I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Hukum Menulis Entry Lucah

Salam..

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada mj..

salam ustaz.. ni mj nak tanya sikit.. mungkin agak sensitif sikit.. pertanyaan mj 1. Apakah hukum pendapatan dari blog yang mempunyai unsur lucah seperti cerita, gambar bogel atau video walaupun bukan blog lucah? Mungkin sekadar untuk menarik minat membaca atau untuk mendapat trafik.
2. Apa hukum dari segi dosa dan pahala pulak?
harap ustaz love sudi menjawab pertanyaan..

Blog lucah mahupun separa lucah memang sentiasa menjadi perhatian para pelayar. Kata kunci sex dan seangkatan dengannya masih lagi mendapat tempat utama dalam senarai pencarian setiap hari. Begitulah juga kemunculan blog2 dan laman web seperti ini, semakin hari semakin bertambah. Begitu juga keuntungan hasil iklan, trafik, keahlian dsb. Ini membuktikan bahawa permintaan untuk laman web / blog sebegitu adalah tinggi.

Jika kita bukan seorang Muslim, maka kita tak tertakluk dengan hukum taklifi (wajib, sunat, harus, makruh, haram.. walaupun hakikatnya, semuanya adalah hamba Allah). Buat baik dapat pahala, buat jahat dapat dosa.

Namun begitu, kita perlu memahami hakikat bahawa yang memberikan dosa dan pahala itu bukanlah manusia, bukanlah melalui kata2 manusia, ataupun penilaian manusia.. tetapi dosa dan pahala itu adalah hak milik mutlak Allah s.w.t.. Allah boleh berikan dosa dan pahala kepada sesiapa yg dikehendakiNya.. boleh menambahkan pahala berlipat kali ganda kepada sesiapa yang dikehendakiNya.

Cuma, di peringkat manusia, ada panduan yang dinamakan syarak supaya menjadi panduan dan batasan bagi manusia agar dapat melakukan mengikut kehendak Allah dan berhati2 agar tak melepasi batasan yang ditetapkan Allah.

1. Membuat entry lucah, sama ada menulis cerita lucah, atau meletakkan gambar mahupun video lucah.. hukumnya adalah haram. Walaupun atas apa jua alasan (SEO ke, tarik trafik ke).. dan jika sesebuah blog itu bukannya blog lucah semata2 (ada entry2 lain yg bermanfaat), maka pendapatan hasil pengiklanan di blog tersebut adalah syubhah (terutama pengiklanan jenis CPM / BE).. kerana tidak diketahui kedatangan pelawat ke blog itu adalah atas tarikan apa.. mungkin atas tarikan entry lucah, ataupun mungkin atas tarikan entry lain.

2. Dari segi dosa dan pahala pula, ianya mungkin boleh menyebabkan dosa yang berpanjangan. Sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi s.a.w. :

“Sesiapa yang membuka jalan kebaikan, baginya pahala dan pahala orang yang mengikuti jalan itu sehingga Hari Kiamat.. Sesiapa yang membuka jalan keburukan, baginya dosa dan dosa orang yang mengikuti jalan itu sehingga Hari Kiamat” (HR. Muslim)

Jika entry lucah itu disebar2kan oleh para pembaca, maka bukan setakat penulis entry asal itu yg berdosa, bahkan akan menanggung dosa orang lain yg menyebarkan entry tersebut (mcm skim piramid jugak.. bezanya, skim piramid cuma memfokuskan pada keuntungan.. sebaliknya dalam kes ini, orang yg memulakan sesuatu kejahatan dan ditiru oleh orang lain, maka dia akan mendapat dosa org itu tanpa berkurang sedikit pun).

Jadi, berhati2lah dalam menulis.. sebab ianya lebih tajam daripada mata pedang.. walaupun ianya tak memotong orang lain, mungkin ianya akan memotong diri kita sendiri πŸ˜‰

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

36 Comments

Add a Comment
  1. syukran πŸ™‚

    byk blog yg suka guna perkataan double meaning wpun bukan entry lucah isinya–cthnya buat tajuk double meaning like “aksi basah/menggiurkan” etc pdhal nak tunjuk pic anak mandi ajer or tunjuk pic makanan, cuma term2 tu boleh diterjemahkan double meaning dan boleh jd part of SEO utk tarik traffic dtg ke blog…
    agak2 tu pun termasuk dlm syubhah ker ustaz

    me seboleh mungkin tak nak blog me terlibat dgn unsur begitu..wal iya zubillah

    1. tajuk entry sebegitu memang boleh mengundang trafik yg tinggi, tapi untuk jangka masa panjang, ia akan menyebabkan pengunjung berasa tertipu dan takkan tertarik lagi dengan tajuk2 sensasi sebegitu. πŸ˜‰

    1. kalau ‘ter’ baca, tak dapat la saham tu.. kalau sengaja, mungkin ada la bahagian gak πŸ˜€

  2. mmg sejak kebelakangan ini ramai blogger nak tarik seo dengan entri yg double meaning.. pelik dengan zaman sekrang ni…

    malahan blogger pmpn pon gunakan teknik yang sama, nauzubillah~

    1. ayat double-meaning ni memang dah menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita.. kalau dulu dipelopori oleh golongan2 dewasa (mungkin sbb pengalaman mereka), tapi zaman sekarang, budak2 pun dah pandai buat lawak double-meaning ni.

      Apapun, ianya bergantung atas niat.. mungkin juga beliau tak berniat nak double-meaning, tapi kita yg membaca ni plak yang terfikir ianya double-meaning πŸ˜‰

  3. betui mcm kata MZ, ramai juga blogger yg suka guna perkataan double meaning…

    konon2 utk tarik pelawat ke blog… hmm, kdg2 fenin gak nak pk tajuk n3… :))

    1. kalau tajuk tu, boleh consider lagi.. tapi, kalau isi pun cerita lucah, itu yg rosak tu πŸ˜‰

    1. kalau sengaja mencari entry2 lucah nak baca, maka hukumnya haram dan berdosa.. kalau tak sengaja (mungkin terkeliru dengan tajuk dsb), maka dimaafkan πŸ˜‰

    1. jika kita melakukan perkara yg haram, maka kita berdosa.. membaca novel2 lucah hukumnya haram dan berdosa.. selagi perkara haram yg kita lakukan itu tidak menyebabkan kita terkeluar drp agama (murtad), insyaAllah, amalan kita yg lain akan diterima (sekiranya cukup rukun dan syaratnya) πŸ˜‰

  4. owh bru sekarang sye twu bace citer lucah haram……tpi dulu sje pernah terbace cerita sebegitu….pastu sye rase bimbang sama ada haram atau x………jdi dulu sye cume twu klau buat maksiat jerr yg dose…tpi skarang bukan sje buat maksiat dose tpi bacer citer nyer pon dose

  5. agak2 sye berdose x sbb dulu sye x twu yg bacer bende mcm tu dose jugak….sye takot klau Allah x ampun kan dose sye semase sye bacer citer tu

    1. jangan risau.. Allah itu Maha Pengampun.. jadi, mintalah keampunan daripada Allah dan banyakkanlah ibadah πŸ˜‰

      1. ustaz klu kita dah berkahwin, kita bace cerita tue. Macam mane? dan saya pernah dgr kita boleh bace tuk cari idea atau mempelajari teknik2 hubungan suami isteri..bagaimana hukumnya ustaz.

  6. Salam,
    ustaz klu kita dah berkahwin,dan kita baca cerita2 tue,,, dan saya dengar kita boleh baca untuk tahu teknik2 hubungan suami isteri,,,,bagaimana hukumnya ustaz

    1. langsung tak berminat dengan perkara2 sebegini..sbb takut tak pasal2 komputer saya ni blast..hahaha..

    2. Salam naim..

      Untuk mempelajari sesuatu perkara, kena dapatkan sumber rujukan yang baik dan sahih.. membaca cerita2 lucah ini, mendorong kepada perlakuan yang menyeleweng.. sbb cerita lucah biasanya menceritakan tentang fantasi seks dan zina.. hukumnya adalah haram. Jika betul nak belajar teknik2 bersetubuh, maka belajarlah bab munakahat atau boleh juga membaca kitab2 panduan seperti tajul muluk dan permata yg hilang..

  7. assalamualaikum..Alhamdulillah dapat ilmu lg…comel pic kucing ustaz love…tapi lucu..muka sayu jer.hehe

    1. Waalaikumussalam..

      maksudnya sama dgn assalamualaikum jika dimaksudkan assalam itu dgn memberi salam πŸ˜‰

  8. Assalamu’alaikum ust..

    saya mau nanya nih apakah berdosa jika perempuan memaikan kemualuannya sendiri tanpa memasukkan jari kedalam vaginanya ???

    mf jika saya terlalu to do point

    1. iya.. haram dan berdosa memasukkan jari ke vagina tanpa apa2 sebab yg dibenarkan syarak (seperti memasukkan ubat, pemeriksaan doktor dsb)

  9. assalamuaikum..ustad sy nk tnya..sy prnah mmbaca cite lucah,dn sy x tau plak yg mmbaca cite lucah jg haram..sbb sy hnya igt, klaw mlkukan maksiat dn melihat aurat sj yg haram..rpa2nye mmbca jg haram..dan sy prnah mmainkn kemaluan sy ktka mmbaca cite lucah trsbut..dan sy prnah mndngar org kta tengok bleh bt jgn..adakah ibadat sy dtrma oleh allah

  10. Ya allah,hmm..assalam..saye mmg sengaja buka blog2 mcm tu..hmm…ya allah..ape sy nak buat…saye mmg rs mcm berdosa tp saye ttp buat..hmmmm mcm mane ni

  11. boleh tak sy nak buat solat taubat ustaz? Loveee haha….knp ustaz x letak nama je kan sng hahaha…

  12. mmg betul sgt la MZ tu,hihihi..tapi kdg2 kte dh takde idea kan hmm haha (tp takde idea pon sampai lotak tajk cmtu cm lawak jugak) hihih

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme