I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Khulasah Jenis InsyaAllah

Salam…

Entah apa mimpi Ustaz Love gunakan bahasa Arab plak untuk tajuk entry.. hehe.. khulasah (خلاصة) maksudnya kesimpulan.. Seperti yang Ustaz Love janjikan semalam, insyaAllah hari ni Ustaz Love cuba buat sedikit ulasan tentang 2 jenis insyaAllah itu..

Jika diperhatikan, Nabi Musa dan Nabi Ismail alaihimassalam mengucapkan perkataan insyaAllah itu dan digandingkan dengan kalimah sabar.. ini kerana, insyaAllah itu sendiri adalah merupakan suatu janji. Bukan janji main2, tapi janji yang tulen bang punya..

Bermakna, bila diucapkan insyaAllah, ianya memberikan maksud suatu janji yang ingin ditepati.. cuma bergantung dengan keizinan Allah sama ada ianya dapat ditunaikan ataupun tidak. Ini juga memberi tanda aras kepada keimanan.. iaitu takut tak dapat tunaikan janji, dan berharap janji itu dapat ditunaikan.

Jadi, bukanlah insyaAllah itu bermaksud tak pasti, 50-50 dsb.. Bak kata peribahasa Melayu “Kalau sudi, katakan sudi.. tidaklah hamba tertampi2.. kalau padi katakan padi, tidaklah hamba termakan roti”.. hehe.. gurau je..

Contohnya, kalau kita ada jemputan kenduri, dan kita pasti yg kita tak dapat hadir pada masa tersebut, maka hendaklah memberitahu kepada tukang jemput itu bahawa kita tak dapat hadir.. bukannya memberikan bayangan “insyaAllahhhhhh” (dengan harkat yang panjang).. memang budaya Melayu sentiasa cakap beralas, tapi ada masa2 tertentu, kita kena cakap lepas.. bak kata P. Ramlee “Cakap tu biar terang”.

Dalam kes Nabi Musa a.s., bukanlah Baginda itu seorang yang tidak menepati janji (janji tak nak pertikai tindakan Nabi Khidir).. sbb tidak menepati janji itu bermaksud tidak amanah.. tak amanah tu maksudnya khianat.. dan itu bukanlah sifat seorang Nabi. Nabi Musa a.s. melafazkan “insyaAllah” dengan keyakinan Baginda bahawa Baginda tidak akan bertanya banyak.. sebab tujuan pengembaraan itu adalah untuk belajar ilmu, dan bukannya berbahas ilmu.

Tetapi, sebagai seorang Rasul, Baginda perlu melaksanakan amar makruf nahi mungkar.. Jadi, apabila dilihat kemungkaran (perbuatan merosakkan harta orang lain dan pembunuhan), maka Baginda bertanggungjawab untuk menegur. Itu lebih utama berbanding bertegas dengan perjanjian sehingga mengabaikan dakwah. Begitu juga Baginda menunjukkan sifat fathonah (bijaksana) bila mencadangkan bahawa kerja membangunkan binaan yg runtuh itu sepatutnya diberikan ganjaran.

Ada orang yg melihat ini sebagai kelemahan Nabi Musa a.s. padahal itu adalah tanggungjawab Baginda sebagai Nabi dan Rasul. Dan Allah jua yang menetapkan bahawa setakat itu saja ilmu yg dipelajari oleh Nabi Musa dengan hamba Allah itu (yg dikatakan Nabi Khidir).. bukanlah jika Nabi Musa a.s. mendiamkan diri saja, maka banyak lagi ilmu yg akan beliau dapat.

Konsep belajar adalah dengan bertanya mana yang tak tahu dan tak faham.. Jika ada pertentangan, maka ianya dibahaskan.. dan masing2 menerima dengan hati terbuka sebarang perbezaan pendapat.. Kefahaman manusia itu bergantung pada kefahaman yg diberikan Allah berdasarkan ilmunya.. dan tak semua orang mempunyai pemahaman yg sama.

Kisah Nabi Ismail a.s. pula adalah merujuk kepada keyakinan dan keimanan.. sebab pengorbanan adalah sesuatu yg sangat rapat dengan keimanan.. sbb itu para syuhada’ mendapat tempat yg tertinggi disebabkan pengorbanan mereka bukan calang2, iaitu mengorbankan nyawa. Dan keyakinan (keimanan) yang tertinggi jugalah yg akan mereka dapati.

Bayangkan seorang anak yg dah lama tak berjumpa dengan bapanya (Nabi Ibrahim a.s.).. dah jumpa dan berkasih sayang, tiba2 diperintahkan untuk disembelih.. Logik akal tidak dapat menerima itu semua.. tetapi akidah dan syariat adalah mengatasi logik akal.

Bila Nabi Ismail a.s. mengucapkan “insyaAllah”, maka Baginda telah teguh dengan keyakinan bahawa ianya adalah perintah Allah (sekalipun ianya cuma disampaikan melalui mimpi bapanya.. juga seorang Rasul.. kerana mimpi para Rasul adalah benar). Atas keyakinan inilah, maka Nabi Ismail a.s. merelakan dirinya dikorbankan.. dan peristiwa pengorbanan ini telah dirakamkan dalam al-Quran yg akan dibaca sehingga Hari Kiamat.. juga amalan korban disyariatkan sehingga Hari Kiamat.. sebagai menunjukkan betapa besarnya pengorbanan tersebut yg dilakukan kerana agama..

Iktibar daripada 2 kisah ini, sekalipun janji (dengan ucapan insyaAllah, ataupun tanpa insyaAllah) itu wajib ditunaikan, ianya bergantung kepada kesahihan perjanjian tersebut. Jika kita terlepas cakap berjanji untuk berdating, maka wajarlah kita mengingkari janji itu.. kerana perjanjian seperti itu adalah berdasarkan maksiat dan dosa.. sekalipun, mungkin jika kita menunaikan janji untuk berdating itu, ada sesuatu yg baik bakal berlaku (lelaki melutut menyatakan ” Will u marry me?”).

Berjanji adalah dengan tujuan untuk menunaikannya, bukan mengingkari atau suka2 berjanji.. namun, akhirnya ia bergantung juga dengan keizinan Allah – InsyaAllah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Comments

Add a Comment
  1. skrg sy dh faham 🙂
    syukran ustaz sbb dh jelaskan dgn sgt teliti & panjang lebar..sy sgt hargainya..
    syukran jazilan ya ustaz hehe

    *terasa mcm dlm kelas plak 😛

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme