I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Larangan Mendoakan Keburukan Orang Lain

Salam…

Keadaan sinus Ustaz Love semakin teruk. Sebelum ni kening belah kiri membengkak, tapi dah surut lepas tuam dengan tuala panas. Tapi rasa sakit dan bengkak itu masih ada.. nak kata migrain, bukan kepala yg sakit.. tapi sakit kat laluan T (kening dan hidung serta pipi sebelah kiri).. Mungkinkah ada kaitan dengan susu kambing Hi-Goat yang Ustaz Love mula minum sejak beberapa hari lepas? Ini bukan promo, tapi mungkin ada antara blogger yg boleh memberikan jawapan atas persoalan Ustaz Love ini. Bila duduk je, terasa tekanan itu menyebabkan mata kiri nak tertutup..

Malam ni ok sket.. tak tau la kejap2 lagi.. sementara tengah ok ni, maka Ustaz Love nak jawab satu soalan yang dikemukakan oleh seorang yang menamakan diri beliau sebagai “peminat ustaz love” :

nak tanya tentang larangan mendoakan keburukan kepada orang lain..Dalam keadaan bagaimanakah kita boleh berbuat demikian?

Sebenarnya, mendoakan keburukan kepada orang lain adalah bertentangan dengan akhlak dan amalan yang dituntut oleh Islam iaitu berlawanan dengan saranan Islam iaitu sentiasa mendoakan kebaikan buat orang lain. Tak kira la sama ada orang itu berbuat kebaikan mahupun kejahatan buat kita, maka kita dianjurkan untuk sentiasa mendoakan kebaikan buat beliau. Paling tidak, doakan semoga beliau dikurniakan hidayah dan berubah menjadi baik.

Namun begitu, Allah s.w.t. memberikan pengecualian bagi orang2 yang teraniaya atau merasakan teraniaya, untuk mendoakan keburukan buat seseorang yang menganiaya beliau. Ini berdasarkan dalil daripada al-Quran :

Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang lain), kecuali oleh orang yang teraniaya. Dan ingatlah Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (an-Nisaa’: 148)

Namun begitu, pengecualian ini hanya tertakluk kepada orang yang teraniaya itu sahaja, dan bukannya kaki tumpang semangkuk (yang tolong sama mengutuk dan memaki, sedangkan mereka tidak berkaitan dengan isu tersebut). Ini kerana, ada kemungkinan seseorang itu berasa teraniaya, sedangkan hakikatnya adalah sebaliknya.. Sedangkan seseorang yang merasakan teraniaya itu mungkin tersilap, apatah lagi orang2 yang tak berkaitan.. tumpang semangkuk atas perkara yg silap dan khilaf.

Sungguhpun ianya dibenarkan (bagi yg teraniaya), namun bersabar itu sudah tentu lebih utama.. Bak kata seorang tokoh sufi :

Jadilah seperti pohon yang berbuah lebat, dibaling dengan batu, tetapi dibalas dengan buah yang manis

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

32 Comments

Add a Comment
    1. ada 2 jenis akhlak.. iaitu akhlak Nabi Musa a.s. dan akhlak Nabi Muhammad s.a.w.

      Akhlak Nabi Musa a.s. : tumbuk dibalas tumbuk
      Akhlak Nabi Muhammad s.a.w. : Seksaan dan hinaan dibalas dengan doa hidayah πŸ˜‰

    1. jika dunia ini dipenuhi dengan doa2 kebaikan, insyaAllah, kebaikan akan tersebar luas.. kejahatan akan menyorok ketakutan seperti tikus ternampak kucing πŸ˜‰

  1. Salam saudara, saya terkesima sekejap dengan pepatah tokoh sufi yang last tuh. Memang tepat sekali maksud pepatah tersebut, dan ingin juga rasanya saya menjadi seperti pohon tersebut. πŸ™‚

    1. Ustaz Love memang ada penyakit resdung tahap kronik.. tapi biasanya, kalau makan panadol sekejap je ok.. ini 2 3 hari bengkak tak surut2.. sampai la Ustaz Love berubat dengan seorang pakcik.. jengg.. jengg.. jengg.. ada masa nanti, Ustaz Love buatkan entry pasal tu πŸ˜€

    1. kadang2 kita rasa kita dah teraniaya.. lalu kita pun mengambil tindakan untuk menganiaya orang lain.. akhirnya, keburukan itu berpusing kepada kita kembali.. sebab itu, sabar itu lebih utama.. kemudian berdoa.. kerana doa orang yg teraniaya itu tiada hijab antaranya dengan Allah..

      kalau bf dirampas kawan baik sendiri, maka lebih baik berdoa semoga dapat yang lebih baik, lebih hensem, lebih ganteng.. berbanding mendoakan semoga hubungan mereka itu berantakan πŸ˜‰

  2. assalamualikum ustaz…
    nak tnya, bolehkah org yg teraniaya menceritakan kisah dan sbb dia kpd orang lain?? dgn niat nak menghilangkan beban yang dia tanggung…

    1. waalaikumussalam..

      boleh.. dengan syarat tidak sampai ke tahap fitnah (menambah2 cerita yg tiada).. juga sebaiknya dipastikan orang yg kita luahkan perasaan itu adalah orang yg tepat (mampu membantu untuk selesaikan masalah atau sekurang2nya tak memburukkan lagi masalah sedia ada dgn masalah baru spt bergossip pula dgn kawan2nya).. antara org yg tepat untuk diluahkan perasaan adalah ibu bapa, kaunselor, orang alim dsb (yg boleh dipercayai).

      WA

      1. OK ustaz, terimakasih atas pandangan ustaz…
        insyaallah, akan cuba menjaga dan selesaikan masalah ini… mudah mudahan saya dan yang lain mendapat hidayah drp ALLAH SWT.

  3. assalam ustaz. tentang keas teraniaya ni saya ade soalan. Saya sudah merancang untuk bertunang dan berkahwin dgn pasangan saya. Tetapi dia tiba2 menghilangkan diri seperti tidak menjawab call dan membalas sms saya. Dia meninggalkan saya begitu sahaja. sedangkan saya dan keluarga sudah berharap pada dia. Saya ada menghubungi rakannya, dan dia sihat sahaja seperti tiada ape2 berlaku. Saya sedih da n merasakan sgt marah dgn sikap dia. Dia seolah bannga dan angkuh dgn perbuatan dia meninggalkan saya dan saya merayu kepadanya. Mohon ustaz boleh menjawab persoalan ini. Terima kasih.

  4. Salam semua.boleh bagi pandangan,sy Sudan ditipu oleh kekasih,mengatakan dia ade kerja disabah,tapi bila sy bertanyakan teman2. Memang ya pergi bekerja and than lat. Satu minggu sy dpat tau yg Mereka semua menipu.deorang semua becuti di thailand.sy radar sakit hati sngat.ape yg boleh sy buat ek

    1. Salam pahlawan melayu..

      Tak salah nak bagi peluang, sbb setiap org berhak diberikan peluang kedua.. cuma, kena bertegas dan memberikan amaran kepadanya agar jangan menipu lagi.. jika dia masih mengulanginya, maka tinggalkanlah dia.. carilah org lain yang lebih baik dan lebih dipercayai kata2nya πŸ˜‰

  5. klu kite mengingati org lain dr berperangsaka buruk n ajak mereka mendoakan kpd keabaikan…cam ne?…tp kite lak yg dianggap bersekongkol…leh coment…

  6. salam ustaz..
    sy diantara org teraniaya..result sy jatuh..lalu kawan2 mengambil kesempatan mengumpat dan menyebarkan segala keburukan sy..ada pula yg fitnah sy..akhirnya sy sendirian, sy tdk tahu mana kwn dan mana lawan..sedih siap ade yg sindir..bah kn ade yg menjaga hal peribadi sy lalu menjaja..dan ada juga membodek pensyarah sy dgn bagitahu hal2 brk dan memfitnah sy..boleh katakan hidup sy umpama bangkai..hari2 menangis,,sy berazam mahu jd muslimah sejati dan mahu maafkn mereka,tetapi,hny Allah SWT je tahu sakitnye di lyn mcm ni..lebih2 mereka memilih org utk berkwn kerana rupa sy juga tidak lawa,hitam dan gemuk..kalau benda2 bagus yg mereka perolehi mereka mencerita,sdgkn kalu sy,mereka memburukan..sy ade tonton video islamik,’Dont be sad Allah knows’ itu yg buat sy serba sedikit gembira..bolehkah sy memdoakn kecelakaan mereka,sdgkn Allah sudah bg sy peluang…

    1. daripada saudari mendoakan kecelakaan buat mereka, adalah lebih baik saudari mendoakan hidayah dan kebaikan buat mereka dan diri saudari sendiri. Perjalanan saudari masih jauh. Mungkin suatu masa nanti kawan2 yang menganiaya saudari itu akan bertukar sikap menjadi seorang yang sangat baik dan menyayangi saudari, berkat doa kebaikan yang saudari pohonkan buat mereka tanpa pengetahuan mereka sendiri.

      WA

  7. as salam ustaz,
    ada org mendoakan kwn saya ‘lakna’ k atas kamu wahai perempuan yg menlanggar!’
    apakah hukum org yg mndoakan kecelakaan org lain, sdgkan kes incidentitu tidak tahu siapa yg berslah,

  8. as salam ustaz,
    ada org mendoakan kwn saya ‘lakna’ k atas kamu wahai perempuan yg menlanggar!’
    apakah hukum org yg mndoakan kecelakaan org lain, sdgkan kes incidentitu tidak tahu siapa yg berslah,

  9. Salam ustaz, saga ingin bertanya ibu mertua saya minta supaya adik ipar saya mendapat calon isteri yang tiada mak ayah. Dan bukan orang johor. Bolehkan ibu mertua saya berdoa seperti itu? Apa hukumnya? Perlukah saya mendiamkan diri? Saya takut untuk bersuara disebabkan daya hanyalah menantu.

  10. kawan saya ada mengadu .. sewaktu dulu dia pernah jadi lesbian . tapi dia hendak berubah dia beritahu “pasangan” dia tu bahawa dia nak berubah “pasangan” dia bagi akan tetapi “pasangan” dia tu tetap panggil dia sayang .. call text rindu .. kwan saya ni pernah termimpikan seperti hari kiamat .. dia tak pernah angkat call dan balas text “pasangan” dia tu .. pasangan dia tu tahu agama pernah mengerjakan ummrah .. “pasangan” dia text ayat seperti mendoakan kawan saya tu dilaknat oleh Allah kerana dia kata kawan saya menipu dia .. sedangkan kawan saya tak mahu lagi kembali ke jalan gelap itu .. kawan saya pernah terpaksamenipu bahawa dia dipaksa kawin oleh keluarga semata2 untuk menjauhkan diri dari hubungan tersebut .. “pasangan” dia text … ” semoga Allah membalas setiap inci yang kau buat. Allah maha adil .. aku akan cari kau dan balas perbuatan kau ini ” … adakah doa dia termakbul ?? saya kesian dengan kawan saya .. sehinggakan dia takde selera nak makan .. harap ustaz dapat memberi penjelasan kepada saya .. terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme