I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Hasil Pendapatan 7Eleven

Salam..

Genap seminggu Ustaz Love menyepikan diri daripada dunia blogging. Bukan langsung tak jenguk blog, tapi jejari runcing ini terlalu payah rasanya nak menaip bait2 ayat. Yang pastinya, iklan kat blog memang sentiasa update.. hehe..

Ustaz Love nak jawab satu soalan daripada seseorang yang menamakan dirinya sebagai Lena..

sy ingin bertanya jika sy menjadi rakan kongsi 7-ELEVEN yg ade menjual arak dan jika segala penjualan nye sy tidak ambik,adakah hasil pendapatan sy dari penjualan barang lain juga d anggap haram.
minta bantuan.tima kasih

Sebelum mengulas lebih lanjut, Ustaz Love nak pastikan dulu adakah 7Eleven ni sejenis francais yang mana kita merupakan pemilik kedai itu dan menggunakan jenama orang lain (francaisor)? Jika begitulah bentuknya, maka perlulah diteliti kontrak perjanjian francais itu. Jika di dalamnya ada klausa yang mewajibkan penjualan arak, maka dengan sendirinya kontrak itu tidak sah di sudut syariat (kerana mensyaratkan penjualan barangan yg haram). Jika masih boleh bertolak-ansur (boleh abaikan klausa penjualan arak), maka ianya diharuskan.. seperti yang berlaku di 7Eleven di Kelantan yang tidak menjual arak. Ini kerana, 7Eleven itu sendiri bukanlah jenama arak, ataupun perniagaan yg berasaskan arak (spt Carlsberg, Guiness Stout dsb). Jika Carlsberg itu sendiri menawarkan francais, maka adalah haram untuk menyertainya (sekalipun dalam kedai francais itu turut dijual ubat gigi Mukmin, Jus Tok Guru dsb..) sbb Carlsberg itu sendiri adalah jenama kepada perniagaan arak yang telah dipatenkan.

Adapun jika kita bukan pemilik francais, sebaliknya kawan kita yg jadi francaisinya.. dan kita memberikan modal untuk perniagaan itu (share-partner), maka dalam hal ini perlu berjaga2.. supaya setiap sen yg kita keluarkan itu tidak digunakan untuk pembelian arak. Maka, kena cek dengan teliti ke manakah wang kita itu dibelanjakan. Itu satu hal.

Untuk keuntungan pula, kena cek dengan teliti hasil keuntungan manakah yg kita ambil. Adakah bercampur dengan hasil keuntungan penjualan arak ataupun tak? Jika kita ada mekanisme yg boleh menentukannya secara tepat (spt POS system ke), maka tiada masalah.

Namun begitu, ianya berbeza jika kita melaburkan duit di kedai arak.. spt kedai arak cina kat pekan2 koboi.. yg biasanya ada juga menjual ubat cina, kerepek, kacang menglembu dsb.. kita melabur untuk perniagaan barangan runcit di kedai itu, tetapi kita memang tahu yg main business (perniagaan utamanya) adalah penjualan arak.. maka di sini, ada unsur2 syubhah sekalipun kita cuma mengambil keuntungan jualan barang runcit saja.. Bezanya dengan kes 7Eleven tadi, 7Eleven adalah kedai runcit 24 jam yg ada juga menjual arak.. sebaliknya, kedai arak itu adalah kedai arak yg ada juga menjual barangan runcit.

Sekalipun ianya harus dengan bersyarat, namun ianya masih lagi berlegar2 dalam lingkungan syubhah.. sebab bila2 masa saja boleh terjerumus dalam perkara yg haram.. umpama orang yg meniti atas tali, terlalai sikit bisa menyebabkan jatuh tertonggeng ke bawah.. walaupun kita sebelum ni sangat mahir berjalan atas tali.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 Comments

Add a Comment
  1. salam ustaz.. ni mj nak tanya sikit.. mungkin agak sensitif sikit.. pertanyaan mj 1. Apakah hukum pendapatan dari blog yang mempunyai unsur lucah seperti cerita, gambar bogel atau video walaupun bukan blog lucah? Mungkin sekadar untuk menarik minat membaca atau untuk mendapat trafik.
    2. Apa hukum dari segi dosa dan pahala pulak?
    harap ustaz love sudi menjawab pertanyaan..

  2. salam,ustaz sy nk tny mcm mane kalo bekerja di pasar raya giant yang turut menjual arak….adakah sebagai pekerja yg menerima gaji turut dikira pendapatan haram….mohon dijelaskan

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme