I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Sekali Lagi Ustaz Love Belajar Dari Kesilapan

Salam..

Ustaz Love pun tak pasti adakah patut Ustaz Love kongsikan tentang perkara ini. Walaupun ianya bukanlah perkara yg mengaibkan, namun ia telah menjadi antara punca Ustaz Love agak kurang memeriahkan dunia blogging semenjak dua menjak ni.

Seperti yang Ustaz Love maklumkan sebelum ni, browser kesayangan iaitu Mozilla Firefox yang Ustaz Love selalu gunakan telah crash.. Jadi, Ustaz Love bertindak untuk upgrade ke versi terkini (4.0.1). Sayangnya, akibat daripada itu Ustaz Love langsung tak dapat nak menggunakan browser Firefox dan terpaksa menggunakan Internet Explorer (IE) yang sungguh melecehkan sbb banyak bugs dan gambar selalu susah nak keluar.

Agak lama Ustaz Love menggunakan IE dalam keadaan kepayahan untuk menaip, apatah lagi untuk blogwalking, akhirnya timbul sebiji mentol di kepala Ustaz Love. Kenapa Ustaz Love tak tengok tutorial kat Q&A laman Mozilla? Bila Ustaz Love teliti dengan sebaik2nya, Ustaz Love pun cuba la praktikkan apa yang diajarkan..

Bukak browser Firefox –> Tools –> Options

Klik tab Advanced –> Settings

Pastikan pilih No proxy (kalau guna broadband).. sbb biasanya dia akan auto default ke “Use system proxy settings”.. itu yang bukak google.com boleh, nak bukak gmail tak bleh.. Ustaz Love ingatkan sebab laptop ni dah terlalu tua dan uzur, rupanya Ustaz Love lagi tua daripada laptop ni sebenarnya.

Itulah kesan dan akibat panik.. benda senang pun bleh jadi susah.. benda kecik bleh jadi besar..

p/s: Sekarang ni, Ustaz Love tengah menulis dengan gembiranya sambil terkembang2 hidung.. hnsshh.. hnsshh.. πŸ˜€

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

38 Comments

Add a Comment
    1. salam bro zul..

      begitulah kira2nya.. resah juga bila tak dapat nak ziarah blog member2.. lama dah tak baca perkembangan terkini blog bro zul.. πŸ˜‰

  1. ustaz.. klau guna broadband tapi auto default “use system proxy settings” run ok jaa.. still kena tukar ke “no proxy” ka?!…

    1. begitulah jadinya bila perasaan itu tidak dapat dikawal.. otot2 akan berkembang dengan sendirinya πŸ˜€

    1. alhamdulillah.. ini semua berkat doa tuan2 semua, akhirnya Allah mengurniakan ilham kepada Ustaz Love untuk menyelesaikannya πŸ˜€

    1. Ustaz Love pun rindu nak galak menulis macam dulu.. tapi entah la.. mungkin sbb umur dah semakin tua.. tenaga pun dah tak sekuat dulu (cewahh.. mcm la lama sangat berblogging ni) πŸ˜€

  2. ari tuh sy upgrade new version mozilla..da asik kuar jek binatang alert tuh…sy klik jela…pastu internet download manager sy da xleh detect kt mozilla br nih…adoi…cmne tuh ustaz?ustaz kan pakar IT….help me..=)

    1. wahsaii.. siap kuar binatang tu.. kalau kuar resaksa, memang terpaksa mintak bantuan polis angkasa..

      Ustaz Love pun tak berapa paham sangat apa masalah sebenarnya tu.. tapi mungkin bleh cuba cara ni..

      uninstall mozilla tu.. gantikan dengan godzilla.. acah je.. hehe

      pastu install balik mozilla.. pastu try ajaran Ustaz Love seperti di atas.. harap2 ianya tak menyesatkan πŸ˜€

  3. takde apa la ustaz..itu kira perkongsian…bila test pakai baru kita tau..apepon mozila memang lebih bagus dari IE

    1. wahh.. ada plak “peminat ustaz love”.. pasni bleh la Ustaz Love tubuhkan kelab kipas plak.. hehe..

      betul tu.. dare to fail πŸ˜€

  4. SALAM HORMAT USTAZ..

    saya nak bagi cadangan skit..harap boleh diberi pertimbangan..

    kalau boleh mohon ustaz wujudkan satu ruangan soal jawab..senang kalu kita nak merujuk soalan yang dikemukakan oleh orang lain dan jawapan dari ustaz..pengguna lain pon takde la tanya soklan yang sama..

    1. Salam tuan..

      terima kasih kerana sudi memberi cadangan. Ustaz Love pernah terfikir mcm tu juga, tapi bila memikirkan yg blog Ustaz Love ni bukanlah blog ilmiah sangat (merapu je banyak), jadi Ustaz Love rasa cukuplah dengan mewujudkan label dan tag untuk soal jawab agama. klik je label tu, akan keluar semua soal jawab yg Ustaz Love pernah publish.

      Ustaz Love tak kisah nak jawab soalan sama banyak2 kali. Ianya melatih ingatan Ustaz Love agar tak melupakan perkara lama, dan sentiasa update dengan isu terbaru. Sbb ilmu fiqh ini sentiasa berkembang πŸ˜‰

  5. nak tanya tentang larangan mendoakan keburukan kepada orang lain..Dalam keadaan bagaimanakah kita boleh berbuat demikian?

  6. bila tak tau pape, memang masalah.. tu la pasal, orang tua selalu cakap.. kalau nak belajar berenang, mulakan dengan belajar berendam.. hahaha

    1. kalau nak belajar berendam, kena gi zoo dulu.. perhati baik2 cara nak melakukannya agar tak terbenam πŸ˜€

    1. Google Chrome antara browser yg baru.. maknanya, laptop / netbook yg guna google chrome pun biasanya yg baru.. nanti, bila dia dah kuar versi baru, yg versi lama tu akan selalu crash.. biasa le tu.. teknik pemasaran.. hehe..

      jangan risau.. Ustaz Love terkembang kempis.. bukan kembang sentiasa.. cramp plak lobang idung nanti πŸ˜€

      1. salam ustaz…saya tengah belek2 artikel ustaz yang dulu2..

        terjumpa pasal syiah…saya tertarik bila ustaz kata pasal kisah Saidina Umar bunuh anak perempuannya…itu pon kisah dari puak syiah ke? mohon pencerahan..mungkin ada banyak lagi kisah yang kita selalu dok sebut berasal dri syiah kita tak tahu…mungkin ustaz bole cerita lagi.

        so kesimpulannya syiah ni kira murtad/kafir la ye?

        sebelum ni saya selalu baca di blog faisal tehrani..nak komen, tiada kepakaran..jadi baca je la..ramai yang berdebat dengan dia…last2 dia tutup blog…kalau dia berani dan benar, kenapa tutup..mula2 saya suka baca artikel dia..tapi lama2 rasa pelik..baguslah dia tutup.

        1. banyak sebenarnya kisah2 yg dinisbahkan kepada Saidina Umar r.anhu dan para sahabat lain diselewengkan sehingga ianya menjadi bahan hinaan dan gurauan.. antara puak2 yg suka mereka2 cerita ni termasuklah puak syiah yg sangat berdendam dengan para sahabat. Hukum dah jelas.. sesiapa yg menghina para sahabat, maka dia terkeluar daripada Islam. Apatah lagi jika menghina isteri2 Nabi s.a.w. dengan mengatakan Aisyah r.anha itu sebagai pelacur. Namun, untuk mensabitkan semua syiah itu kafir, bukanlah dalam bidang kuasa Ustaz Love.. yg mampu Ustaz Love katakan adalah mereka itu telah jauh tersesat.

          Isu Syiah ni berkaitan dengan isu keselamatan dalam negeri.. kalau seseorang itu ghairah menulis sesuatu isu, tiba2 dia menarik diri, ada banyak kemungkinan di situ.. πŸ˜‰

          WA

  7. -Alhamdulillah atas kurnian ilham drpd Allah Taala….
    -gelihati dgn statement “umur dah semakin tua tenaga pun dah x sekuat dulu”..mcm org tua bongkok plak gayanya….bukan kita sebaya ke……ramai lg rakan2 yg sebaya kita lom kawin lg ustazlove oiiii…..kantoi….

    1. kakjem pun dah lama tak jumpa Ustaz Love.. last kita jumpa, bulu hidung pun tak tumbuh lagi..

      awatnya member2 tu tak nak kawen? nak tunggu tempoh matang ke? hehe πŸ˜€

      1. Assalamualaikum Ustaz..
        Patutlah Ustaz lama mnyepi. Saya pun nak cadangkan Ustaz buat ruangan soal jawab. Jawapan Ustaz sangat santai dan mudah difahami. Terutama untuk golongan remaja. Moga Ustaz dapat pertimbangkan. πŸ™‚

        1. waalaikumussalam mira..

          ruangan soal jawab dah lama Ustaz Love wujudkan.. cuma, dalam platform blog, ianya takkan menjadi spt laman soal jawab agama yg lain spt al-ahkam. mungkin Ustaz Love boleh fikirkan untuk buat indeks tajuk2 yg pernah Ustaz Love jawab πŸ˜‰

  8. ala, ustaz love pki je opera, xde crash..klu hang or not responding pun, beberapa minit @ saat dia akan ok blik…
    chrome klu crash dia terus tutup, mozilla pun lbh kurng, tp tdk utk opera.

  9. slm..jika peruntukan kerajaan rm300 ..pihak jabatan bagi claim melalui resit.. jika pembelian yg dibuat hanya rm200..tapi tulis resit rm300…apa hukumnya…sedangkan wang yg dituntut adalah peruntukan kerajaan utk pekerja…

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme