I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Celcom Buat Hal Lagi

Salam..

Asalnya Ustaz Love nak buat entry ni jadi entry iklan.. memandangkan entry iklan (pasal aiskrim) yg lepas agak berhasil.. tapi, ianya bertukar bila Ustaz Love terasa nak selidik dulu sebelum beriklan.

Ada promo baru kat says.my iaitu promo daripada Celcom yg nak ‘menghadiahkan’ tiket perlawanan persahabatan Chelsea dengan pasukan Malaysia. Walaupun Ustaz Love tak minat Chelsea (member Ustaz Love yg jurunikah tu memang peminat setia Chelsea.. sampai ke mana2 pun pakai jersi Chelsea.. kihkih), tapi rasa minat terhadap pasukan negara telah kembali meningkat sejak Piala AFF Suzuki. Kot2 ada peluang nak menang tiket tu ke..

Tapi bila tengok cara nak memenangi tiket tu, nampaknya Celcom dah buat hal balik.. Tak pernah nak amik serius isu agama.. walaupun dah difatwakan sebagai haram (kes peraduan menang kereta tiap2 hari tu).

Macam best je kan? Soalan pun senang je..

Masuk part ni yang tak berapa best.. ayat yg bergaris itu menjelaskan segalanya..

Bermakna, untuk memenangi tiket perlawanan itu, bukan la free2 je.. tapi setiap hari akan ada cas RM 0.30. Sebarang peraduan yg memerlukan peserta membayar, maka ianya adalah berusurkan perjudian.. ada unsur gharar dan penipuan..

Bayangkan ada 1000 rakyat Malaysia yg menyertainya.. Promosi bermula 1 Julai hingga 17 Julai (17 hari).. setiap hari kena cas RM 0.30.. Bermakna RM 300 x 17 = RM 5100.. itu untuk satu contest je.. tapi Celcom tawarkan 7 contest.. bermakna diorang akan dapat RM35,700. Tapi, takkan setakat 1000 orang je peminat Chelsea kat Malaysia ni? Jadi bayangkan betapa untungnya mereka..

Itu pengiraan untuk cas SMS News Alerts yang akan dihantar setiap hari.. belum kira keuntungan hasil sms ke 23696 tu.. berapa sen plak nak kena (tak dinyatakan pun)..

Secara peribadi, Ustaz Love memang takkan guna dah perkhidmatan Celcom yg penuh dengan cas tersembunyi dan mengelirukan.. Mula2 kata free, sampai bil, mcm2 cas ada.. Itu la yg Ustaz Love kena masa 10 tahun lepas.. promoter kata cas bulanan tak payah bayar.. cuma bayar apa yg kita guna (seminit RM 0.50 masa tu).. sampai bil, memang kena bayar cas bulanan.. (Ini sekadar selingan je ni.. hehe)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 Comments

Add a Comment
  1. kita semua memang tau bahawa setiap peraduan yang ditawarkan bukan percuma bahkan casnya juga nampak kecil pada kita tapi kalau kita buat kira2.. sendiri mau ingatlah.. Saya memang pengguna Celcom tapi tak pernahlah nak join apa2 contest yang celcom tawarkan sebab takde kepentingan pun. Pakai celcom sebab terpaksa je.. sebab kampung saya kat johor pakai line celcom je terbaik.

    1. itulah kaedah perjudian.. menggunakan duit yang terkumpul untuk diberikan kembali kepada pemenang.. πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme