Salam…
Ustaz Love menerima pertanyaan daripada Ryna yang bertanyakan bagaimana cara nak kontrol pernafasan semasa bertarannum / membaca al-Quran. Oleh kerana jawapannya mungkin agak panjang, jadi tak sesuai rasanya Ustaz Love menjawab di shoutbox. Lagipun tips2 sebegini mungkin boleh menjadi panduan kepada kita. Jadi, Ustaz Love pun bercadang menjawabnya dalam entry.
Seperti yang kita sedia maklum, untuk membaca al-Quran secara bertarannum, ianya memerlukan kawalan suara dan nafas yang agak panjang. Terutama bila masuk ke peringkat2 atas seperti jawab bayyati dan jawabul jawab.. Tak dapat tidak, memerlukan latihan untuk mendapatkan nafas yang panjang itu.
Secara peribadi, Ustaz Love sendiri tak mempunyai nafas yang panjang.. kalau naik tangga, selalu sangat tercungap2.. itu petanda nafas tak panjang.. bukan la nak kata orang yg nafas panjang tu takkan tercungap2 kalau naik tangga, tapi agak lambat sket la.. Macam orang berlari 400 meter.. mereka2 yang mampu mengawal pernafasan dan mempunyai stamina yang tinggi, akan steady je berlari. Sedangkan yang tak pandai kawal pernafasan, akan pancit di tengah jalan.. Lebih teruk daripada tu, bleh muntah hijau dulu sebelum boleh menyambung larian.
Untuk latihan kawalan suara, maka boleh masuk kelas vokal. Siti Nurhaliza dulu pun suara tak sedap mana, tapi disebabkan latihan keras dan belajar vokal, maka suara beliau telah menjadi merdu sehingga mencairkan hati2 sang jejaka.
Banyak plak Ustaz Love merepek.. bukan apa.. sepanjang sehari ni, Ustaz Love tak berkesempatan nak menjenguk sangat blog ni.. apatah lagi nak menulis entry.. jadi, bila dah start menulis, laju je jejari runcing ini menaip..
Ustaz Love rasa, elok la dikongsikan suatu ilmu yang Ustaz Love perolehi masa menghadiri Seminar al-Quran awal tahun ni. Berkaitan dengan satu tips mengawal suara (rasanya dah dikongsikan sebelum ni.. tak ingat kat entry mana) yang disampaikan oleh Tan Sri Syeikh Ismail, Ketua Juri Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa.. yang juga merupakan Imam Besar Masjid Negara.
Untuk mengawal suara ini memerlukan latihan.. ianya bukan semulajadi lahir. Even penyanyi yang merdu suaranya dalam bidang nyanyian, tapi agak sumbang dalam membaca al-Quran.. sebab kurang berlatih.
Latihan yang diperlukan adalah latihan menahan nafas. Setiap hari kena berlatih tahan nafas. Sedut nafas panjang2 ikut lobang hidung, lepas tu tahan nafas. Buat kiraan berapa yg dapat. Kalau hari ni dapat 10 saat, insyaAllah, esok boleh lagi naikkan jadi 20 saat.. Ustaz Love setakat 30 saat je bleh.. Tan Sri Syeikh Ismail boleh tahan nafas lebih 2 minit!!!
Nak lagi tragis, ikut cara orang2 dulu berlatih tahan nafas.. iaitu tahan nafas dalam air.. kalau takde sungai, masukkan je kepala dalam tab mandi yg penuh air (jangan plak masukkan kepala dlm mangkuk jamban, pendek umur plak kang) kemudian tahan nafas dan buat kiraan..
Lagi cantik kalau pandai berenang. Sebab berenang ini, selain ianya perintah Nabi s.a.w. untuk diajarkan kepada anak2, ianya juga mampu melatih pernafasan.
Itu kalau dikira dari sudut latihan pernafasan. Selain itu, pemakanan dan peminuman juga perlu dijaga. Jamal Abdillah bagitau, kalau beliau nak buat persembahan, biasanya beliau akan banyakkan minum air suam dan mengelakkan makan benda2 pedas dan minuman sejuk. Sebab makanan pedas dan minuman sejuk (ais) boleh menyebabkan berhingus dan berkahak. Kahak itu akan menyebabkan suara serak dan nafas menjadi pendek serta semput.
Akhir sekali (bukan terakhir, tapi Ustaz Love dah tak ingat tips lain) kena rajin bersenam. Dengan bersenam, akan menjadikan badan cergas, pernafasan pun akan jadi teratur. Kalau malas bersenam, nafas akan cepat semput. Elok2 al-Fatihah tu ada 7 ayat, jadi 10, 11, 12 ayat plak.. sbb banyak sangat berhentinya.
Itulah serba sedikit tips2 yang Ustaz Love teringat dan termampu untuk dikongsikan. Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua.


![Validate my RSS feed [Valid RSS]](http://ustazlove.com/blog/wp-content/uploads/2012/04/valid-rss-rogers.png)
Ayie
05/05/2011 at 1:14 am
saya selalu semput time mengaji.. tak bole nak berlagu, baca biasa biasa bole lee.. ^^
Ustaz Love
05/05/2011 at 2:30 pm
aik.. time mengaji je semput? ada gangguan jin tu.. hehe
Muhammad Iqbal
05/05/2011 at 6:43 am
Dulu saya sentiasa amalkan tahan nafas nafas dalam air, lepas tu jerit sekuat hati dalam air, Alhamdulillah, agak berkesan..
memang perlukan latihan yang kuat, saya selalu tengok kawan saya kat asrama, sampai nak masuk tandas pun boleh taranum lagi, sambil jalan jangan tanya la, sentiasa ja bertaranum, dan kesannya, dia menang dalam mcm-mcm pertandingan…
Ustaz Love
05/05/2011 at 2:29 pm
memang betul.. bagi yg rajin bertarannum, lagu tarannum takkan lekang daripada mulutnya.. sama juga konsepnya dengan kaki karaoke.. mulut tu sentiasa je nak menyanyi
terima kasih kerana sudi berkongsi tips tambahan
Anonymous
05/05/2012 at 10:23 am
berapa lama
harrazdani
05/05/2011 at 10:11 am
tips yang bagus…para lima terakhir tu mmg lawak..tp lawak yang memberi ilmu…syabas ustaz love…tak sia2 follow.
Ustaz Love
05/05/2011 at 2:27 pm
sekadar selingan
Enchik Nine
05/05/2011 at 10:12 am
Boleh cuba la lepas nie… !~~~
myetech9[dot]com @ Enchik Nine
Ustaz Love
05/05/2011 at 2:27 pm
sila2.. jangan malu2 untuk mencuba
Ryna
05/05/2011 at 10:17 am
Wah..nice info..thnaks ustaz sebab buat entry nih..Ia sangat2 membantu..
InsyaAllah semua tu akan dipraktikkan..Tapi bukan menahan nafas dalam mangkuk jamban la kan..heheh
Practice make perfect..Harap sempat lagi la buat latihan tu..Pertandingan tu da minggu depan, hari isnin.. Kena buat latihan intensif la ni..ehee..Berusaha sehabis baik..Gambattee !!!! =)
Ustaz Love
05/05/2011 at 2:27 pm
InsyaAllah, masih ada masa lagi.. apa yg lebih penting, dengan latihan itu akan membantu memperbaiki kawalan suara.. nak karaoke pun tak pancit
Myzul
05/05/2011 at 11:56 am
salam..tima kasih atas tips2 yg diberikan..nk kna berlatih tahan nafas pasni
Ustaz Love
05/05/2011 at 2:24 pm
salam Myzul..
latih.. jangan tak latih
kakjem
05/05/2011 at 4:18 pm
dlm ngaji x leh curi nafas hukumnya sama cam curi ayam kihkihkih……
Ustaz Love
09/05/2011 at 2:32 pm
curi ayam tu kalau tunggu bola depan gol pasukan lawan je.. pencuri ayam selalunya akan terperangkap dalam perangkap off-side.
Cikgu Nurin
05/05/2011 at 4:26 pm
Saya teringin betul nak mengaji berlagu…..pas tu nak alunkan waktu Subuh sunyi..tapi tak pandai-pandai…
Ustaz Love
09/05/2011 at 2:28 pm
semua manusia bermula dengan tak pandai.. tapi berbeza kepandaian bila dah mula belajar.. ada yg pandai bertukang, bila belajar pertukangan.. ada yang pandai melukis, bila belajar teknik2 melukis.. begitu juga bab tarannum ni, bila belajar dan berlatih, insyaAllah lama2 nanti pandai la. Apa yang penting, istiqamah
princess husna
11/05/2012 at 1:18 pm
thank you ustaz
perindu syahid mzm-fc
05/05/2011 at 5:57 pm
tips yg bgus… thanks ustaz.. mmg m’bantu sy utk cube belajar bertarannum…
Ustaz Love
09/05/2011 at 2:18 pm
terima kasih kembali.. semoga ianya dapat membantu
tqaroslan
05/05/2011 at 7:09 pm
terima kasih bg petua ni ustaz…
kelakar jgk ustaz ni.
Ustaz Love
09/05/2011 at 2:18 pm
terima kasih kembali..
Ustaz Love ni bukan bukan setakat kelakar, malah hensem plak tu.. hehe
kakyon
06/05/2011 at 12:28 am
salam ustaz…ustaz akak bagi petua kunyah..telan bawang putih mentah..alhamdhulillah menjadi juga.
Ustaz Love
09/05/2011 at 2:17 pm
Salam kakyon..
Terima kasih kerana sudi berkongsi.. tapi orang tua2 kata, kalau makan bawang putih, nanti ketiak bau busuk.. hehe
MDHAFiZ.NEt
06/05/2011 at 12:33 am
tips yg baguz dikongsi
Ustaz Love
09/05/2011 at 2:16 pm
terima kasih MDHAFIZ
Audra
07/10/2011 at 1:12 pm
Ustaz … Syukran Jazilan atas tips yang sangat berguna ni…boleh nak try nnt .. Insya Allah .. Audra kdg2 semput juga jika dah membaca Al quran… tp audra baca biasa2 je..
.. Terbaaiiikkkkkkkkkkk …. hehe
Ustaz Love
07/10/2011 at 2:14 pm
insyaAllah.. boleh cuba.. Ustaz Love pun pernah cuba gak.. dan hasilnya agak memberangsangkan
encik lobak
27/11/2011 at 5:13 pm
terima kasih
Ustaz Love
28/11/2011 at 12:49 pm
terima kasih kembali
ofadz
30/11/2011 at 4:03 pm
Salam. Ustaz, saya nak tanya, apa nas dan dalil berdosa dan haram kita curi nafas bila mengaji? Terima kasih ustaz di atas pencerahan.
Ustaz Love
30/11/2011 at 8:22 pm
Salam..
InsyaAllah, nanti Ustaz Love cuba jawab dalam entry
ramah
18/12/2011 at 5:14 pm
salam ustaz….sy nk minta izin share petua ni bley x…
Ustaz Love
20/12/2011 at 12:21 am
salam ramah..
insyaAllah, boleh.. takde masalah
addeen
18/12/2011 at 8:32 pm
err ustaz , tapi kalau dah kita tahan nafas lama2 dlm air ,xkan itu xbaik untuk otak sebab otak kita kurang oksigen kan? tak gitu ..
Ustaz Love
20/12/2011 at 12:21 am
bab tu Ustaz Love tak berani nak cakap sbb Ustaz Love bukan doktor. Ustaz Love cuma teringat, masa kita bersenam dan tarik nafas (masa PJK), cikgu selalu suruh kita tarik nafas dan lepas.. bila yang last tu, tarik dan tahan nafas lama2 lepas tu baru lepas. Jadi, Ustaz Love rasa ada beza antara otak yang tak dapat oksigen (sbb kekurangan oksigen dlm udara) dan kita menyedut dan menahan oksigen itu sebelum dilepaskan keluar.
azree
27/12/2011 at 11:38 am
wah… terima kasih ustaz… ustaz ustaz,,, kwn saya kt DQ pun ada syorkan menjerit dlm air utk nafas pnjang uh. lagi satu kan, dia ada ckp cara utk nafas panjang lg ialah baca al-fatihah (kurangkan berhenti) setiap pagi.. sampailah berjaya baca surah tu dalam satu nafas.. macam mana tuh? boleh ke baca al-fatihah tak berhenti-berhenti tu?
Ustaz Love
27/12/2011 at 6:36 pm
Tiada masalah nak baca al-Fatihah satu nafas.. dengan syarat tahu berkenaan waqaf dan ibtida’ agar tidak lari daripada bacaan sepatutnya. Tetapi yg lebih baik adalah membaca al-Fatihah dengan berhenti ikut tempat waqaf yg ditentukan
mus
23/01/2012 at 8:24 pm
salam ust,,ad x selain drpd tips2 tuh,,, n mknn ap yg bguz bgi org2 yg brtrnnum,,
Ustaz Love
23/01/2012 at 10:33 pm
salam mus..
yg paling bagus bagi org2 yg nak belajar tarannum dan mempunyai nafas yg panjang adalah memperbanyakkan puasa sunat
Roses
27/04/2012 at 11:38 pm
Ustaz….saya ada masalah suara di mana apabila saya bercakap panjang/ baca alquran ayAt panjang sikit suara saya Akan terketar-ketar….boleh kongsi tips untuk membantu.Terima kasih
Ustaz Love
02/05/2012 at 3:32 am
insyaAllah, nanti Ustaz Love cuba kongsikan dalam entry lain..
sameon
20/05/2013 at 2:25 pm
suara saya beso, so nak bertarannum pun bunyi macam tak sedap saja
Ustaz Love
24/05/2013 at 12:07 am
kalau kena dengan gayanya, memang sedap macam Syeikh Jibril.. suara besar, tapi sedap didengar..