Salam..
Ini merupakan percubaan Ustaz Love (tak pasti yg pertama ke, yang ke berapa) untuk menulis entry berunsurkan iklan. Walaupun bukanlah entry berbayar, tapi nak try jugalah. Mungkin ada hasil sikit walaupun tak banyak.
Ustaz Love sebenarnya tak suka sangat makan aiskrim.. tak tahu bila start tak suka.. sebab masa kecik2 dulu, Ustaz Love memang peminat aiskrim tegar.. asal apek jual aiskrim lalu je, mesti kena tahan dengan Ustaz Love.. dan arwah mak Ustaz Love akan setia untuk membayarnya.. Bukan sebab banyak duit, tapi Ustaz Love makan aiskrim murah je.. sebab tu lepas makan, terus gatal2 lidah. Mungkin ada kaitan dengan ais kering yang diletakkan dalam kotak aiskrim kat belakang motor tu.
Aiskrim kon yang berbalut (mahal sket harganya) Ustaz Love jarang2 dapat makan. Kalau dapat tu memang heaven la.. sampai ke titisan aiskrim terakhir, Ustaz Love akan menikmatinya.. Lepas tu buat gaya ala2 mcm dalam tv.. kuat betul pengaruh iklan kat diri Ustaz Love masa kecik2 dulu.
Bila dah makin tua ni, Ustaz Love semakin kurang makan benda2 berkrim ni.. tak kira la aiskrim ke, kek ke, krim rambut ke.. rasa mual je bila makan.. bila dah tau mesti makan tak habis, maka Ustaz Love lebih rela tak beli dan tak makan.
Biasanya kalau demam dan muntah2, doktor memang cadangkan supaya makan aiskrim.. supaya mengembalikan tenaga yang hilang.. kalau sakit perut dan cirit-birit, memang tak digalakkan untuk makan aiskrim.. sebab ianya berasaskan susu.. Ustaz Love pun tak pasti ada berkaitan ke tak. Tapi itu la petua yang diberikan oleh seorang member Ustaz Love yang bergelar doktor.
Sempena entry aiskrim ni, Ustaz Love nak promo satu aiskrim (bukan buatan sendiri). Aiskrim jenama ni Ustaz Love pernah merasainya suatu ketika dulu (sebelum Puduraya mengalami pengubahsuaian.. kira dah lama la kan?).. tapi kenikmatannya masih terngiang2 di tekak ini. Walaupun agak mahal daripada aiskrim kon yg dijual penjual aiskrim bermotor, tapi penyediaannya lebih sihat. Takde la tengah sedap2 korek idung, pastu tanpa basuh tangan terus pegang kon dan isi aiskrim.
Namun begitu (part ni tak berapa best sket), setakat pencarian Ustaz Love, Baskin Robbin takde sijil halal JAKIM.. tetapi mereka mempunyai sijil halal yang dikeluarkan oleh IFANCA (Islamic Food and Nutrition Council of America) yang diiktiraf oleh JAKIM. Maka, takde masalah la nak menikmatinya (gempak je kan.. hehe).
Jadi, sempena entry aiskrim ni, Ustaz Love nak kongsikan satu promosi iklan daripada says.my. Ada aiskrim terbaru versi Kapten Amerika (hero kegemaran Ustaz Love masa kecik2 dulu). Makan, amik gambar dan jawab soalan kat sini.. bleh dapat 2 tiket untuk menonton movie Captain America, The First Avenger!
Selamat mencuba π

menarik entry ni π me pun tak suka sgt aiskrim, unles kalau free ie org belanja hehehhe
barang free memang the bestest.. hehe π
tak pernah makan lagi eskrim baskin robbins tu..mahal kan?mak tak kasi makan eskrim mahal2, mak kata jgn membazir hehe
membazir tu subjektif.. kalau ada duit banyak, tak salah nak makan mahal2 π
kecik2 dulu paling suka mkn aiskrim dlm mcm krim2 & luar salut dgn lime.. sedap giler, hikk…
haa.. yg tu Ustaz Love suka.. sbb rasa krim tu dicover oleh rasa lime.. ada lagi ke aiskrim mcm tu skrg? biasanya bersalut coklat.. Ustaz Love pun tak berapa minat makan coklat π
klau ada lagi msti harga mahal.. tapi dulu klau 50sen dh bole dapat punya, hikk…
rugi ustaz love x suka eskem :p
memang rugi.. tapi dah cuba, takleh nak masuk sangat π
kalau ada masalah tonsil pun, doctor suruh makan aiskrim bebanyak…
dah lama tak makan aiskrim..kena cari ni..hehe
ustaz, mohon ustaz ulas mengenai nifaq.tq
kalau bleh, makan aiskrim cup.. jangan makan yg kon.. terjelir2 menjilatnya nampak kurang manis.. hehe..
insyaAllah, nanti Ustaz Love cuba ulaskan π
salam ustaz,
kecik2 dulu dpt mkn es kepal aje..hehe
salam kakyon..
ais kepai (air batu yg dikisar guna mesin, atau disagat guna penyagat ais.. mcm nak buat ABC atau cendol gak.. dikepal2 buat bentuk bulat.. lepas tu disiram dengan sirap pekat warna merah dan hitam (gula merah)..) memang nostalgia.. lepas hisap yg manis2, ais yang dah tawar tu buat main baling2 macam snow ball.. hehe
Ustaz, hagen dazs tu halal ke?