I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Claim Resit

Salam..

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada seseorang yang menamakan diri beliau dengan misi :

slm..jika peruntukan kerajaan rm300 ..pihak jabatan bagi claim melalui resit.. jika pembelian yg dibuat hanya rm200..tapi tulis resit rm300…apa hukumnya…sedangkan wang yg dituntut adalah peruntukan kerajaan utk pekerja…

Hukumnya adalah haram. Sebab ianya melibatkan penipuan. Tak kira dari sudut syariah, mahupun undang2 negara, menipu claim boleh menyebabkan seseorang itu dihadapkan ke muka pengadilan.

Walaupun hakikatnya peruntukan yang diberi adalah RM300, tetapi perlu diingatkan bahawa ia merupakan peruntukan kerajaan yang diberikan kepada sesebuah kementerian / jabatan untuk dibelanjakan, bukan untuk disimpan. Jika tidak habis digunakan, maka ianya perlu dipulangkan kembali. Dari situ, maka Kementerian Kewangan / Perbendaharaan akan menilai dan mengenalpasti bajet sebenar yang diperlukan oleh sesebuah jabatan.

Masalah yang timbul bila sesebuah jabatan itu akan cuba menghabiskan bajet tahunan supaya akan menerima bajet tahun depan dengan kadar yang sama atau lebih lagi daripada yang diterima tahun ini. Ini menyebabkan bajet yang tidak habis digunakan pada tahun ini, digunakan pada tempat yang tak sepatutnya (ala2 Mr. Os yang kena habiskan RM100k dalam masa 21 hari).

Cara yang lebih selamat adalah, sekiranya diberikan peruntukan RM300, maka gunakanlah untuk membeli barangan yang senilai dengan RM300. Bukannya membeli barangan yang kurang daripada nilai tersebut, kemudian melakukan penipuan pada resit claim. Mungkin nilainya kita nampak kecik, tapi bayangkan kalau situasi yg sama berlaku pada claim yang besar2..

Contohnya kontraktor pembinaan diberikan peruntukan RM100 juta untuk pembinaan sebuah stadium.. kadar untung adalah 60%.. maka kos pembinaan keseluruhan adalah pada kadar 40% iaitu RM40 juta.. tapi disebabkan nak untung lebih, maka hanya RM10 juta saja yang digunakan untuk membuat pembinaan stadium tersebut. Agak2, berkualiti tak pembinaan itu? Materialnya dah tentu menggunakan material yang murah dan tak berkualiti. Kesan jangka panjang, mungkin akan membahayakan berpuluh ribu penonton bolasepak yang menggunakan stadium tersebut untuk menonton perlawanan.

Buktinya dah ada.. stadium kat Terengganu yang belum digunakan lagi, tapi dah runtuh sana sini 😉

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 Comments

Add a Comment
  1. salam ustaz..
    akk selalu claim resit kat en.suami bila beli brg peribadi.bolehke ustaz. tak beritahu dulu sebelum beli.dah beli baru claim..hehe

    1. salam kakyon..

      kalau suami redha, takde masalah.. kalau suami reject claim tu, terpaksa la cover dengan duit gaji sendiri.. hehe 😀

  2. abis tu ustaz…kalau dah pernah buat mcmane?perlu ganti balik ke?

    bukankah duit tu memang kerajaan bagi kita?contoh bagi kita 300…tapi kita berhak untuk buat pilihan kan?contoh kain kualiti sama tapi harga berbeza, kita mesti amik yg murah kan…tak bole ke baki tu kita amik untuk kegunaan lain?

    mohon pencerahan ustaz.tq

    1. kalau ikutkan, memang perlu ganti balik.. cuma Ustaz Love tak pasti plak mcm mana cara nak pulangkan pada kerajaan..

      sebagai kakitangan awam, kita tak berhak untuk menggunakan duit kerajaan (sebenarnya duit pembayar cukai / duit rakyat) walaupun ada lebihan.. kerana setiap yang lebih itu mesti dipulangkan.. kita tak boleh bertindak sebagai pemilik duit tersebut kerana kita cuma menguruskan saja..

      Ustaz Love tak berapa mahir sangat bab perbelanjaan kewangan ni.. tapi setiap perbelanjaan mesti ada dia punya LO, PO, Quotation dsb.. senang cerita, bukan mudah2 nak dapatkan duit dan bukan mudah2 nak belanjakan.. sebelum dapat kena ada dokumen, lepas dah belanja pun kena ada dokumen..

      Lebih selamat, belanja ikut bajet.. jika ada lebihan, maka pulangkan balik.. andaikata perkara ini dilaporkan ke pihak tertentu, boleh dituduh di mahkamah.. sekalipun nilainya tak seberapa.. semoga kita dapat berhati2 menutup segala lubang2 yang boleh menyebabkan kesusahan bagi kita pada masa akan datang 😉

    1. tak kira apa status sekalipun, claim lebih daripada sepatutnya hukumnya haram.. jangan ingat merompak, menyamun tu je kerja haram.. kerja halal pun boleh menghasilkan pendapatan yg haram kalau tak berhati2 😉

  3. assalamualaikum ustazlove..saya nak tanya berkenaan claim jgk..saya bekerja kt sebuah farmasi dan kat sini memang ada berlakunya perkara macam ni..jadi saya nak tanya apa hukumnya jika saya menulis resit untuk claim tu?apa tindakan yang sepatutnya saya ambil selaku pekerja kt sini walaupun setelah menegur majikan tentang hal tersebut?terima kasih..

    1. waalaikumussalam anr..

      menulis resit claim yang nilainya lebih daripada pembelian asal, hukumnya adalah haram.. dikira bersubahat melakukan perbuatan haram..

      saudari perlu tinggalkan perbuatan tersebut sehinggalah majikan membuat keputusan, sama ada nak berhentikan saudari, atau mengubah polisinya yang bercanggah dengan undang2 dan agama. sangat bahaya jika saudari masih meneruskan perbuatan tersebut.. ditakdirkan ada org buat report pemalsuan resit claim, dengan saudari2 sendiri akan terheret.

  4. Salam Ustaz Love…

    Kl kita sbg kerani (AG) dan kita tahu bhw org tu tipu dlm claim…haruskah dia luluskan pembayaran atau haram krn bersubahat…kl dia byr jugak cmna plak dgn gaji yg dia terima…berkat ke tidak..TQ

    1. Salam Yang Terpuji..

      Kalau kita tahu dengan pasti (melalui bukti spt resit claim palsu dsb) maka haram meluluskan pembayaran tersebut kerana kita dikira bersubahat membuka jalan yg haram.. perbuatan itu juga menyebabkan gajinya menjadi syubhah (sebab bercampur antara halal dan haram).. kalau tak tahu (sekadar main teka2 org tu tipu claim), maka tidak dipertanggungjawabkan atas kita kalau kita luluskan pembayaran itu.. sbb kita bekerja on-paper dan mempunyai bukti fizikal..

      sebaiknya, jika berlaku perkara sedemikian, kena rujuk kepada pihak atasan.. agar jika berlaku masalah pada masa akan datang (spt ada report dan aduan salahlaku dsb), kita dapat mengelakkan diri daripada disabitkan dengan perbuatan bersubahat..

      WA

  5. assalamualaikum ustaz…sy nak tanya.kalau company ada biasa beli barang yg saya katakan dgn syrkat A. Rm 300.pada masa yang sama company bagi kepercayaan kpd sy untuk beli barang yg sama dan boleh claim kemudian.apabila sy buat pembelian, sy cari kualiti lebih baik, dan harga lebih murah dr yg biasa company beli.tp sy beli dr company lain.masa rundingan harga.katakan harga yg diletakkan supplier rm 280.tp sy minta diskaun dan dia kurangkan kpd rm250.tp sy minta resit claim rm280 sebab atas usaha sy minta diskaun.so mcm mana dr segi hukumnya..

    1. Haram hukumnya kerana mengambil untung atas angin pada barang yg bukan menjadi milik kita dan menggunakan duit yg bukan hak kita.. kecuali jika dapat izin drp pemilik syarikat..

  6. salam ustaz..

    saya dapat biasiswa.. biasiswa saya dapat ini ada sediakan peruntukan untuk beli laptop, dan bajet yang boleh claim hanyalah RM3,000.00 . Dan syaratnya duit tu hanya boleh buat beli laptop dan printer sahaja tak termasuk aksesori.

    masalahnya sekarang, ayah saya dah belikan laptop untuk saya. Harga laptop tu cuma seribu lebih, sedangkan saya boleh claim laptop sampai RM3000.

    tapi dalam resit ayah saya tulis harga laptop tu RM3000. Pastu ayah saya cakap nanti claim duit lebih tu jangan buat makan, tapi buatlah beli aksesori laptop ke, external hard disk ke, tapi dalam kenyataan pihak biasiswa dah cakap dah peruntukan tu tak termasuk aksesori laptop..

    jadi macam mana ye ustaz? kalau saya claim jugak lebih dikira berdosa tak? nanti duit lebih tu saya beli untuk barangan laptop pun tak boleh ye?

  7. Salam Ustaz, company saya ada peruntukkan claim. Contohnya 1km utk motorsikal rm0.20, tetapi untuk kereta 1km rm0.60. Saya pergi dari jarak A ke B, 1km dengan menaiki motor. Tetapi saya nak guna claim kereta yg harganya lagi tinggi. Boleh kah ustaz? Boileh ke kita anggap duit tu sebagai upah kita?

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme