I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Tupai Menagih Kelapa Lama

Salam…

Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah s.w.t. kerana masih lagi memberikan ruang dan peluang kepada Ustaz Love untuk menulis di blog ini.. Setelah lebih seminggu Ustaz Love ber uzlah, alhamdulillah Allah telah memberikan bantuan dan pertolongan terhadap hambaNya yang dhaif lagi hina ini.

Jadi, Ustaz Love teruskan dengan satu soalan daripada Hafizi_fiz :

Salam ustaz,bagaimanakah sekiranya saya mengetahui perempuan yang saya mahu nikahi itu pernah berzina sedangkan saya yang masih teruna risau suatu masa sekiranya nanti lelaki yang pernah hilangkan daranya ingin menuntut cinta lama kerna perempuan seumur hidup tidak boleh lupa akan siapa yang pertama menghilangkan daranya?

Pertama sekali, jangan dirisaukan dulu pasal perkara yg belum berlaku.. sebaliknya kena pastikan perkara yg lama tak berulang kembali. Kena pastikan wanita itu telah bertaubat daripada perbuatan zinanya.. ini kerana, jika beliau masih lagi bergelumang dan dunia perzinaan, spt pelacur contohnya, memang susah nak keluarkan.. sbb ianya melibatkan isu nafsu dan pendapatan.. kalau tak melakukan zina disebabkan nafsu pun, paling tidak dilakukannya untuk pendapatan.

Sekiranya wanita itu telah bertaubat, maka tiada halangan untuk bernikah dengan beliau. Tapi, Ustaz Love tegaskan lagi sekali, kena pastikan dulu yg beliau telah bertaubat dengan sebenar2 taubat atas kesalahan berzina itu.

Bab lelaki menuntut cinta lama ni, Ustaz Love rasa dah payah nak jumpa kes2 macam tu.. kalau dulu memang banyak.. sbb perempuan dengan lelaki sama banyak.. lepas tu tak ramai yg cantik.. jadi, kalau ada pempuan cantik dalam satu kampung tu, dia la yang akan jadi ratu pujaan jejaka2 warung (yg selalu melepak main dam kat warung).. sebab tu boleh putus cinta, sambung balik, putus balik, sambung balik..

Zaman sekarang ni, sekali petik, 18 ratus mari.. hehe.. tapi kena tengok gak la apa yg dipetik tu.. kalau setakat petik jari, burung tekukur pun menyampah menengoknya.. kalau petik kelapa sawit (tokey ladang), memang laju la marinya.. jadi, tak sempat nak putus pun, kadang2 dah ada spare-part (ni bukan pengalaman sendiri okeh)..

Tentang orang perempuan yang mengingati orang pertama yg menyentuhnya (bersetubuh dengannya), itu Ustaz Love tak dapat nak ulas lanjut.. sbb ianya melibatkan hati dan perasaan.. hati manusia ni sukar dijangka.. jadi, jangan takut sangat perkara yg belum berlaku.. sbb zaman sekarang ni, kalau tak dapat nak jaga hati, bukan setakat dengan ‘cinta pertama’, bahkan dengan laki bini orang pun bleh berlaku macam2 skandal.. padahal yg menyentuhnya dulu adalah suaminya (masa malam pertama).. yg tu nak kata mcm mana agaknya?

Apapun, jangan lupa bermesyuarat dengan orang2 tua (ibu bapa, alim ulamak) dan melakukan istikharah sebelum membuat keputusan. Semoga Allah memandu fikiran dan tindakan kita untuk bertindak dan melakukan sesuatu perkara dengan tepat dan betul menurut penilaian syarak.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

20 Comments

Add a Comment
  1. tidak menyesal orang yang bermesyuarat dan tidak rugi orang yang beristikharah.

    yang haq sama-sama la kita ambil dan mana-mana yang bathil sama-sama la kita pulangkan. : )

    1. yg sebetulnya.. tidak rugi orang yang bermesyuarat dan tidak menyesal orang yg beristikharah..

      apa pun, terima kasih kerana sudi berkongsi πŸ˜‰

    1. betul tu mama.. sedalam mana lautan, masih boleh diukur kedalamannya.. tapi dalamnya hati manusia, tiada siapa yg dapat mengukurnya πŸ˜‰

    1. tupai pendendam pun ramai.. bila tengok ex tu dah bahagia, sedangkan hidupnya sendiri menderita, maka mula la nak cuba mengganggu kebahagiaan ex tersebut.. bukan nak sangat pun, saje je nak berhasad dengki πŸ˜‰

    1. kita cuma mampu menyangka2, tetapi kebanyakan sangkaan itu tak mampu kita nak jangka.. persoalan hati, tiada siapa boleh mendabik dada.. bila2 masa saja boleh berubah 360^ πŸ˜‰

  2. ” Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)” (QS.An Nuur:26) “

  3. salam ustaz..
    sy ade satu masalah..
    sy da 3taun brknlan ngn sorang pmpun ni n sy ingin menjadikn die sbagai isteri sy..dlam blan 2 ari tue die da melahirkn anak..hasil soal siasat die trlanjur ngn ex boypran die dan die xmau kawin ngn ex die..die merayu2 kat sy surh sy terima die..jujur sy katakn sy pernah trlanjur ngn die tp sy da stop wat keja2 tue 2taun lepas..lagi satu ustaz pmpuan ni banyk brrahsia dngan saya..ada skali tue die sms ngn adik angkat die bersayang2..hati sy hancur ustaz..cm mane sy nk wat ustaz…

  4. Assalam ustaz….macammana nak mencari kekuatan untuk berkahwin dengan teman wanita yang terlanjur dan diyakini telah bertaubat!

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme