I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Pengurusan Janin Yang Gugur

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada seseorang yang menamakan diri beliau sebagai lisa :

salam ustaz..

saya ada soalan.kawan saya keguguran kandungan yang berusia 3 bulan..bagaimana cara menguruskan janin tersebut?adakah sama seperti menguruskan jenazah biasa atau memadai dengan ditanam sahaja?

Dalam menguruskan jenazah janin ni, maka ada beberapa perkara yg perlu diberikan perhatian.

1. Ada tanda2 kehidupan pada bayi tersebut.

Jika wujud tanda2 seperti janin itu bernafas.. atau bergerak2 sedikit sebelum meninggal dsb, maka hendaklah disempurnakan seperti mana jenazah biasa iaitu perlu dimandikan, dikafankan, disembahyangkan (disembahyangi) dan ditanam.

2. Tiada tanda2 kehidupan, tetapi sudah membentuk lembaga manusia.

Dalam keadaan ini, jika telah membentuk tubuh manusia (ada 2 kaki, 2 tangan, jari jemari, muka, hidung dsb), maka hendaklah dimandikan, dikafankan dan terus dikebumikan tanpa perlu disembahyangkan.

3. Tiada tanda kehidupan dan tak membentuk lembaga manusia.

Dalam keadaan ini, mungkin ianya sekadar berbentuk ketulan daging dsb.. maka yang perlu dilakukan hanyalah membersihkannya daripada darah dan kekotoran (membasuhnya), kemudian dibungkus dan ditanam.. sama mcm basuh uri gak.. tak perlu nak letak paku ke, pensel ke, kalkulator ke..

Harap dapat membantu πŸ˜‰

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

31 Comments

Add a Comment
  1. syukran

    ustaz, nak mintak pandangan ustaz psl hukum komedi/lawak/buat lawak dlm islam..sbb me selalu dgr my mom ckp (my mom suka dgr ceramah agama kat masjid), hukum nya haram sbb melalaikan…and nabi muhammad SAW tak pernah gelak2 mcm yg kita gelak2 tu, paling byk pun baginda senyum sampai nampak gigi ajer..mohon komen Ustaz. syukran

  2. Hari itu saya tanam uri anak pertama saya…. Almaklum lah baru dapat zuriat pertama. Atas pesanan orang tua saya maka saya buatlah tanam uri itu dengan meletak paku dan garam beserta asam keping.

    Saya terfikirkan sesuatu… oleh kerana ini adalah petua orang tua mungkin ada hikmah disebaliknya itu. Ia itu garam dan sam keping adalah untuk hindari bau dari haiwan liar. Paku adalah untuk mempercepatkan proses pereputan (Karat mempercepatkan daging mereput).

    Boleh macam itu ke ustaz?

    1. isu tanam uri ni kena split drp pengurusan janin.. sbb uri berbeza daripada janin.. insyaAllah, nanti Ustaz Love cuba jawabkan πŸ˜‰

  3. haha…tergelak bace ayat last ustaz…org dulu2 mmg tanam janin ngn bende laen…mak sy penah ckp…dlu lau nak anak pandai tulis letak pensel…mcm2 la…sy puye pon mak letak kot…hehe

    1. mungkin arwah mak Ustaz Love dulu letak benang dalam uri (bukan janin.. hehe).. tu yg serabut je kepala otak ni.. acah je.. semua tu benda mengarut je tu.. kalau menjadi pun, ianya cuma kebetulan (mungkin sebab anak tu memang rajin belajar, tu yg jadi pandai.. bukan la sebab pensel ke, pen ke) πŸ˜‰

  4. salam,
    sy baru berkahwin selama 6 bulan. pada 3/1/12 sy disahkan mengandung 5 minggu. sya rasa amat gembira tetapi sebaik shaja sy memberitahu suami sy, dia menyuruhkan sy menggugurkan kandungan tersebut. dgn alasan dia tidak bersedia dr segi masa n tenaga(kerja n belajar serentak) dan kesihatan tak menentu(masih menunggu keputusan darah). hal ini membuatkan sy sedih dn kecewa hingga membuatkan sy sentiasa menangis dan bergaduh. hinggakan sy gagal mengawal emosi dn meminta dia menceraikan sy kerana tdk tahan dgn sikapnya yg memaksa sy menggugarkan kandungan. alhamdulillah, suami sy memaafkan sy selepas sy terlajur kata2.

    akibat hal ini km sering berselisih pendapat hinggakan kerana marah dia menghisap rokok, sy telah pun menghisap rokok(satu sedutan) dihadapannya.hal ini membuatkan sy bimbang jika apa2 terjadi pd kandungan sy( eg;cacat). dan suami telah berpesan jika apa2 terjadi dia tidak akan menerima sy n zuriat ini. sy amat takut ustaz. sy tersepit antara kehendak suami dan keinginan sy. dia menyuruh sy memakan nenas muda untuk menggugurkan kandungan ini.
    adakah hal ini dibenarkan. sekarang ini kandungan sy 5minggu 4 hari.

  5. sy baru lepas keguguran…tetapi sy tidak dapat tanam janin saya kerana ia jatuh di lobang jamban di hospital dan tidak dapat mengambilnya kerana dalam…kandungan saya 17 minggu…apa hukum jika tidak menanam janin? apa perlu sy buat?kerana sy asyik memikirkannya?

    1. Janin wajib ditanam.. Bagi janin yang tidak dapat diselamatkan kerana terjatuh dalam lubang dsb, jika mampu untuk mengambilnya, maka wajib mengambilnya dan menyempurnakannya. Jika tidak mampu, maka ia dimaafkan.. apatah lagi ia bukanlah dilakukan dengan sengaja.

      Jadi, puan tak perlu terlalu memikirkan perkara ini.. cuma jadikan iktibar pada masa akan datang agar lebih berhati2 supaya perkara yang sama tak berulang lagi.

      WA

  6. salam ustaz, saya nak bertanya pada 31 ogos 2012 saya keguguran kandungan saya ketika itu 13 minggu,tp saya berasa terlalu panik dan meninggalkan janin tersebut dihospital dah sampai sekarang saya selalu memikirkan hal itu….~dilema~

  7. salam ustaz, pada usia kandungan saya 2 bulan saye telah keguguran, oleh disebabkan keluarga saya dan keluarga suami saya tidak tahu cara untuk menanam janin, mereka menyuruh kami menanamnya sahaja, dan tidak dikafankan, jadi ape perlu saya buat ustaz,

  8. Ustaz, saye bru keguguran janin 3 bln? Disebabkn tidak arif soal ini, saye dan suami hnye membersihkn dan membalot dgn kaen putih .. apekah yg harus dilakukn ustaz

  9. Assalamualaikum ustaz. Sy baru keguguran smalam. Janin berusia 8 minggu. Sy tgk telah terbentuk beberapa ciri fizikal manusia pd baby sy tu tetapi belum sempurna seperti kepala, mata, badan, tunas tangan dan kaki. Doktor telah masukkan baby sy tu dlm bekas berisi formalin untuk dihantar ke makmal, tapi sy segera minta semula untuk diuruskan mengikut hukum Islam. Jika di makmal, semua specimen yg telah di proses dan diperiksa, akan dihantar ke clinical waste loji untuk dibakar (incinerate). Untuk baby sy tu, hanya perlu dibersihkan dan ditanam kan ustaz?

  10. As-salam ustaz,
    seperti huraian pengebumian ke2..sekiranya sesorg itu tidak memandikan n mengafankan..hanya kebumikan sahaja,…apa hukum nya..

  11. uztaz,saya daif soal penguburan janin yg gugur dalam usia kandungan 2-3bulan tak bernyawa tapi dah ada bentuknya.setelah di cuci janin tersebut..adakah salah jika kami menguburnya dgn hanya menggunakan surat khabar dan menguburnya? dan adakah uri nya tertinggal?

    1. janin itu perlu dikafankan dengan kain.. urinya hanya perlu dibasuh dan ditanam tanpa perlu dibalut dgn apa2 pun.. WA

  12. Salam ustaz.sy keguguran lbh kurang 7-8 mnggu.sy menguruskan janin sy dengan cara yg salah.sy buang masuk dalam lubang bilik air.ini sangat sy sesalkan.apa yg patut sy lakukan sekarang.bantu lah tenangkan jiwa dan perasaan sy.

  13. Assalamualaikum ustaz.
    Saya mengalami keguguran 11 minggu.janin masih belum mempunyai sifat yang sempurna..doktor telah melakukan prosidur untuk mengeluarkan janin tersebut..janin tersebut telah diambil untuk pemeriksaan HPE (hysteropatological examination)untuk mengetahui ada kah terdapat sel abnormal. Saya mengalami kegusaran kerana tidak dapat menyempurnakan pengkebumian janin saya tersebut..
    Saya rasa bersalah dan gusar. Bolehkan ustaz perjelaskan persoalan saya tersebut.

    1. Tak perlu gusar. Oleh kerana janin belum sempurna, maka pengurusannya adalah seperti menguruskan uri iaitu dibasuh dan dibalut sebelum ditanam. Saya pasti, itu juga yang akan dilakukan oleh doktor tersebut selepas selesai prosedur perubatan.

  14. Assalammualaikum ustaz.. Bagaimana kalo janin yg br berusia 2 bln..xde bentuk fizikal sempurna.. Lbh kpd rupa ketulan daging.. Dan kerana saya dan family tdk arif dan tdk berfikir panjang saya hanya flush janin di toilet.. Adakah dikategori berdosa dan mcamana sy nk btlkn kembali kesalahan itu.. Terima kasih..

  15. assalamualaikum ustaz,
    saya nak tanya macam mana nak uruskan janin yang keguguran usianya kurang dari 1 bulan?

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme