Gigi Emas Lebih Berharga Daripada Gigi Palsu!!

14 Langkah Memperbaiki Diri Dalam Masa 14 Hari!!

Para Gamers Meh Tengok Sini!!

Soal Jawab : Hukum Komedi / Melawak/ Buat Lawak

Salam…

Rasanya belum terlambat lagi untuk Ustaz Love mengucapkan tahniah kepada kumpulan Sepah kerana memenangi Maharaja Lawak baru2 ni. Lawak bertiga ini memang evergreen.. The Three Stooges, Do Re Mi, Bujang Lapok dsb sentiasa menjadi pilihan para penonton berbanding lawak sorang2. Tapi, bagi Ustaz Love, pemenang sebenar rancangan tersebut adalah Nabil.. sebab berjaya membawa pulang RM150k.. sedangkan Sepah, walaupun memenangi RM350k, terpaksa berkongsi 3 orang.

Pehh.. panjang plak intro. Jadi, Ustaz Love terus masuk kepada persoalan utama.. iaitu persoalan yang diajukan oleh Mama Zharfan :

ustaz, nak mintak pandangan ustaz psl hukum komedi/lawak/buat lawak dlm islam..sbb me selalu dgr my mom ckp (my mom suka dgr ceramah agama kat masjid), hukum nya haram sbb melalaikan…and nabi muhammad SAW tak pernah gelak2 mcm yg kita gelak2 tu, paling byk pun baginda senyum sampai nampak gigi ajer..mohon komen Ustaz. syukran

Sebenarnya, hukum melawak, buat komedi, bergelak dan bergembira ini adalah harus. Ianya memang menjadi fitrah manusia.. tanpa sifat humor, seseorang itu bakal menjadi seorang yang sangat membosankan. Sebab itu, ramai yang suka menjadi pelawak, tak kira la lawak tu menjadi ke, tak jadi ke, lawak bodoh ke.. yang penting, bila orang yang diceritakan lawak itu gembira dan suka dengan lawak yang dilakukan, ianya menjadi suatu kepuasan bagi seseorang yang membuat lawak.

Dengan melawak, bukan saja boleh menggembirakan hati, bahkan bisa mengubat hati yang sedang lara. Bahkan ada pepatah Inggeris yang mengatakan “Laughter is the best medicine”.. ianya bukan dalil, sebaliknya ianya relevan dengan situasi berlawak ini.

Seorang Ustaz yang menyampaikan ceramah dalam suasana santai dan diselangi dengan lawak jenaka, mampu menarik perhatian ramai pendengar untuk mendengar ceramahnya.. contohnya mcm Ustaz Azhar Idrus. Bukanlah nak kata Ustaz2 yang tak pandai melawak itu tak menarik, sebab setiap orang ada daya tarikan masing2, tetapi Ustaz2 yang suka melawak ini nampak lebih mesra dan lebih dekat dengan pendengar.

Islam merupakan agama yang harmoni. Ada masanya perlu bersedih, ada masanya perlu marah, ada masa perlu gembira, senyum, gelak dsb. Bukanlah agama Islam ni agama yang serius.. kena berkerut setiap masa.. kena serius sentiasa..

Sebab itu perlakuan Nabi s.a.w. sangat wajar diteliti kerana Nabi s.a.w. adalah seorang manusia yang paling bertakwa kepada Allah, tetapi Baginda juga merupakan seorang manusia yang sangat menyenangkan hati kawan dan lawan. Nabi s.a.w. akan serius pada tempatnya, dan juga ada masanya Baginda membuat lawak, ada masanya Baginda akan tersenyum dengan lawak para sahabat..

Cuma, seperti biasa, perkara harus ini, jika dilakukan berlebih2an dan melampaui batas, boleh menyebabkan ianya menjadi haram.

1. Lawak yang menghina sifat manusia.

Kebiasaan lawak orang kita, suka merendah2kan dan menghina sifat manusia yang secara tak langsung menghina ciptaan Allah. Banyak contohnya seperti tajuk drama Halimah Jongang, Fatimah Juling dsb.. juga menjadikan sifat2 manusia yang agak kurang sempurna sebagai ejekan seperti tempang, gemuk, hitam, rongak, ketiak berkerak dsb.

2. Lawak Penyerupaan Jantina.

Islam melarang lelaki menyerupai wanita dan begitu juga sebaliknya. Penyerupaan ini termasuklah seorang lelaki membuat suara wanita, memakai pakaian wanita, membuat lenggok wanita (spt pondan), memakai perhiasan wanita (subang, gelang, rantai) dsb.

3. Lawak Yang Menyentuh Sensitiviti Agama

Lawak juga boleh menjadi medium penyampai kepada masyarakat.. lawak2 yang mempertikaikan kredibiliti para mufti, fatwa2, syariat Islam dsb adalah dilarang dan amat berbahaya.. kerana ianya boleh menyebabkan akidah rosak kerana mempermain2kan hukum agama.

4. Lawak Tak Kena Tempat

Dalam melawak pun, perlu berhikmah. Kena tengok suasana. Sekalipun kita seorang yang sangat kelakar dan hensem plak tu, sekiranya suasana itu memerlukan kita untuk bersedih dan bersimpati, maka kita kena ikut suasana tersebut. Contohnya suasana dalam majlis pengebumian, tatkala para waris bersedih dengan kematian ahli keluarga, jangan la plak kita membuat lawak yang boleh menyinggung perasaan mereka. Sekalipun waktu itu kena melakukan sesuatu supaya mereka tak melayan sangat perasaan sedih, tetapi ada baiknya kita memberikan khabar2 gembira berkenaan syurga dan pahala.

Bagi yang mendengar lawak juga, seboleh2nya kawal suara gelak. Jangan sampai gelak mengilai2 macam orang kena rasuk, ataupun gelak berdekah2 sampai tergolek2.. Sekalipun gelak itu dibenarkan, namun kita masih lagi tertakluk dengan adab dan akhlak Islam. Gelak2 yang melampau boleh menjatuhkan maruah kita sebagai seorang Muslim. Kecualilah kalau kita gelak dalam bilik.

Namun begitu, dalam bergelak ketawa, kita jangan lupa menangis. Menangis memohon keampunan kepada Allah di malam hari, kerana mungkin di siang hari kita banyak bergelak dan menggelakkan orang sehingga tak perasan kita dah mengguris hati orang lain.

Sudah tentu senyum itu lebih baik berbanding gelak. Namun, jika tak dapat nak tahan (Ustaz Love sendiri tak mampu nak tahan gelak), maka kena kawal gelak tu supaya lebih berpada2. Kita ini cuma manusia biasa.. tak mampu nak mengikuti kesemuanya, namun kita masih punya usaha dan ikhtiar.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

22 Comments

Add a Comment
    1. perlu difahami bahawa Ustaz Kazem mahupun Ustaz Azhar adalah golongan ulamak, dan bukannya pelawak. Manakala peserta ML adalah golongan pelawak, dan bukannya ulamak. Kalau Ustaz Azhar berlawak sepanjang sesi ceramahnya, itu dah tak dipanggil majlis ilmu dah.. begitu juga kalau peserta ML menyampaikan dakwah serius dalam rancangan ML, maka tak jadi la ML, jadi MD (Maharaja Dakwah) la plak ;)

  1. Salam ustaz..lama tak singgah blog ustaz.. ade satu ceramah chip dengar.. Ustaz tu kate.. jika seseorang tu gelak terlampau..maka ketika itu dia bersama2 syaitan.. dan jika perkara ini berterusan maka hatinya akan menjadi keras dan mati.. boleh ustaz ulaskan..?

    1. Salam chipcoklat..

      Isu membuat lawak bagi orang gelak dan menggelakkan lawak orang adalah 2 isu berbeza.. Kalau nak ulas, kena buat dalam entry.. jadi, kena tunggu la ye.. insyaAllah, kalau ada ruang dan peluang, Ustaz Love akan jawab dalam entry :D

  2. mohon pandangan ustaz mengenai isu demontrasi yang akan diadakan pada 9 julai..

    dari pandangan Islam, adakah demontrasi dibenarkan?

    apakah hukumnya mengadakan demontrasi secara aman untuk menyatakan bantahan terhadap sesuatu perkara?

    jika secara liar dan menyebabkan rusuhan, huru hara ada ustaz menyatakan ianya adalah jelas haram.

  3. cukup pantang dgn citer HJ & FJ.. dh jadi bahan lawak budak2 mengata org yg ada kekurangan cmtu.. cmner laa diorg bole mkn rezki hasil wt citer gitu…

    1. mungkin matlamat asalnya baik, iaitu untuk menyedarkan orang ramai agar tak memandang rendah orang2 sebegitu.. sebaliknya yg berlaku, menjadi bahan plak untuk menghina golongan sebegitu.. boikot je cerita2 mcm tu.. bila rating jatuh, mungkin diorg akan berhenti buat cerita2 menghina sifat ni ;)

  4. assalamualikum ustaz saya nak tanya apa hukum seseorang itu mempermainkan doa taubat imam syafie dengan menagatakan org yang membaca doa ini tidak mahu masuk ke syurga dan neraka tapi mahu duduk di tengah2 macam duduk di R n R,apa hukumnya ustaz?

    1. waalaikumussalam…

      mereka2 itu adalah orang yg menjadikan semua benda termasuk perkara agama sebagai gurauan.. doa taubat walaupun apa juga versinya tidaklah wajar dijadikan sebagai suatu bentuk gurauan.. apatah lagi jika memahami maksud tersirat daripada doa itu.

      semoga Allah mengampuni kita semua yang tak layak mendapat keampunannya, tapi sangat memerlukan keampunan Allah..

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Ustaz Love Menulis... © 2014 Frontier Theme

Switch to our mobile site