I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

InsyaAllah Nabi Ismail a.s.

Salam..

Ustaz Love akan memulakan entry ni dengan terjemahan ayat al-Quran daripada surah as-Soffaat :

[102]
Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?”. Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar”.
[103]
Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim – dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami),
[104]
Serta Kami menyerunya: “Wahai Ibrahim!
[105]
“Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu”. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.
[106]
Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata;
[107]
Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang agung;
[108]
Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian:
[109]
“Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!”.
[110]
Demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.
[111]
Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu dari hamba-hamba Kami yang beriman.

Nampak tak perbezaan antara 2 ‘insyaAllah’ (Nabi Musa dan Nabi Ismail a.s.) secara kasar? InsyaAllah, nanti Ustaz Love cuba ulaskan secara halus (tapi takde la sampai ke tahap sehalus makhluk halus.. hehe) 😉

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 Comments

Add a Comment
  1. apa yg sy faham..Insya’Allah yg dilafazkan Nabi Musa tu, Nabi Musa terlupa dengan janjinya yg dia akan bersabar..

    Beza pula dengan Insya’Allah Nabi Ismail..Nabi Ismail melafazkan Insya’Allah untuk bersabar dgn perintah Allah kepada ayahnya, Nabi Ibrahim..dan Nabi Ismail tetap bersabar semasa menjalankan perintah Allah..(maksudnya Nabi Ismail menunaikan janjinya utk bersabar) sehinggalah turunnya lagi perintah Allah untuk menebus Nabi Ismail dengan haiwan sembelihan yang agung..yang umat muslim tunaikan hingga sekarang iaitu Hari Raya Qurban..

    maaf lah ustaz kalau fahaman sy ni tak sampai dengan maksud sebenar yg ustaz nak sampaikan..berulang kali dh sy cuba bezakan kedua2 kisah dlm ayat Quran tu huhu..

    ustaz ulas sehalus2nya, sy tunggu hehe
    syukran jazilan ya ustaz 🙂

    1. alhamdulillah.. ada point di situ.. dalam 2 kisah td, ucapan insyaAllah disertai dengan kalimah sabar..

      cuma ada satu perkara.. bukanlah perintah Allah kepada Nabi Ibrahim a.s. untuk menukar Nabi Ismail dengan haiwan korban (kibasy), sebaliknya Allah menukar dan menggantikan tempat Nabi Ismail itu dengan kibasy 😉

        1. InsyaAllah disertai dengan kesabaran.. nak menunaikan janji, memang memerlukan kesabaran yg tinggi.. terima kasih kembali..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme