I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Seputar Isu Perniagaan MLM

Salam..

Ustaz Love menerima beberapa pertanyaan lanjutan berkaitan MLM ini hasil daripada komen di entry berkaitan hukum menyertai skim Login Facebook Dapat RM100 / Infinity Downline dsb. Mungkin juga ada yang beranggapan bahawa perniagaan MLM ini merupakan suatu perniagaan yang mirip dengan skim2 seperti ini. Juga mungkin ada yang keliru dengan kenyataan beberapa blogger yang agak terkenal dengan penentangan mereka terhadap perniagaan berasaskan MLM ini.

Ustaz Love akan cuba menjawab dengan seberapa adil yang boleh. Sebelum tu, Ustaz Love ingin jelaskan bahawa pada masa ini, Ustaz Love tidak terlibat dengan mana2 perniagaan berasaskan MLM. Yang Ustaz Love dok sebut2 produk2 tu saje je melawak. Namun begitu, Ustaz Love mempunyai pengalaman menyertai perniagaan MLM ni masa muda2 dulu dan biasa mengikuti seminar menaikkan semangat untuk terus berjuang dalam bisnes MLM tersebut.

Ustaz Love join MLM dulu atas ajakan kawan. Rasanya, memang ramai yang menyertai MLM ini atas ajakan, dan bukannya sebab berminat dengan produknya. Tapi, bak kata orang, tak kenal maka tak cinta.

1st MLM Ustaz Love join adalah SURECO. Ustaz Love diajak oleh seorang member pak guard untuk hadir dalam seminar yang disampaikan oleh seorang Dr (tak pasti beliau doktor perubatan atau doktor falsafah). Masa seminar tu, cerita pasal penapis air yang berharga RM1500 (kalau tak silap). Banyak juga ilmu yang disampaikan yang menyebabkan Ustaz Love tertarik dengan produk2 keluaran SURECO. Oleh kerana Ustaz Love peminat tegar kopi, maka Ustaz Love beli la kopi Cengkudu (bunyi macam kelakar, tapi memang sedap).

Lepas tu Ustaz Love pun join jadi ahli dengan bayaran RM30 (sampai ke saat ni.. dah dekat 10 tahun, tak dapat2 gak kad ahli) dan cuba la jual produk ubat gigi cenkudu. Jual kat member, memang kena gelak kaw2.. sbb lepas guna ubat gigi tu, bukan setakat gigi beliau menjadi kuning, bahkan berus gigi pun berubah warna kuning (tak pasti plak sebab apa.. mungkin dah expired kot). Ustaz Love pun patah semangat, dan bersara daripada menjual produk tersebut.

Lepas tu Ustaz Love join bisnes prepaid plak. Masa tu takde lagi system2 online ni. Semuanya manual. Nak topup baki, kena gi bank. Member nak beli top-up, kena sms bagitau. Walaupun Ustaz Love banyak menjual, tapi sebenarnya banyak rugi. Sbb Ustaz Love tak pandai nak cari downline. Jadi takde bonus ataupun hasil daripada downline.

Lepas tu Ustaz Love join Luxor. Member gak ajak. Beliau bawak upline yang pakai Honda V-Tec lepak kat kedai mamak. Sambil tunjuk cek2 hasil beliau menyertai bisnes tu. Ustaz Love pun agak tertarik dan setuju nak hadir ke seminar di menara Luxor. Ustaz Love tertarik mencuba satu produk iaitu Seri Gama. Masa tu anak Ustaz Love ada masalah lendir dan kahak yang banyak. Bila makan produk tu, alhamdulillah, kahak dah takde. Hingus pun kering. Dan Ustaz Love pun pernah cadangkan kepada member2 yang anaknya mempunyai masalah yg sama.. dan alhamdulillah, ianya berkesan. Tapi, Ustaz Love berhenti menjual bila telefon kat operator Luxor tanya pasal keahlian, rupanya Ustaz Love tak didaftarkan pun lagi oleh member yang beria2 suruh isi borang dan bayar yuran keahlian RM50.

Itu serba sedikit pengalaman Ustaz Love dengan perniagaan MLM ni.

Mungkin disebabkan sudah punya pengalaman, maka agen2 MLM agak susah nak mendakwah Ustaz Love menyertai perniagaan mereka. Tambahan bila Ustaz Love banyak mengkaji pasal MLM ni sejak kali pertama menyertainya.

Antara teknik2 yang digunakan untuk menarik minat peserta dan seterusnya menjadi downline :

1. Ajak minum kat mamak.

Ustaz Love pun tak pasti kenapa kena lepak kat mamak? Agaknya suasananya lebih sesuai kot? Ataupun mungkin sebab nak ajak minum saja (save bajet).. kalau ajak gi makan kat hotel, dah tentu kena order makan.. ye tak? Mamak je yg terima air segelas, duduk 3 4 jam ni.. hehe..

2. Bawak upline (penaja atas mereka) yang dah steady.

Kebiasaan kita akan tertarik dengan pandangan pertama. Kalau 1st time nampak kereta besar, pakai kot (malam2 pun pakai kot?), pakai henset canggih, cakap pun lebat (ratus2 ribu punya cakap.. tak main dah cakap sepuluh dua puluh ringgit.. walaupun masa tu kat kedai mamak je).

3. Bawak file.. ada bukti cek nilai beribu2.

Itu kalau dulu la.. zaman sekarang ni, biasanya bawak laptop atau iPad dan tunjukkan print screen cek2 hasil menjalankan bisnes tersebut (alaa.. mcm yg kita selalu dok buat entry cek nuffnang dah sampai tu.. hehe).. walaupun sebenarnya, nilai tu bukanlah nilai sebenar.

4. Ajak join seminar.

Biasanya dalam seminar, lagi banyak cerita2 hebat yang peserta baru akan dengar. Kisah kena ludah la, kena maki la, mat rempit bawak BMW la.. dan bermacam2 lagi.. dan kebanyakannya akan memakai sut, siap dengan tali leher. Katanya untuk menambahkan keyakinan diri dan memberikan pandangan pertama yang baik terhadap peserta baru.

5. Isi borang dan bayar yuran keahlian.

Bila bakal peserta berminat nak sertai (ataupun terpaksa sertai sbb nak jaga hati member), maka diberikan borang untuk diisi. Yuran keahlian biasanya murah je. Tapi peserta tersebut akan ditawarkan satu pakej lain yg akan mendatangkan untung lagi cepat. Maknanya kena tambah lagi la modal sehingga beribu2. Peserta akan diberikan tempoh bertenang (kena bertenang la.. sbb dah keluar duit banyak) dan dalam tempoh itu, borang dan yuran pendaftaran akan disimpan sehingga cukup tempoh tertentu, atau sehingga cukup jumlah tertentu.. supaya bila upline tadi submit pendaftaran kepada syarikat, maka jumlahnya cukup untuk melayakkan mereka menerima bonus dalam bentuk cek.. dan cek itulah yg akan digunakan untuk ditunjuk kepada ‘bakal peserta baru’.

Orang yang betul2 jujur dalam perniagaan MLM ini sebenarnya susah untuk berjaya. Kena pandai main trick. Sbb tu dalam satu perniagaan MLM, akan ada group2 tertentu yang mempunyai kaedah tersendiri untuk meningkatkan hasil dan pendapatan.

Tak semua orang yang bergiat dalam MLM ni menggunakan teknik2 seperti di atas. Ustaz Love cuma bercerita berdasarkan pengalaman silam. Mungkin juga ada teknik2 terkini yang telah diperbaharui.

Pun begitu, kita jangan pukul rata semua orang. Jangan pukul rata semua kakitangan kerajaan makan duit haram disebabkan ada segelintir yang melakukan tugas sambil lewa. Begitu juga tak boleh anggap semua anggota kastam itu kaki rasuah disebabkan ada segelintir yang terlibat dengan gejala tersebut. Pekerjaan halal boleh memberikan pendapatan yg halal sekiranya dilakukan dengan jalan yg halal. Begitu juga sebaliknya, pekerjaan yg halal boleh memberikan pendapatan yang haram sekiranya dilakukan dengan jalan yg haram.

Hukum perniagaan MLM ini adalah harus.. seperti mana yang telah dipersetujui oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Namun, perlu diperhalusi kaedahnya, agar yang harus tidak berubah menjadi haram.

1. Skim Piramid / Skim Cepat Kaya menggunakan nama MLM.

Kebiasaan skim piramid ini tidak menjual produk. Begitu juga skim cepat kaya. Apa yang dilakukan adalah mencari orang (downline) dan membayar jumlah tertentu. Duit hasil penyertaan ahli baru digunakan untuk membayar ahli lama (upline) dan seterusnya. Sebab itu, kita biasa mendengar / melihat promo perniagaan seperti “Masih Baru Dilancarkan.. Jadilah Orang Terawal”.. Yang terawal biasanya akan dapat pulangan modal dan keuntungan, sebaliknya yang lambat menyertai, akan kehilangan modal.

2. Akad / Kontrak Perniagaan

Sebelum sign borang pendaftaran, bawak balik dulu borang tersebut. Jangan terus sign kat meja kedai mamak. Baca dulu dengan teliti. Adakah kontrak itu sah mengikut muamalat Islam? Adakah di situ ada unsur2 perjudian, riba, gharar, zalim dsb? Kemudian kaji dulu kaedah pemasaran (marketing plan) yang digunakan. Adakah ianya berasaskan pencarian kepala (downline), atau berasaskan jualan produk?

3. Kaedah Pemasaran

Perniagaan adalah penjualan barang daripada penjual kepada pembeli untuk tujuan keuntungan. Jika awal2 lagi, kita ditunjukkan cek2 bonus, marketing plan, berapa kita akan dapat dsb.. maka jauhilah ia.. percayalah, ahli baru takkan mampu nak jual apa2 produk pun, sebab mereka cuma dilatih untuk mencari ahli2 baru.

4. Keuntungan Yang Ditawarkan.

Ini point paling penting untuk mengesan sebarang bentuk penyelewengan atas nama perniagaan / pelaburan. Iaitu fixed income (cewahh).. jika seseorang ahli itu ditawarkan keuntungan tetap dalam nilai matawang (kalau bayar RM100, dapat RM6574.89 sebulan), maka ianya ada unsur riba. Dan perniagaan / pelaburan ini adalah haram disertai kerana ada unsur gharar, perjudian, riba dan zalim. Dan ianya menjadi modus operandi bagi skim cepat kaya.

Phewww… lama tak menulis, sekali tulis panjang2 plak.. berpinar kepala otak ini.. Kalau ada salah silap, harap betulkan.

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

56 Comments

Add a Comment
    1. bukan semua mcm tu.. tapi perniagaan berasaskan pencarian downline (tak kira la atas nama MLM ke, skim piramid ke, skim tolong menolong atas dasar takwa ke dsb) memang sangat membuka ruang berlakunya penipuan. πŸ˜‰

  1. lama dulu pnah jgak join apa yg ustaz sebut tu.. teknik2 yg ustaz bg ni tepat sgt.. mula2 msti ajak jumpa.. pastu dia col senior dia yg ada keta besar dtg sbb nk bg yakin suroh kita join.. pastu mula tunjuk bukti untung diorg.. last skali suroh isi form & mntak bayar yuran.. dh settle semua bila2 kita col nti mula susah nk layan dh :p

    latest en3: kl gangster

  2. salam ustaz..
    dulu akk bnyk join mlm.semua tak menjadi. bila join HPA..alhamdhulillah…dptlah beli aset. dgn HPA ada keberkatannya. skrng ni tak join apa2 MLM dah.maintain aje dgn HPA, walau bonus dpt sikit, cukuplah takat tu.
    πŸ™‚

    1. salam kakyon..

      alhamdulillah.. biasanya perniagaan yg telus akan bertahan lama.. Ustaz Love kenal HPA ni rasanya dah 15 tahun lepas.. masih kukuh dan semakin mengukuhkan kedudukan dan keuntungan kepada syarikat dan ahli. Produknya spt Kopi Radix memang istimewa.. bisa menyebabkan sendawa dan kentut dengan harkat yg panjang..

      apa yg baik itu teruskan saja.. fokuskan pada penjualan produk.. lupakan pasal mencari downline.. insyaAllah, selamat πŸ˜€

    1. Ustaz Love pun pernah ucapkan kenyataan mcm ni gak suatu masa dulu.. akhirnya diuji dan terjebak jua.. setiap manusia akan diuji atas keyakinannya πŸ˜‰

  3. salam ustazlove..

    mlm..dulu pernah join laa..
    la nie tak seaktif dulu..tak larat nak pi kejo downline…
    tapi ateh maseh setia dgn produk dia tentunye RGC…
    minumannye berkhasiat…nak2 bulan ramadhan akn menjelma tiba tak berapa bulan jer lagi..

    biar pun tak seaktif dulu…tapi godaan tu tetap ade..
    yang sorang datng pomot barang ini,sorang lagi mai soh join itu….akhirnya tepis punya tepis *terkulai* juge saya…kihkihkih
    sy join sebb ade masalah kesihatan…guna pakai sendiri jer.

    ape2 pon *terkulai* dek rayuan soh ambil produk tauu..
    jangan fikir lain lakk…tak sesuwaii…hihi

    1. salam ateh..

      kalau produk tu ok, teruskan saja.. sbb dengan menggunakan sendiri, lebih sesuai untuk memberikan testimoni.. barulah produk dapat dijual dengan jayanya.. takyah pening2 nak cari downline.. orang akan datang cari kita sbb nak beli produk tu πŸ˜€

  4. berpinar pulak mata kakjem membacanya…..banyak pengalaman rupanya teman kakjem ni………ecehcehceh….

    1. Itu baru kakjem membaca.. belum mengalaminya lagi.. bleh berputar kepala otak menanggungnya πŸ˜€

  5. ustaz , boleh saya tahu kenapa ustaz jelaskan di sini yang mlm itu ada unsur riba ?

    kenapa ustaz . . .

    1. cuba baca betul2.. Ustaz Love tak tulis pun yg perniagaan MLM ada unsur riba.. tetapi, Ustaz Love menulis yg apa2 jua perniagaan mahupun pelaburan, tak kira la MLM ke, SLM ke.. jika menjanjikan keuntungan tetap daripada modal (contohnya bayar RM100, dapat untung RM6754.99 dalam masa sebulan), maka di situlah wujud unsur riba.. iaitu penetapan keuntungan atas modal, dan bukannya berdasarkan untung rugi syarikat.. juga wujud unsur kezaliman, kerana jika syarikat rugi sekalipun, terpaksa membayar jumlah keuntungan yg dijanjikan (rugi tapi untung?).. ianya zalim buat syarikat..

      sebab itu, kaedah penetapan keuntungan secara tetap berdasarkan modal (dan bukannya peratus keuntungan) telah banyak mewujudkan pelaburan2 yg menipu para pelabur. Kebiasaannya pendapatan yg diperolehi adalah daripada hasil yuran kemasukan ahli2 baru.. dan bila ahli baru semakin berkurang / dah pupus, maka syarikat pun dah tak mampu lagi nak membayar janji keuntungan tersebut πŸ˜‰

  6. zakiah tertarik sgt dengan entry ni sbb zakiah mangsa MLM..
    okay, nak senaraikan MLM apa yang hampir zakiah join ye..

    -PREPAID2U
    -UPTREND
    -FAMILY CLUB
    -ADSBUCK
    -DCHL
    -AMWAY

    tu je kot.. yg igt setakat ni la..
    MLM memang PENIPU!!!

    1. tak elok pukul rata semua menipu.. selagi masih berada dalam ruang lingkup yg dibenarkan syarak, maka kita terima sebagai salah satu cabang perniagaan.. cuma, disebabkan dah terlalu banyak kes membabitkan MLM mahupun yg menggunakan nama MLM, maka sewajarnya kita berhati2.. πŸ˜‰

      1. Bangsa Melayu masih terus menerus menuduh perniagaan MLM tu penipu. Cuba faham betul2 plan pemasaran syarikat itu. Sebenarnya intipati kejayaan itu ialah kuat kerja , kuat usaha bijak marketing, mesra ahli, ambil berat dan bimbing ahli2 baru maka sesungguhnya dialah yg akan berjaya. Semua perniagaan macam tu.

        Pelan pemasaran syarikat MLM tulen itu teguh sebab dah bertapak lama berbelas dan berpuluh tahun. Tiada penipuan yg tertipu ialah mrk yg tak faham2 cara selok belok pelan tsbt. Dpt pulak upline pemalas, berlagak, nak kaya cepat dan hangat2 tahik ayam. Saya bukan nak membela MLM. Saya suka poduk tu , saya beli tak suka dok diam2 tak kutuk mana2 MLM. memang saya pernah attend dan join beberapa MLM tapi tak berjaya spt mrk sebab saya tidak boleh komitted, saya tidak larat berusaha bermati-matian sebab saya sendiri punya kerjaya sendiri dan ada alasan peribadi tersendiri. Cuba tengok Irfan Khairi jutawan e-book yg gah. Bermula juga drp teknik2 yg disebut spt di atas bezanya dia pakar internet business

        Saya biasa masuk briefing syarikat2 Korporat di Malaysia ini. Bukan MLM tapi teknik dan strategy sama iaitu marketing. Depa tak gi kedai mamak, bawak upline yg dah steady dll. Mrk buat presentation kat Mandarin Oriental, Westin Hotel, ShangriLa dll. Itu strategy marketing tak kira MLM atau segala bagai bussiness.

        Andai saya bermodal, saya pun nak bukak restoran besar2an atau pasaraya, kawan bawak kawan dpt point, dpt hadiah, dpt diskaun, dpt bonus spt MYDIN, Tesco dll. Dari single level hingga multilevel. Bila lagi Melayu nak maju dlm perniagaan kalau persepsi buruk. Bangsa lain dah jauh tegakkan bangunan pencakar langit atas nama bisness single level atau multilevelmarketing (MLM). Upline yg mrk bawa itu ialah bukti proven results. Bukan cek tipu2.

        Spt seorg Guru yg mengajar satu ayat, satu surah, satu juzuk malah seluruh ilmu Allah swt kpd seorg anak murid , berpuluh2 beribu2 anak murid bawa anak murid yg lain. Sampai ke alam barzakh tidakkah Guru itu terus mendapat pahala selagi ilmu yg di amal itu berkembang dari seorg keseorng yg lain. Pahala berpanjangan. Konsep itulah yg MLM cuba praktikkan. Jgn salah faham pulak kata saya main isu agama dsbg. Sekadar contoh, Org lain yg buat, upline dpt imbuhan tapi ada terma dan syarat2nya. Bukan dpt buta ajer. Siapa buat kerja dia dpt.. Jgn marahhhh…….

        Fikir2kanlaa.

        Org Melayu tak berjaya sebab masih tebal dgn sikap buruk sangka, dengki dlm perniagaan sebab tu masih jual nasi lemak di gerai2 sepanjang jln dlm KL nih..cuba tengok. 50 tahun lebih merdeka 50 tahun lebih lah masih jual nasi lemak. Sebab dengki dan sukar tolong menolong sedara mara dan bangsa sendiri. Berapa kerat sangat yg berjaya. Tengok Hai-O (listed di KLSE), Zhulian (KLSE) depa kan MLM, Tupperware pun MLM (NYSE).

        Melayu nak bukak bazar Ramadhan kat Mesjid India pun boleh bergaduh berperang. Kemon laaa…… buat malu kaum ajer. Bukak shj gerai baju sekalipun, kawan bawak kawan dpt diskaun, dpt hadiah, lagi ramai bawak kawan lagi banyak points / discount dll. macam tu laaa… Fikir2kanlaaa…

        1. tak kira apa jenis perniagaan, kena tahu asas muamalat mengikut syarak.. jual nasik lemak pun bleh terlibat dalam perkara haram jika sanggup memberi rasuah bagi mengelakkan gerai disita.. begitulah juga perniagaan MLM, kalau menepati kehendak syarak, tiada masalah. Kalau dok sibuk cari kepala (downline), memang bermasalah πŸ˜‰

        2. Jakim have release guideline about MLM. Maybe we should read and compare the point in the guideline with MLM that exist in Malaysia.

          I’ve made some comparison, majority MLM company in Malaysia (including big and famous name eg: hai-o) against the guideline from JAKIM

  7. Ustaz, many of MLM company is against the JAKIM MLM guideline.
    Unfortunately, most of the company didn’t admit it.
    This also happened to so called Islamic MLM company (own by muslim).
    If we read the details in JAKIM Guideline, every single MLM company in Malaysia have to revise their marketing plan, including appointing qualified syariah advisor to check and supervise the company.

    1. Ustaz Love bukanlah pengkaji MLM.. Ustaz Love sendiri tak dapat nak pastikan sesuatu MLM itu mengikut garis panduan syariah (syariah compliance) atau tak.. cuma, Ustaz Love sekadar menerangkan hukum asal perniagaan itu.. tak kira la MLM ke, bukan MLM ke.. maka ianya harus.. bahkan perniagaan tradisional pun, boleh berubah menjadi haram jika ada perkara2 haram dan syubhah terlibat.. tak terkecuali juga perniagaan MLM..

      Pada pandangan Ustaz Love, pihak kerajaan khususnya JAKIM (melalui bahagian penyelidikan) perlu mengadakan perbincangan dengan pengusaha perniagaan MLM, tak kira sama ada mereka mempunyai penasihat syariah sendiri ataupun tak.. agar suatu keputusan dapat dibuat dan dipegang oleh semua orang.. dan mengelakkan masalah ini semakin berlarutan.. dalam hal ini, sepatutnya jalan penyelesaian yg dicari.. bukannya semata2 menyebarkan kesalahan dan aib secara terperinci πŸ˜‰

      1. JAKIM already come to the statement that if the MLM company want to declare their bussiness legal and not against syariah, they have to come and apply from halal certificate from JAKIM.

        But I think other authorities should be involved too, since “halal” MLM not only depend on Halal product, but to the whole company activity including marketing plan and their investment.

        Hope this issue will be cleared soon and MLM company will obey to guideline from JAKIM.

        But, i still doubt mlm bussiness huhu…(personal)

        1. Kadang2 kita perlu faham fungsi JAKIM tak sama dengan fungsi Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).. walaupun kedua2 ada nama jabatan.. ini kerana JAKIM terletak bawah Jabatan Perdana Menteri.. manakala JAIN terletak bawah kerajaan negeri.. itu belum masuk bab MAIN (Majlis Agama Islam Negeri) lagi.. sbb tu orang selalu salahkan JAKIM sbb tak bertindak dsb.. sedangkan JAKIM cuma bertindak sebagai penasihat dan penyelaras.. dan yang melaksanakan serta menguatkuasakan itu bergantung atas JAIN dan JAKIM tiada kuasa memaksa JAIN untuk melaksanakan apa2 peraturan yg ditetapkan.. kerana JAIN terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

          Sama juga konsepnya mcm penasihat syariah sesebuah MLM.. mereka setakat menyediakan garis panduan dan menjadi penasihat.. tapi, kalau pemilik MLM atau ahli MLM itu sendiri tak nak ikut, kita tak boleh nak salahkan penasihat itu dengan mengatakan yg bukan2 tentang mereka.. sbb mereka sendiri bukanlah pemilik MLM yg boleh menguatkuasakan peraturan yg ditetapkan.

          Dalam hal ini, sepatutnya kita kena sama2 fikir mcm mana nak memperbaiki, bukannya nak fikir bagaimana nak musnahkan terus.. ambillah iktibar bagaimana mula2 perbankan Islam nak bertapak dulu.. mcm2 orang kata.. takde masa depan la.. low class la.. malah orang Islam sendiri yg dok jaja keburukan perbankan Islam.. tapi akhirnya, golongan non-Muslim menjadi antara penyimpan terbesar dalam perbankan Islam.. dan ia masih lagi diperbaiki dari semasa ke semasa..

          Ustaz Love sendiri tak join mana2 MLM.. cuma tak sanggup melihat para alim ulamak dihina disebabkan terlibat dengan MLM.. kena ada seseorang (Ustaz Love dok nampak, pihak JAKIM) untuk menjadi orang tengah menganjurkan muzakarah tentang MLM ni.. apa yg betul, apa yg tak betul.. tapi, akan makin bertambahlah tanggungjawab dan beban kerja mereka.. dah la pegawai pun tak ramai.. kihkih

          1. sambil jejalan riki pasal mlm ni,terjumpa blog ni, nice info, baru jer td ada org amway datang ajak join amway, agak2 kan kalau nk join boleh tak kita join bawah leader bukan islam?

            Bukan apa, dlm amway pun mesti ada org islam yg jadi leader gak kan…mungkin konsep memilih leader jg patut ditekankan…yg ajak me join tadi bukan islam erm…konpius jap….

          2. Dalam perniagaan, tiada istilah leader atau tidak.. kecuali kalau kita bekerja dengan beliau.. jadi, tiada masalah nak duduk bawah downline bukan Islam ataupun downline Muslim.. sebaiknya carilah yg Muslim, kerana ia lebih memudahkan.. kerana yg Muslim itu tentunya lebih mengetahui bab halal haram berbanding yg bukan Islam.. πŸ˜‰

  8. sy ada jual bnns topup kecil-kecilan..then, ada mmbr sy yg nak jual topup jg.. kiranya dia akan jd downline sy.. so, sy akan dpt komisen hasil dr jualan mmbr sy, mcm mana statusnya..adakah ia haram…. tq…

    1. tiada masalah.. asalkan fokus pada jual produk (top-up) dan bukan fokus pada cari downline.. dan promosi juga adalah promosi produk, dan bukannya promosi keuntungan hasil mengumpul downline πŸ˜‰

  9. Assalamualaikum UL (chewah) bagaimana pulak macam ini yer? ini berkaitan topup. ada satu syarkt mnwarkan promosi bayaran ahli murah untuk jadi egen bisnis topup.Dan ada prngkatnya jika contoh sya jadi General Manager atas sekali la kelebihan ini ialah % jual topup lagi tggi dri packge Manager atau lain2.Antara kelebihan General Manager ialah saya boleh mndftar agen dibawah sya jika sya genaral manager sya boleh daftar manager, asstin manager hgga bawah sekali.Dan sya boleh tntukan sndri harga yuran perlu setiap pangkat yang nak join boleh kah mcm tu? dan kiranya dy jadi bawah sya dan sya akan dapat komesyen dari agen yang menjual sedikit dri jualan agen. contoh dapat 2.00% dari jualan agen,jika agen jual 6000 ~~ 2.00% darpda 6000 ialah RM120? bolehkah mcm tu?

    1. Waalaikumussalam Safwan..

      Oleh kerana agak ramai juga yg bertanya ttg isu jual top-up ni, insyaAllah Ustaz Love akan cuba jelaskan dalam entry πŸ˜‰

        1. owh.. ingatkan nak ulasan.. kalau nak ulas memang kena buat entry.. kalau nak jawapan halal ke tak, maka jawapannya adalah halal.. sbb menepati rukun muamalah.. iaitu ada penjual dan pembeli serta produk jualan. yg jadi masalah bila produk jualan tidak lagi menjadi agenda utama, sebaliknya sibuk mencari downline. jika komisen didapati drp hasil jualan produk (prepaid), maka hukumnya halal. tetapi jika pendapatan adalah semata2 pada yuran penyertaan downline, maka ianya adalah syubhah.. jadi, marketing (terutama bab promosi) hendaklah dilakukan dengan promosi produk.. bukan semata2 promosi keuntungan sekiranya mencari downline πŸ˜‰

          1. dwet komisen dprd downline halal x utk kta. mcm mna klu kta fkus utk mnjual topup dn mncri downline? klaulah dh mmng rmai downline kta dh ad, jd blehkah kta gna dwet drpd komisen downline??

          2. komisen daripada hasil jualan downline hukumnya harus digunakan.. kerana ianya telah termasuk dalam kontrak perjanjian perniagaan. Maka tak salah untuk mengambil manfaat dari penjualan produk oleh downline. Bagi yg fokus pada mencari downline, maka kena teliti kaedah promosi itu supaya tak terlibat dalam perkara2 yg dilarang seperti penipuan maklumat, penetapan keuntungan dsb.. πŸ˜‰

        1. dah baca dah.. lebih kurang je dgn bisnes top-up yg lain.. tapi Ustaz Love nasihatkan adalah lebih baik mencari perniagaan yg lain πŸ˜‰

  10. Assalamualaikum Ustazn dan rakan2 lain πŸ™‚ apa hukum jual topup? dan mesti mojoriti yang membeli adalah yang girlfrn boyfrend dan sebgainya adakah kita dapat dosa atau rezeki itu xberkat? jika topup tu digunakan kepada perkara xelok…bagaimana yer?

    1. Waalaikumussalam..

      Hukumnya adalah harus.. kerana fungsi top up itu sendiri adalah harus dari sudut syarak (kredit untuk membolehkan perhubungan telekomunikasi).. soal top up itu digunakan untuk maksiat, jenayah dsb, itu bukan termasuk dlm bidang tugas penjual.. itu dah menjadi tanggungjawab pembeli untuk menggunakannya secara betul πŸ˜‰

  11. assalamualaikum ustaz..sy nk tny,ustaz pernah dgr psl company 4life research company x? apa pendapat ustaz ttg plan pemasaran company tue…sy bru join company tu.skrg jdi keliru after byk sgt mlawat blog2..ad yg trus jatuh hukum haram..ad yg harus..ad yg kata masih terbuka utk perbincangan..mohon pndpt ustaz ttg isu nie..trima kasih..assalamualaikum…

    1. waalaikumussalam…

      Ustaz Love sebenarnya tak mengkaji secara khusus tentang MLM ni.. jadi, Ustaz Love cuma mampu memberikan penjelasan umum saja.. kecuali jika adik berikan point2 untuk dibincangkan sama ada ia menepati syarak atau tak.. Untuk maklumat awal, mungkin adik boleh merujuk ke blog aidid muaddib kat sini, kat sini dan kat sini..

      WA

    2. wah..ustst pun jenguk blog aidid. tapi blognye dah tutup.

      bagi 4life tu, ia adalah satu syarikat MLM.

      Beginilah. Sekarang JAKIM dah keluarkan garis panduan MLM syariah. Jadi mari kita sama-sama rujuk garispanduan tu. Rasanya garis panduan itu adalah hasil daripada fatwa harus MLM. MLM yang harus, mesti mematuhi garis panduan yang dikeluarkan. Kalau tak ikut, saya simpulkan MLM itu masih dalam keadaan syubhah. syubhah perlu kita jauhi.

      Setelah saya baca dan teliti garispanduan tu, perkara penting yang perlu dibuat oleh MLM yang mahukan status halal ini ialah melantik penasihat syariah yang BERKELAYAKAN dalam bidang muamalat untuk menilai pelan pemasaran.

      Jadi sebagai umat Islam, kalau MLM itu tiada penasihat syariah yang pantau, kita tolak awal-awal.

      Dalam kes mlm 4life ni, tiada penasihat syariah. Syarikat inipun dari luar. Jadi kita jauhkan.

    3. MLM bukan untuk semua orang tetapi hanya untuk mereka yang benar-benar layak sahaja. sebab itulah ramai orang tidak berjaya dalam mlm kerana mereka tidak sesuai disebabkan pemikiran mereka yang hanya tahu tentang perkara negatif yang hanya mereka dapati daripada orang lain juga. kebanyakkan orang seperti ini adalah orang yang gagal dalam menggapai impian mereka oleh itu mereka juga mahukan orang lain mendapat nasib yang sama seperti mereka, mereka biasanya terdiri daripada golongan yang tidak berada di dalam situasi, golongan yang akan sentiasa complaint bila harga barangan naik walaupun 10sen, golongan yang memerlukan perhatian daripada orang lain dan sebagainya. saya berasa kesian dengan anda yang kurang berpengetahuan yang hanya mendengar kata-kata orang yang juga hanya tahu tetapi tidak faham perkara yang sebenar dan apa yang mereka katakan.Saya amatlah bersyukur kepada tuhan kerana golongan seperti ini amat kurang bilangannya di Malaysia kernana golongan inilah yang boleh diibaratkan sebagai golongan yang menjadi satu titik hitam pada sehelai kertas putih. Tuan-tuan dan Puan-puan saya harap anda dapat berfikiran lebih terbuka dan tidak seperti golongan yang saya sebutkan tadi. Jadilah mereka yang bijak dan pandai kernana inilah golongan yang biasanya akan hidup dalam kemewahan dan kesenangan yang berkekalan. saudara lihatlah orang yang berjaya dan bergurulah dengan mereka seberapa ramai mungkin baru saudara kan menemui apa yang benar dan apa yang salah.

        1. self-confident yg tinggi di kalangan MLMers kadang2 sampai ke tahap memandang rendah pada usaha orang lain.. sedangkan pendapatan mereka juga diperolehi drp orang2 yg makan gaji..

      1. betul itu.yang paling penting ialah banyakkan membaca dan bertanya kepada orang yang berilmu. 42% graduation tidak membaca buku selepas graduate. Kebanyakan buku yang dibaca ialah komik, majalah, novel

  12. Salam.ustaz byk berkata ttg keraguan ttg halal rezeki kalau pendapatan berdasarkan pencarian downline dan bukan melalui penjualan produk. Mcm mana kalau penjualan produk berlaku melalui proses pencarian downline tapi downline perlu gunakan produk yg dibeli sebagai modal tadi utk kegunaan sendiri supaya dpt experience sendiri (testimoni). Tapi fokus masih mencari downline melalui peluang tambah pendapatan sbb ustaz sdiri kata x mungkin org baru boleh menjual banyak. Jadi peluang menambah pendapatan lebih mudah. Cuma semua yg ingin menjalankan business perlu bermodal (proses jual beli) dan guna brg2 dibeli utk diri sdiri bukan utk dijual semula

    1. itulah yg dinamakan matlamat tak menghalalkan cara.. bila kita faham apa yg dinamakan rukun muamalah, maka kita automatik akan memahami bahawa fokus pencarian downline itu menyalahi kaedah syarak. tak kira la lepas tu downline beli barang utk kegunaan sendiri ke, utk jual ke..

      berbeza kalau kita menjual barang, kemudian ada orang berminat untuk jadi downline (tak kira la sama ada dgn tujuan nak jadi ejen produk ke, nak guna sendiri ke dsb).. bezanya di sini, apa jenis pekerjaan yg kita fokus utk lakukan.. fokus jual barang, atau fokus cari downline..

      WA

  13. Assalamualaikum.. MLM bukan untuk semua orang tetapi hanya untuk mereka yang benar-benar layak sahaja. sebab itulah ramai orang tidak berjaya dalam mlm kerana mereka tidak sesuai disebabkan pemikiran mereka yang hanya tahu tentang perkara negatif yang hanya mereka dapati daripada orang lain juga. kebanyakkan orang seperti ini adalah orang yang gagal dalam menggapai impian mereka oleh itu mereka juga mahukan orang lain mendapat nasib yang sama seperti mereka, mereka biasanya terdiri daripada golongan yang tidak berada di dalam situasi, golongan yang akan sentiasa complaint bila harga barangan naik walaupun 10sen, golongan yang memerlukan perhatian daripada orang lain dan sebagainya. saya berasa kesian dengan anda yang kurang berpengetahuan yang hanya mendengar kata-kata orang yang juga hanya tahu tetapi tidak faham perkara yang sebenar dan apa yang mereka katakan.Saya amatlah bersyukur kepada tuhan kerana golongan seperti ini amat kurang bilangannya di Malaysia kernana golongan inilah yang boleh diibaratkan sebagai golongan yang menjadi satu titik hitam pada sehelai kertas putih. Tuan-tuan dan Puan-puan saya harap anda dapat berfikiran lebih terbuka dan tidak seperti golongan yang saya sebutkan tadi. Jadilah mereka yang bijak dan pandai kernana inilah golongan yang biasanya akan hidup dalam kemewahan dan kesenangan yang berkekalan. saudara lihatlah orang yang berjaya dan bergurulah dengan mereka seberapa ramai mungkin baru saudara kan menemui apa yang benar dan apa yang salah.

  14. katakanlah nak jadi ahli kena bayar rm 50,00,lepas tu kita dapat kit dan sample barang, kalau 10,000 yang jadi ahli berapa syarikar dapat, katakana kos kit anggaran 30,00 masih ada 20.00

    1. soal untung, syarikat boleh menentukan berapa banyak margin yg dia nak kaut untung.. masalahnya bukan pada harga produk, sebaliknya pada sistem pemasarannya..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme