I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Apakah Relevannya Blogger Disaman?

Salam..

RM 300k.. bukan Rp300k.. banyak tu.. bleh beli Alphard Vellfire sebijik. Tapi, itulah harga yang terpaksa dibayar apabila mahkamah telah memutuskan sang blogger bersalah kerana telah menulis suatu entry berunsur fitnah kepada seorang Menteri. Salahkah untuk menulis dan meluahkan perasaan? Apakah Malaysia ini bukan lagi sebuah negara bebas?

Pehh.. terasa terkembang2 hidung menaip entry ni.. patriotik la sangat.. hehe

Sebenarnya, itu bukanlah nilai kebebasan berkarya. Kebebasan berkarya masih lagi tertakluk dengan undang2. Kita bebas menulis tentang diri sendiri.. Nak angkat bakul masuk sendiri pun takde masalah.. Nak kutuk diri sendiri pun takde sapa peduli.. Nak cerita kucing kita dah beranak pun takde sapa nak terasa hati..

Tetapi, bila menulis tentang orang lain, maka di sinilah kita perlu berhati2.. tersilap langkah, boleh kena saman.. tersilap tulis, boleh menjadi fitnah.. kalau betul pun, ianya menjadi umpatan.. bila disebar2kan, bayangkan bagaimana besarnya kemusnahan yg bakal berlaku.

Sebab itu, kena selidik betul2.. dapatkan kesahihan berita.. kemudian barulah bertindak dengan betul.. barulah natijahnya nanti menghasilkan natijah yg betul2 belaka.

Kalau nak selamat, tulis je pasal diri sendiri.. Sapa pun tak heran.. hehe πŸ˜€

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

24 Comments

Add a Comment
  1. betul tu ustaz..tak pasal2 kena bayar ratus ribu..sendiri mencari penyakit..kalau betul perkara tu berlaku, biar pihak berkuasa siasat..

    baik tulis bab agama/ilmu mcm ustaz buat..selain berkongsi ilmu, dapat juga pahala..

    1. banyak juga blog2 lain dan forum2 yg menyebarkan berita tersebut.. semuanya sebab sensasi.. tak peduli dah soal fitnah, sebar aib dsb..

      Ustaz Love sekadar berkongsi pandangan.. mungkin betul, mungkin tidak.. mungkin juga pahala yg diharap, dosa pulak yg dapat.. biarlah Allah saja yg tentukan.. tanggungjawab Ustaz Love adalah untuk berkongsi selagi termampu πŸ˜‰

    1. kebebasan itu masih lagi memerlukan ikatan.. sama kaedahnya seperti layang2.. bebas terbang, tapi talinya masih lagi perlu dipegang..

      p/s: penceramah bebas pun tak terkecuali jugak πŸ˜‰

    1. artis pun ada yg menang saman fitnah sampai RM250k.. ahli politik lagi la ramai yg menang saman fitnah ni.. fitnah ni bukan isu kecik.. boleh menyebabkan keruntuhan masyarakat πŸ˜‰

  2. Ya, betul tu, oleh sebab tu. saya berhenti menulis ( ata copy ) berkenaan dengan berita-berita yang belum sahih itu.

    Mengikut akta percetakan 1984, kebebasan bersuara adalah dibenarkan. Ia bemakna, semua jenis medium percetakan, surat khabar ( tak kira lah surat khabar apa pun ) adalah dibenarkan. Jadi, kini semuanya disekat.

    Dulu, masa saya kerja surat khabar ( termasuk surat khabar politik), ada saja rampasan oleh pihak kerajaan dibuat. Nak jual pun takut-takut je, bukan sebab rasa bersalah, tapi takut rugi.

    Bebaskah kita untuk bersuara?? Jika melalui akhbar pun tak boleh, nak berblog pun tak boleh?

    1. setakat ni, blog adalah medium yg paling bebas untuk bersuara.. tapi sebagai seorang blogger Islam, kita tertakluk pada kaedah penulisan Islam.. apabila mendengar berita2 tertentu, maka kita sendiri kena selidik dulu.. kaedah ini dipanggil tabayyun πŸ˜‰

    1. sesetengah orang, ada yg tak suka dipuji.. bila dipuji, difikirkan orang saja nak perli dan sindir.. sbb itu la, mengumpat itu bukanlah pada sesuatu perkara benar yg buruk2 saja, tapi yg baik2 juga.. iaitu menceritakan perkara berkaitan orang lain yg tak disukainya πŸ˜‰

    1. kita bertanggungjawab atas segala tindakan yg kita lakukan.. dan kena bersedia menerima natijah hasil perbuatan kita πŸ˜‰

  3. RM100 ribu buat bisnes…
    RM100 ribu buat rumah…
    RM100 simpan dlu ;p

    fuuhhh! byk tu ustaz… jadi camla blogger tu nk bayar?

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme