.. tubuh yg kedut tiada ubatnya.. 😉

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 Comments

Add a Comment
    1. wah.. kaedah baru tu.. kena try ni.. (perangai manusia.. yg orang larang tu la yg dia nak buat).. hehe 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme