I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Amalan Sebelum Puasa

Salam..

Beberapa hari lepas, Ustaz Love ada ternampak orang ramai berkumpul.. Ada yang bersinglet.. ada yang berlenggeng (bukan berlegging) pakai kain tanpa baju.. ada yang pakai seluar bermuda je.. Tapi bukan la sesi buat tiger show ke apa.. Cuma diorang berkumpul sebagai menunjukkan tanda prihatin terhadap sebuah rumah yang tak bertuan (mungkin tuannya belum balik) yang dimasuki pencuri.

Ada sorang atuk tu begitu gagah bercerita.. Sebab beliau yang nampak dulu ada orang tengah sibuk dok umpil pintu rumah jiran tu.. Dan beliau jugak yang menjerit2.. “Pencuri.. pencuri”.. Tapi pencuri tu sempat melarikan diri dengan sebuah proton waja berwarna hitam.. Tak lama lepas tu, polis pun datang.. Tapi rasanya takde apa2 pun.. mungkin pencuri tu tak sempat nak amik apa2 sbb kena jerit lalu terpaksa melarikan diri terkentut2 ketakutan..

Alhamdulillah.. ada jiran yang prihatin sebegitu.. yang mengambil tahu hal ehwal jiran lain (bukan setakat tahu mengumpat dan menjaga tepi spender orang je).. Jiran ini merupakan ‘saudara’ yang paling dekat dengan kita.. adik-beradik kita mahupun mak ayah ke, sekalipun mereka darah daging kita, tapi bila berlaku kecemasan sebegitu, jiran dulu yang akan mengambil tahu.

Tiba2 terus kepala otak Ustaz Love berangan.. kalau la masa tu Ustaz Love terserempak dengan beliau, mungkin Ustaz Love akan buat balik kuang dan menyepak kepalanya macam dalam cerita Karate Kid tu.. Tapi tu cuma angan2 je.. Sebab keadaan perut Ustaz Love tak mengizinkan untuk melakukan apa2 jua lompatan.. kepala lutut selalu tersangkut kat perut.. hehe..

Jadi, berbaik2 la dengan jiran.. jangan bermusuh dengan jiran.. kalau pokok beliau terjulur masuk ke kawasan rumah kita, bertolak-ansur je la.. bukannya mendatangkan mudarat pun.. lain la kalau kat pokok tu ada ulat beluncas.. maka, boleh la slow talk dengan jiran supaya ulat beluncas tak termasuk dalam kawasan kita (sebut ulat beluncas ni, terasa meremang bulu janggut.. sbb Ustaz Love punya pengalaman diserang oleh ulat beluncas masa kecik2 dulu).

Dan pada kesempatan ini juga, Ustaz Love ingin menasihatkan agar kita lebih berhati2.. Kalau boleh, siang2 pun kena kunci pintu pagar dan pintu rumah.. sebab ada sorang brader tu kata, waktu sebelum puasa ni biasa sangat berlaku kecurian.. sbb pencuri tu kebanyakan warga asing yang mencuri untuk buat modal balik kampung.. bulan puasa dah tak bleh mencuri, nanti kurang pahala.. aikk.. tahu plak pasal dosa pahala.. tang mencuri tu tak ingat plak pasal dosa..

Ada kes makcik tu tengah cabut2 rumput kat laman rumahnya (dalam kawasan pagar).. ternampak la rantai2 emas beliau bergayut2.. maka selamba je mamat warga asing tu lompat pagar, tarik rantai.. lompat pagar balik.. lepas tu start motor dan berlalu pergi..

Kalau ternampak kejadian macam tu berlaku, jerit je.. jangan cuba2 nak jadi hero.. sebab warga asing ni, ramai yg berilmu.. sekali diketis, terus mengelitis.. bak kata pak Anwar “kalau tidak penuh ilmu di dada, takkan ku sampei ke puncak Everest”..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 Comments

Add a Comment
    1. sebab itu kena tunaikan hak2 jiran.. tak kira la jiran Muslim ke, non-Muslim ke.. semuanya ada hak masing2 yang telah ditetapkan syariat 😉

  1. salam…betul 2 ustaz..baru2x nie..rumah najah pown kene masuk org..padahal sume ade..lepas subuh..atok tngh..tngk bicara mufti..tp dye bring kat bwh la..myb pencuri 2 xnmpak dye..beg tangan nenek najahla kene ambil.. 3 beg la 2 dye angkut..bertuah betOl….:)

    1. salam najah..

      inna lillahi wa inna ilaihi raaji’uun.. nasib baik takde cedera apa2.. harta boleh dicari lagi.. nyawa tak boleh ditukar ganti 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme