I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Best Gak iPod Ni

Salam…

Ada pihak bermurah hati memberikan hadiah iPod Shuffle 2Gb kepada Ustaz Love.. alhamdulillah, syukur pada Allah dan terima kasih kepada pihak tersebut. Ustaz Love pun tak sangka akan memenangi contest tersebut. Contest apa? Biarlah rahsia.. hehe..

Sebelum ni Ustaz Love biasa dengar lagu ke, mengaji ke daripada laptop je.. tapi, tak bleh plak nak usung laptop tu ke mana2.. apatah lagi dengan kelemahan bateri laptop yang luar biasa.. kena sentiasa connect dengan charger.. tapi, dengan adanya iPod free ni, menjadi satu revolusi dalam diri Ustaz Love untuk proses pendengaran (ayat tak hengat.. hehe)..

Nampak bentuk mcm cikai je.. sbb kecik sangat, maka Ustaz Love pun menyangka bahawa fungsinya pun mcm biasa2 je.. memang fungsi dia tak mcm home theatre, tapi bunyi dentumannya boleh tahan jugak la.. kira lagi best daripada mendengar kat PC mahupun henfon.

Suatu masalah bila Ustaz Love nak transfer file.. kena download iTunes (dia punya player untuk menukar format file dan synchronize dgn iPod) sedangkan internet connection buat masa ni sangat la slow.. nak blogwalking pun tak mampu.. godek punya godek rupanya Ustaz Love pernah download file iTunes suatu masa dulu.. tapi tak guna pun.. akhirnya, berjaya juga memindahkan file..

Alhamdulillah, sambil2 berjalan masih lagi boleh menghafal dan mengingat kembali surah2 yg pernah Ustaz Love hafal dulu.. ternyata, bila dah lama tak semak hafalan, ianya dah berkurangan.. seperti unta yang terlepas daripada ikatan.. tapi insyaAllah, bila start menghafal balik, ingatan dan hafalan itu akan kembali.

Teringat zaman2 Ustaz Love menghafal masa muda2 dulu.. takde guna teknologi2 ni.. habis2 pun, rakam suara sendiri nak dengar sedap ke tak.. guna recorder yg pakai kaset tu.. memang lunyai gak la al-Quran sampai terkoyak2.. sbb buka tutup buka tutup.. sekarang ni mudah dah.. siap ada al-Quran digital, bleh terus tuju pada ayat yg kita nak tengok / hafal.. mcm tu jugak kalau nak cari hadis.. kalau dulu, kena semak guna mu’jam mufahras (kamus hadis).. lepas tu kena semak hadis tu.. tulis balik / fotostat.. sekarang ni, semuanya di hujung jari.. kalau takde jari pun, bleh guna siku..

Teknologi ni memang sangat memudahkan.. tapi, bila dah terlampau mudah, kadang2 menyebabkan kita menjadi malas.. bila dah malas, otak pun tak mampu nak berkembang lebih jauh.. bila sampai ke tahap nak bergerak pun malas, memang mengundang penyakit la jawabnya..

Sbb itu, dalam kita menikmati kemudahan teknologi ini, sekali sekala kita kena juga guna kaedah manual.. dah biasa baca al-Quran digital, sekurang2nya sekali sehari kena buka mushaf (lembaran al-Quran).. dah biasa bersenam guna treadmill, sekali sekala kena gak keluar rumah berjongging.. dah biasa dengar al-Quran guna iPod ke, laptop ke, malam ni apa kata kita gi PWTC dengar orang mengaji secara live? Tak dapat nak pergi pun, apa kata kita tukar channel ke TV1 dengar orang bertilawah..

Kena cuba juga kaedah manual untuk merasai pengalaman orang dulu2.. agar kita tak terleka dengan apa yg ada sekarang πŸ˜‰

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 Comments

Add a Comment
  1. assalamualaikum..
    alang2 dh citer pasal teknologi ni kann, nk tanya ustaz la..
    adab baca al-quran mobile…pakai phone.
    cari gali kt internet, tak jumpa…

    1. waalaikumussalam..

      owh.. takde eh? kalau mcm tu, insyaAllah, Ustaz Love akan cuba jawabkan πŸ˜‰

    1. apa saja boleh membantu usaha kita.. yg membantutkan usaha kita biasanya berpunca daripada diri kita sendiri πŸ˜‰

    1. salam kakyong..

      terima kasih.. kalau teknologi digunakan dengan cara yg tak betul, kemusnahan yg bakal berlaku memang dahsyat πŸ˜‰

  2. salam..
    murah rezeki tu..
    ermmm saya tak berapa
    minat ipod, berminat sangat
    dengan iphone @ i pad
    ada yang nak hadiahkan
    saya tak..?
    πŸ˜€

    1. salam bro zul..

      la… Ustaz Love baru je terpikir2 nak hadiahkan iPod ni kat bro zul.. tapi disebabkan bro zul tak berminat, maka Ustaz Love telah mematikan pemikiran itu.. hehe.. gurau je πŸ˜€

    1. sayangnya, Ustaz Love cuma menang satu je iPod.. kalu menang 18 buah, insyaAllah Ustaz Love akan hadiahkan satu πŸ˜€

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme