I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Gila Ke Hapa?

Salam…

Ustaz Love menulis entry ni daripada henset. Ada gaya mcm menaip sms pun ada. Penat jejari runcing ini sbb bleh guna ibu jari je nak menaip. Bukan la saja2 Ustaz Love nak menyusahkan diri, tapi takut idea berlalu pergi tak mari2.

Masa lunch td, Ustaz Love saja melepak2 menunggu nasik turun ke perut. Tiba2 Ustaz Love didatangi oleh seseorang. Ustaz Love saspek beliau pekerja Alam Flora, rupa2nya bukan. Beliau adalah seseorang yang memakai baju ala2 pekerja alam flora. Kebetulan kat atas meja ada sebotol coke yang Ustaz Love baru minum beberapa teguk.

Beliau tunjuk kat botol tu. Ustaz Love tak cakap banyak, terus hulur kat beliau. Maka, beliau pun mula bercerita.

Beliau cerita yg beliau baru balik perhimpunan. Ustaz Love tanya, perhimpunan bersih ke? Tanpa menjawab soalan, beliau meneruskan perbualan.. Kenal ramai polis.. Kenal orang itu, kenal orang ini.. Tapi matanya terpaku pada kerusi..

Ustaz Love tak menyampuk dah.. Dengarkan je.. Sebelum beredar, beliau mengucapkam terima kasih sbb bagi air botol.

Beliau sebenarnya kurang siuman. Tapi, masih lagi tak lupa nak berbudi bahasa.. Walaupun mungkin banyak benda lain yg beliau dah tak ingat..

P/S : Ramai juga orang yang waras, tapi agak kurang budi bahasa πŸ˜‰

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 Comments

Add a Comment
    1. ianya tak mengenal bangsa.. budaya kuang ajar ni dah menyerang semua bangsa di dunia.. πŸ˜€

  1. Assalamualaikum ustaz love..huhuhu memang pon ramai org yg kategori waras..tapi kurang budi bahasa..terutamanya budak2 zaman sekarang….geram je tgk..nasib anak org..bukan nak kata kita ni baik belaka..tapi kan budi bahasa budaya kita…InsyaAllah ade anak nanti nak didik jdi insan yang baik belaka..InsyaAllah

    1. Waalaikumussalam ivasaionji..

      Zaman dah semakin berubah.. zaman dulu, anak kurang ajar dengan jiran, jiran lempang.. balik mengadu kat mak ayah, mak ayah tambah lagi dengan rotan..

      Zaman sekarang, jangan kata dengan jiran, dengan mak ayah sendiri pun dah takde adab.. cakap menengking2.. cuba tgk cerita2 Melayu.. biasa ada scene mcm tu πŸ˜‰

      1. betul tu ustaz….dunia akhir zaman….tu belom masuk lagi perangai bangsa yg jenis cepat sangat nak melatah…marah org cakap kurang ajar tapi diri sendiri sama naik…huhu…sedih

    1. budi bahasa ini adalah sebahagian akhlak.. ianya memerlukan latihan dan usaha yg lebih daripada setakat belajar.. Seorang ulamak pernah berkata (Ustaz Love tak berapa pasti.. rasanya ibn Mubarak) : “Aku belajar hukum agama (syariat) selama 20 tahun.. aku belajar akhlak selama 30 tahun”

    1. jangan takut dengan orang gila.. kerana orang gila hanya berbahaya bila datang gilanya.. sedangkan orang yg waras, kita tak akan tahu bila dia akan menggila πŸ˜€

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme