I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Dengan Ini Ustaz Love Menarik Kembali Pendapat Dulu

Salam..

Ini berkaitan dengan isu barbican.. Sebelum ni Ustaz Love ada buat entry yg memperkenalkan minuman ini pada tahun lepas. Walaupun minuman ini tiada cop halal JAKIM sejak dulu, tapi disebabkan ianya dikilangkan di Dubai, maka Ustaz Love pun tak ragu nak minum dan mempromosikan kepada kawan dan lawan..

Sehinggalah baru2 ini kecoh sebentar bila Jabatan Agama Johor melakukan kajian dan mendapati minuman itu mengandungi 0.5% alkohol yang melebihi paras yg dibenarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan iaitu 0.1%. Ustaz Love masih menunggu kenyataan pihak JAKIM memandangkan menurut fatwa Dr. Yusuf al-Qardhawi, kandungan 0.5% alkohol yg terhasil daripada proses pembuatan minuman itu masih lagi dalam lingkungan yang diharuskan.

Sehinggalah JAKIM mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa minuman barbican itu tidak halal kerana mengandungi lebih daripada paras alkohol yg dibenarkan iaitu 0.1%.

Maka itu, dengan rendah diri, Ustaz Love menarik kembali kenyataan terdahulu dan menyeru agar meninggalkan minuman tersebut.. minumlah jus tok guru πŸ˜€

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

22 Comments

Add a Comment
    1. bila melibatkan bab sains ni, memang susah rakyat marhaen hatta ulamak sendiri untuk menentukan kandungan sesuatu.. perlu bergantung kepada kajian yg lebih spesifik. namun begitu, kita kena menghormati autoriti Majlis Fatwa yang menetapkan kadar minimum alkohol itu tak melebihi 0.1% walaupun ada kenyataan yg lebih berautoriti dalam bidang agama di luar negara Malaysia yg membenarkan kadar minimum 0.5% πŸ˜‰

    1. khilaf hanya pada jumlah minimum alkohol yg dibenarkan.. sebaliknya jumhur ulamak sepakat menerima kehadiran alkohol dalam makanan mahupun minuman yg terhasil daripada proses pembuatan.. spt kehadiran alkohol dalam tapai, yis / ragi (ibu roti untuk membuat roti) dsb.. dan ianya bukanlah kuantiti alkohol yg lain yg ditambah untuk memberikan kelainan rasa (nak bagi ketagih ke, pening2 lalat ke) πŸ˜€

    1. Salam fareed..

      Setakat maklumat terkini yg Ustaz Love dapat, itulah yg Ustaz Love tuliskan di atas. Maka, lebih baik kita meninggalkan perkara yg meragukan kepada yang lebih meyakinkan.. semestinya jus tok guru πŸ˜€

    1. minuman ni biasa je.. mcm air gas gak.. cuma gas dia agak kuat.. bisa menyebabkan sendawa dan kentut yg kuat selepas meminumnya.. πŸ˜€

    1. kalau langsung tak minum air manis pun bleh menyebabkan badan jadi tak sihat.. apa pun, jangan berlebihan.. πŸ˜€

  1. alhamdulillah….patut lerr kakjem rasa berat hati je nak cuba minuman tersebut……(kita bab2 gini mmg nak kena jg sbb akan menjadi darah daging)WallahHuA’lam

    1. wahh.. kakjem mempunyai kasyaf yg sangat tinggi.. hehe..

      Takde masalah bagi sesiapa yg pernah meminumnya.. kerana ianya bukan arak, cuma ianya minuman yg mengandungi sedikit alkohol.. dan tidak dicatat dosa bagi sesiapa yg tak mengetahui sehinggalah beliau mengetahui πŸ˜‰

  2. Sejauh mana kebenaran makan kepala ikan boleh melupakan hafalan? adakah ia bersumberkan hadis dan juga al-quran dan juga amalan para alim-ulamak??…

    Harap dapat penjelasan yg sebaiknya dari ustaz

    1. salam..

      benar.. ianya tidak dinafikan lagi.. cuma kena bezakan arak dan alkohol.. kerana arak adalah minuman peraman yg dibuat khusus untuk tujuan menghilangkan akal (mabuk) sedangkan alkohol boleh terhasil daripada campuran kimia, mahupun daripada proses penghasilan sesuatu bahan itu sendiri..

      proses pembuatan roti juga menghasilkan alkohol, pembuatan tapai, cuka, pemprosesan bahan makan dsb juga menghasilkan alkohol.. proses pembuatan minyak wangi juga menghasilkan alkohol..

      atas kaedah ‘umum al-balwa, maka kehadiran alkohol dalam proses pembuatan makanan dan minuman adalah diharuskan.. dan ditetapkan tidak melebihi jumlah minimum yg dibenarkan πŸ˜‰

  3. Assalamualaikum semua…

    Syor kita minum ajer jus buah fresh…insyaAllah lebih khasiat dan berkat…amal agama secara sempurna, taat perintah Allah dan ikut Sunnah Nabi. Jangan amalkan agama ini ikut nafsu sendiri ajer. Sekadar untuk peringatkan diri ini.

    Waallahua’lam.

    1. Waalaikumussalam..

      Segala makanan dan minuman asalnya adalah harus.. kecuali ada dalil yg menukar hukum tersebut menjadi haram, makruh dsb.. maka, minum saja apa yg diharuskan.. tinggalkan apa yg diharamkan.. juga apa yg meragukan..

      Nak amal sunnah pun kena tahu ilmu sunnah, kalau tak jadi punah.. yg bukan sunnah, dikatakan sunnah.. yg bukan hadis, dikatakan hadis πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme