Salam..
Ustaz Love baru dapat berita berlakunya satu tragedi tanah runtuh di Batu 14 Hulu Langat yang melibatkan penghuni Rumah Persatuan Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah, Madrasah Al-Taqwa.
Dikhabarkan bahawa seorang maut, 24 orang dipercayai tertimbus dan 7 orang selamat.
Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raaji’uun.. semoga mereka yang terperangkap itu dapat diselamatkan..
Kalau tak silap, kat Batu 14 tu tempat Ustaz Love selalu memancing dulu2.. Mungkin kakjem boleh bagi laporan lintas langsung dari sana..
Gambar2 ini diambil daripada facebook MyMetro..
Menurut maklumat daripada facebook Mymetro, 12 orang masih lagi tertimbus..
Menurut maklumat daripada TV3, 16 orang dikhuatiri masih tertimbus.. 3 mayat berjaya ditemui..
Update Berita Terkini pukul 11 pm.. 9 orang meninggal dunia, 7 orang masih tertimbus..
Terkini (11.40 pm).. 10 orang telah meninggal dunia..
Terkini (12.50 am).. 10 orang meninggal dunia yang terdiri daripada 8 pelajar dan 2 warden asrama..
Buletin 1.30 pm.. 16 disahkan terkorban.. TPM umumkan bantuan RM10k bagi waris setiap mangsa yang terkorban..
Buletin 1.30 pm (23 Mei).. Mangsa yang tercedera diberi bantuan sebanyak RM1.5k..

Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raajiβuun..:(
Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raaji’uun
terkejut bila dpt tau td…semoga yg tertimbus tu dpt jumpe dgn selamat….amin…
ada yg selamat, ada yg tak selamat.. selamat di dunia tak penting sangat, yg penting selamat di akhirat π
Takziah kepada keluarga kpd anak2 yang meninggal..Sedekahkan Al-Fatihah untuk meraka..Innalillahiwainnailahirajiun..
semoga tergolong bersama org2 yg beriman amim
insyaAllah, aminn π
takziah kepada mereka π
Innalillah.. Kesian betul saye dgr berita pasal tanah runtuh ni. kat rumah anak2 yatim pulak tu.
ustaz love, saye nak tanye ni. macamane ek, saya tahu hukum bersalaman dgn pakcik (abang ipar ayah saya) tu tak boleh. tapi orang skarang ni ikut adat tapi bukan hukum. tak salam kang kate tak hormat. macamane ek ustaz? aci tak buatkan satu entri pasal hal ni?
time kasih.
insyaAllah, nanti Ustaz Love cuba jelaskan π
sedih.takziah buat keluarga dan waris.al fatihah..
takziah dan al-Fatihah π
salam ustaz….
ape khabar ustaz dn family hari ini?
takziah kpd keluarga mangsa dan Al-Fatihah.
salam ateh..
alhamdulillah, Ustaz Love masih sihat dan selamat..
takziah kepada semua mangsa
tempat kejadian kira2 3km dr rumah kakjem….maaf lerr kakjem x dpt buat laporan lintas langsung sbbnya wartawan yg kakjem hantar pun lambat bg laporan..,tapi mmg pembangunan di situ betul2 di tebing bukit kebetulan dah beberapa hr hujan turun dgn lebatnya tanpa henti dan sebelum kejadian mmg dah ada berlaku runtuhan kecil…apa2 pun kita berbalik kpd qada & qadar….Al Fatihah buat smua mangsa kejadian….
aikk.. Ustaz Love dah tugaskan kakjem, kakjem sub kan kat orang lain plak.. hehe..
Hujan sebenarnya membawa rahmat.. tapi rahmat itu kadang2 kita tak nampak sehingga ternampak bahawa hujan itu membawa bencana.. π
al-fatihah…
al-Fatihah
Assalammualaikum ustaz.. saya turut bersimpati atas apa yg ditimpa oleh mereka~ semoga Allah merahmati roh mereka yg terkorban~
ustaz saya nak minta pandangan ustaz dalam enty di bawah.. hope ustaz sudi lah tolong ye~ kat bawah ni linknya~ sila inform kat saya melalui comment bila dah buat entry tentang pandangan ustaz tu ye~
http://gadisgula-gula.blogspot.com/2011/05/benda-ni-apa.html
Waalaikumussalam lina..
InsyaAllah, aminn.. semoga para arwah ditempatkan di kalangan orang2 beriman dan beramal soleh..
Ustaz Love dah baca entry tu.. insyaAllah, nnt Ustaz Love cuba ulaskan π
thanks ustaz~
sama2 π
al-Fatihah dan takziah kepada ahli keluarga mangsa..
Semoga mereka tabah dan banyak bersabar..
semoga mereka ditempatkan bersama org2 yg beriman,amin
insyaAllah, amin..
salam ustaz..
yg penting ustazlove..selamat
tu yg nk dengar tuu…hihi
(SELAMT DIDUNIA JUGE DIAKHIRAT KELAK)….:)))
salam ateh..
alhamdulillah.. ini semua berkat doa ateh dan blogger2 semua π