Mat Saleh Memang Suka La Idea Mengarut Macam Ni!!

Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga!!

Khas Untuk Para Gamers!!

Soal Jawab : Makan Kepala Ikan Melemahkan Ingatan

Salam…

Terima kasih diucapkan kerana masih sudi lagi menziarahi blog Ustaz Love ini. Sementara ada ruang dan peluang ni, Ustaz Love ingin mengambil sedikit masa untuk menjawab beberapa persoalan yang dikemukakan. Ustaz Love akan publish dalam bentuk pos berjadual (scheduled post) supaya tiap2 hari ada entry baru. Sekalipun Ustaz Love ada masa untuk membuat 18 ratus entry sehari.. cewahh..

Soalan ni daripada abangmi..

“Sejauh mana kebenaran makan kepala ikan boleh melupakan hafalan? adakah ia bersumberkan hadis dan juga al-quran dan juga amalan para alim-ulamak??…

Harap dapat penjelasan yg sebaiknya dari ustaz”

Menurut pengetahuan Ustaz Love yang cetek ini, tidak ada dalil melalui al-Quran mahupun hadis yang melarang memakan kepala ikan.. selagi ianya tidak memudaratkan dari sudut kesihatan, maka hukum memakan anggota badan ikan (tak kira la kepala ikan ke, tangan ikan ke) kembali kepada hukum asal iaitu harus. Jika mendatangkan mudarat seperti ikan buntal (beracun), maka haram memakannya jika tak tahu cara menyiangnya (ada cara tertentu untuk siang ikan buntal ni..) tapi lebih baik ditinggalkan sebagai langkah pencegahan (sekalipun tahu cara2 nak siang supaya isi ikan tak terkena racun).

Larangan memakan kepala ikan ini bukanlah larangan dari sudut syarak.. sebaliknya ia merupakan petua orang tua2 dulu.. Ustaz Love tak dapat nak pastikan kebenarannya.. sbb banyak faktor yang dikaitkan dengan ingatan yang kuat dan lemah ingatan ni. Pemakanan, latihan otak (menghafal / mengingat), menjaga pancaindera daripada perbuatan dosa dsb boleh juga menjadi punca kepada kekuatan mahupun kelemahan ingatan ni.

Kebiasaan petua ini dipegang sungguh2 para pelajar maahad tahfiz.. mungkin hasil pengajaran para Ustaz mereka yang melalui pengalaman tertentu dengan kepala ikan ni.. Kenapa agaknya kepala ikan saja yg dikatakan boleh melemahkan ingatan, kenapa tak kepala kambing ke, kepala lembu ke, kepala ayam ke?

Pengalaman Ustaz Love sebagai penggemar kepala ikan (kari kepala ikan tak berapa on sangat.. ikan goreng part kepala tu yg paling sedap.. pipi ikan lagi sedap), takde masalah pun bab ingatan ni (terutama masa belajar dulu.. hari2 makan ikan sehingga ke tengkorak ikan).. ok je belajar..

Member Ustaz Love berbuka puasa dengan kari kepala ikan.. elok je jadi imam tarawih (satu juzuk satu malam).. takde sangkut2 bacaan pun.

Soal ingatn kuat tak kuat ni memerlukan latihan.. banyak menghafal, kuat la ingatan.. malas menghafal, lemah la ingatan.. itu secara umum la.. tak bleh la nak bandingkan diri kita dengan kekuatan ingatan Imam Syafie.. sebab usaha dan amalan kerohanian kita pun takde la sehebat mana pun..

Dan yang lebih penting daripada itu adalah doa.. doa banyak2 dalam solat.. terutama dalam solat tahajjud.. sbb antara perkara yg memudahkan ingatan adalah hati yang terang. Soal hati ni hanya Allah saja (sebagai Pemilik Hati2 Manusia) yang boleh membolak-balikkannya.

Juga banyakkan memakan buah2an terutama kurma dan kismis.. tak semestinya kena makan kismis doa.. makan sebakul kismis pun, tapi takde usaha untuk menguatkan hafalan, maka lemah gak ingatan tu.. sepatutnya, makan sekotak kismis, usaha sebakul hafalan..

Mungkin la ianya (makan kepala ikan) berdasarkan pengalaman orang2 tua dulu.. kalau makan kepala ikan, bleh lemah ingatan.. Tapi, Ustaz Love lebih suka nak percaya, yg orang2 tua dulu cakap mcm tu sebab diorang yg nak ratah kepala ikan tu.. takpun, sebab nak simpan sket buat gaul dengan nasik kucing.. sama la kaedahnya dengan :

duduk atas bantal : tumbuh bisul

makan leher ayam = bersanding kepala teleng

makan tungking (punggung) ayam = mulut tak reti diam

kentut dalam lif = jodoh berat

Namun, jika ada dalilnya, harap dapat betulkan Ustaz Love.. jika tertulis dalam mana2 kitab, mungkin boleh minta PPIM (sbb katanya diorang ada makmal kimia sendiri) untuk mengesahkannya.. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

36 Comments

Add a Comment
  1. hehehe..betul gak kan..
    org dulu2 suka bagi nasihat macam tu…
    x bley makan kapla ikan sebab nak gaul dgn nasi kucing~ tu kata mak saya..hehehe…

    thanks ustaz~

    1. kucing skrg dah tak makan kepala ikan dah.. dia makan isi ikan + ayam + sayur yang telah diproses menjadi makanan kucing untuk diet seimbang :D

    1. ada kemungkinan juga supaya tak nampak gelojoh sangat masa makan.. elok je bakal suami tengok bakal isteri beria2 mengokak (kokak dalam bahasa utara bererti menggigit dengan rakus) kepala ikan, terus kensel nak buat isteri :D

    1. kenyang ke makan semut? hehe..

      kalau makan dengan sengaja, hukumnya haram (dalam mazhab syafie).. kalau termakan, itu rejeki :D

    1. cuba la mama.. sedap tau kepala ikan.. kalau makan kepala ikan todak, bleh dapat muncung free lagi :D

  2. terima kasih krn ustaz jawab jelas…kelakar jugak ustaz ni..

    tdi saya belek harakah lama jumpe pertanyaan oleh pembaca mngenai syiah..saya paste di sini..mungkin ustaz boleh bg jawapan…tak setel2 lg isu ni…yang paling tak sangka, bole bertapak di malaysia..mungkin dah lama, akhir2 ni baru timbul

    -Ustaz Love edit sebahagian komen berkaitan isu Syiah-

    1. Ustaz Love rasa, dah cukup kot entry2 Syiah yg Ustaz Love dah publish sebelum ni.. isu yg sama dan berulang.. dan akan terus berulang sampai kiamat.. begitulah watak Syiah ni ;)

  3. hehehhhe..ikan ada tangan ke…..ustazlove ni slalu nak wat lawak terlampau lerr…setahu kakjem ikan duyung je ada tangan…..
    tang kapla ikan di ratah tu mmg kakjem akui tersgt ler sdap,sbb tu org tua2 x bg anak depa mkn part kapla…kihkihkih

    1. kakjem pun pandai gak bab imaginasi ni.. wujud ke ikan duyung tu? hehe :D

      ada lagi satu part yg paling sedap.. bibir ikan.. tapi pastikan giginya dibuang dulu :D

    1. makanan pun ada berkaitan juga.. tapi jika dipastikan secara saintifik la.. kalau setakat cakap2 mulut tu, mungkin juga ianya sekadar petua berdasarkan pengalaman.. tapi banyak yg merapu ;)

  4. mohon komen ustaz mengenai perkara di bawah yang sedang menjadi perdebata hangat..

    http://my.news.yahoo.com/kelab-taat-suami-dipertahan-penganjur-samakan-isteri-bidadari-015503071.html

    KUALA LUMPUR, 11 Jun — Penganjur Kelab Taat Suami Malaysia mempertahankan langkah mereka mengadakan badan itu bagi cuba menyelesaikan masalah curang di kalangan suami sambil menegaskan, kaum isteri sebenarnya “bidadari istimewa”, bukan ‘pelacur kelas pertama’ yang disalah tafsir oleh sesetengah pihak.

  5. salam ustaz..

    saya ada soalan.kawan saya keguguran kandungan yang berusia 3 bulan..bagaimana cara menguruskan janin tersebut?adakah sama seperti menguruskan jenazah biasa atau memadai dengan ditanam sahaja?

  6. Salam alaik…owh,br taw mmg xde hkm sebenr tntg mkn kpla ikn nue,lbih kpd petua..btl tu jg mkn seiring dgn usha utk hsil yg baik..trime ksih..=)

  7. assalamualaikum ustaz….sy hamba yang dai’f ini ingin bertanyakn soalan kepada ustaz…
    benarkah kandungan pada perencah makanan segera(meggi) boleh menjejaskan daya hafalan minda pelajar?? ada sebarang hadis atau pun dalil mengenai hal itu?
    mohon penjelasan daripada ustaz
    terima ksih…dan salam

    1. Zaman Nabi s.a.w. takde meggi.. jadi, tiada hadis berkaitan meggi yang boleh menguatkan kenyataan itu. Ia cuma wujud dalam penyelidikan sains.. bahan2 kimia yg ada dalam makanan segera itu boleh mendatangkan masalah kepada kesihatan. Soal daya ingatan tu, Ustaz Love tak mampu nak sahkan.. ada yg kata boleh menyebabkan lemah hafalan.. tapi ikut pengalaman Ustaz Love, takde masalah hafalan pun (terutama masa semester akhir.. duit takde.. tiap2 hari makan megi)..

      WA

      1. Assalamualaikum.

        Betul apa yg dikatakan oleh komen2 di atas bahawa UL ni klakar. Tapi muka UL mesti serius orgnya, bukan?..
        Dan apa yg sya baca setiap balasan komen drpda UL memang ada logiknya. Tetapi masih ramai lagi yg takut hendak makan kpla ikan…w/pun isi masih ada lagi di bahagian2 itu. Saya adik-bradik memang hantu kpla ikan. Jadi kami x ambil kisah sgt..asalkan mknan itu adalh halal. Kekdg bila sya kluar dgn kwan2 sya malu nk mkn bhagian kpla ikan itu sebb kontrol mancho..hehe. Kalau org miskin depa mkn sampai licin. Mcm pedal ayam juga…ayah sya sellu ingatkn mkn isi ayam dn hatinya sja pedal tu simpan utk dia, jgn mkn sebb nanti jadi degil@nanti kita juga ikut jadi keras mcm pedal ayam…tapi skrg ni dh tak ada nk simpan2…mkn terus.
        Satu lagi betul ke..kita dilarang memakan bahagian dalaman haiwan seperti hati, perut, limpa & paru. Dan knpa ramai org2 kita takut mkn daging kambing UL? Sedangkn kambing adalah makanan kegemaran Nabi SAW. Walhal ramai saintis menyatakan bahawa daging kambing adalh yg terbaik dn sudh byk produk yg dikeluarkn berasas kambing. Tetapi saya tahu itulh berasaskn drpda susunya shja bukan dagingnya. Minta UL tolong jelaskan.

        1. Organ dalaman termasuklah daging merah bukanlah dilarang untuk dimakan, cuma jangan diperbanyakkan. Begitu juga dengan kambing. Khususnya bagi mereka2 yang disahkan menghidap penyakit darah tinggi, gout dsb. Makananan kegemaran Nabi itu bukanlah memberi maksud ia sesuai untuk semua orang. Nabi juga minum susu, tapi ada antara kita yang alergik dengan susu.. Nabi makan kurma, tapi ada antara kita yang tak boleh makan kurma banyak2 sebab kencing manis.. kita ikut mana yang sesuai dengan kemampuan kita..

          WA

Leave a Reply

Your email address will not be published.


9 − = two

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2014 Frontier Theme

Switch to our mobile site