I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Membazir

Salam…

Kali ni Ustaz Love nak tulis entry pasal pembaziran.. Tak pasti dah pernah tulis ke belum.. tapi tak kisah la… Janji ianya dapat bagi manfaat kepada Ustaz Love dan para pembaca blog Ustaz Love.

Bukan nak cerita pasal pembaziran itu saudara syaitan ke, keburukan pembaziran ke dsb. Ustaz Love nak fokuskan pasal silap faham berkenaan pembaziran.

Kadang2 kita dah ditanamkan dalam kepala sejak kecil lagi.. Jangan membazir.. Makan kena habiskan, kalau tak membazir.. Sebab tu la para mak2 kita kadang2 berbadan besar disebabkan sibuk menghabiskan makanan anak2nya yang tak habis.. Dan anak2 yang tak nak kena leter dengan mak, akan bersungguh2 cuba menghabiskan makanan mereka walaupun perut dah kenyang terlajak..

Begitu juga ibu bapa selalu berpesan kepada anak2.. agar berjimat cermat dan jangan membazir.. Duit lebih tu boleh masuk tabung.. lepas tu bleh masuk ke bank (kadang2, tak sempat masuk bank, tabung tu dah kena pecah oleh mak ayah.. terutama lepas raya.. hehe). Sehinggakan anak2 disemai dengan sikap kedekut dan taik idung masin.. semata2 nak memenuhi tabung ayam..

Jadi, di manakah positifnya berjimat-cermat?

Sebenarnya, memang berjimat cermat tu salah satu sikap yg positif (saje je nak gempak).. tapi, disebabkan kesalahan kita memahami akan maksud pembaziran itu menyebabkan jimat-cermat itu telah bertukar menjadi maksud kedekut pahit..

Membazir dari sudut kewangan ini (sudut lain, lain kali bincang) sebenarnya bukanlah terletak pada harga, jenama, kualiti, kuantiti dsb.. Sebaliknya ia terletak pada kedudukan kewangan seseorang.. berdasarkan kepada keperluan dan kehendak seseorang..

Keperluan ini adalah sesuatu yg asas dalam perbelanjaan.. seperti bajet untuk makan, minum, segala perbelanjaan keluarga (bagi ketua keluarga) termasuk bil2, duit minyak, tol, takaful, simpanan dsb.. Apabila keperluan ini semuanya telah dipenuhi, jika ada lebihan, maka ianya harus untuk dibelanjakan sebanyak mana sekalipun.. nak beli baju berjenama ke, makan makanan yg mahal2 ke, nak beli emas, berlian, intan, permata, taik unta.. semuanya takde masalah.. ianya terkeluar daripada kategori pembaziran..

Jika belanja dapur pun tak lepas, kemudian sibuk nak beli iPhone la, iPad la, makan kat restoran mewah la dsb.. maka, inilah yg dinamakan pembaziran.. Yg asas tak lepas, sibuk plak nak penuhi kehendak (yg takkan puas sampai bila2)..

Masuk sikit bab makanan (sbb dah cerita kat atas sikit).. Kalau makan nasik tak habis, simpan dalam peti ais.. esok bleh buat nasik goreng ke, nasik ayam ke, nasik kucing ke.. kalau tak bleh nak buat apa dah, buang je la.. Sambil insaf dalam hati, nanti nak masak cukup2 je.. tak nak membazir.. tak perlu la sampai nak kena habiskan sehingga menyebabkan kekenyangan melampau.

Biar sikit, tapi cukup.. daripada banyak, tapi tak habis.. Inilah sebahagian konsep keberkatan dalam makanan πŸ˜‰

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 Comments

Add a Comment
    1. yg lebih baik daripada itu, kena galakkan anak2 berjimat cermat.. sebahagian daripada simpanan, galakkan pula untuk menderma.. insyaAllah, dapat memelihara daripada sifat kedekut πŸ˜‰

  1. salam ustaz..lama tak dtg sini
    betul kata ustaz..kdg2 sebab tak nak membazir makanan mak /ayah yg habiskan..tp sebenarnya pendekatan yg lebih baik amik sket dulu, kemudian tambah…kadang2 pun rasa mcm sukar nak fahamkan anak2 supaya jgn membazir…

    1. Salam MamaYatie..

      Itulah yg terbaik.. amik sikit2.. tak cukup boleh tambah..

      Nak fahamkan anak2 ni, kena tunjuk dengan akhlak.. bermula daripada ibu bapa dan masyarakat sekeliling.. ibu bapa kena jadi seorang yang tak membazir, insyaAllah anak2 akan ikut πŸ˜‰

  2. salam ustaz saya nk tanye ape hukumnyer kite derhakan pada mak tiri? sama ke taraf mak tiri ngn mak sendiri?

    1. mak tiri berbeza dengan mak kandung daripada beberapa sudut.. mereka juga mempunyai persamaan daripada beberapa sudut.. insyaAllah, nanti Ustaz Love buatkan entry πŸ˜‰

    1. kadang2, duit tu dah berkat dah (hasil yg halal), tapi sifat manusia yg tak pernah cukup menjadikan duit yg banyak itu terasa tak cukup πŸ˜‰

  3. sy sokong ustaz 100%…hehe…pentingkan keperluan dulu br kehendak..tp mostly laki susah nk wat bende nih…pmpn pndai jimat…pe komen ustaz?hehe

    1. kalau Ustaz Love nak komen, mungkin akan menjadi entry bersiri (mcm entry saka).. cukuplah Ustaz Love mengulas je.. hehe..

      orang pempuan memang pandai berjimat.. berjimat untuk membeli barang yg dia suka.. ikat perut daripada awal bulan.. simpan duit.. bila ada sale, habis terburai segala duit simpanan.. hehe πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme