I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Hukum Menyimpan Patung

Salam…

Ustaz Love dok mengingat2 balik soalan2 yang Ustaz Love belum jawab.. banyak gak dan tak tahu mana nak jawab dulu.. Jadi, Ustaz Love memutuskan untuk menjawab persoalan yang terlintas di pemikiran je dulu.. Tambahan mood berblogging pun masih terumbang-ambing umpama kambing di tengah lautan..

Ustaz Love teringat satu pertanyaan berkaitan dengan hukum membela teddy bear.. Aikk.. teddy bear tu pun bleh kategori sebagai haiwan peliharaan gak ke? Takde la.. saje je Ustaz Love nak buat kelakar.. kelakar tak? hehe..

Hukum menyimpan patung ini khilaf.. ada yang mengharuskannya dengan syarat, dan ada juga ulamak yang mengharamkannya secara total. Kebiasaannya, ulamak yg mengharamkan gambar benda2 hidup, akan turut mengharamkan patung2 ini. Ini kerana, ia boleh menyebabkan berlakunya kesyirikan dan pemujaan tanpa disedari.

Suatu masa dulu (zaman Revolusi Syiah) boleh dikatakan hampir kesemua bilik2 pemimpin pelajar (yg ala2 Islamik) akan menggantungkan gambar Ayatollah Khomeini.. Sehingga sampai ke tahap beranggapan bahawa dengan memandang gambarnya saja akan meningkatkan keimanan dan ianya amalan berpahala.. Inilah antara amalan karut yang berpunca daripada taksub dan taqlid yang dipromosikan oleh Syiah.. dan sekarang ni pun, bukannya takde.. tapi ianya diubahsuai dalam bentuk baru.. iaitu menggantungkan gambar2 ulamak.. itu kira ok lagi.. tapi, ada yang sampai ke tahap memuja gambar itu.. kalau terjatuh, terus dijunjung dan dicium.. malah rumah2 yg takde letak gambar ulamak itu pula dianggap sebagai rumah orang fasiq.. Teruk kan kalau terlalu taksub?

Kalau gambar pun boleh sampai mewujudkan situasi sebegitu, apatah lagi kalau patung2 ini. Kadang2, kita tak ambil kira perkara ini.. Maklum la, baru lepas balik daripada Bali, maka habis segala patung Bali itu dibawa balik tanpa memikirkan ada kemungkinan patung2 itu merupakan berhala2 sembahan orang2 tempatan Bali yang kebanyakannya beragama Hindu. Kalau setakat nak bawak bali limau Bali tu takde masalah la.. sbb limau Bali itu boleh dimakan.. dan sedap dicicah dengan kicap.. slurrpp..

Namun, ada pengecualian bagi patung ini.. iaitu patung2 yg menjadi permainan kanak2.. maka takde masalah.. Cuma yg menjadi masalahnya, orang2 tua pun dok main lagi patung2 ni.. mcm patung2 Kamen Rider, Transformers dsb.. itu bagi lelaki la.. Kalau perempuan plak, ada yg daripada kecik sampai la dah punya anak kecik, masih lagi tak bleh berenggang dengan Teddy Bear (ala2 Mr. Bean).. Sepatutnya, bila dah besar maka sifat kebudak2an kena la dibuang sedikit demi sedikit.. sebab tak lama lagi dah nak jadi isteri seterusnya menjadi mak orang..

Kalau masa kecik2 dulu, kena tido peluk teddy bear, bila dah besar ni, peluk bantal bolster (bantal panjang tu).. daripada cadar Winnie The Pooh kepada cadar bunga2 ke.. benda2 ni walaupun nampak remeh, tapi sedikit sebanyak boleh mempengaruhi watak dan pemikiran seseorang.

“Malaikat tidak akan masuk rumah yang di dalamnya ada anjing dan patung” (HR. Muslim)

Rumah yang tidak dimasuki malaikat, maka yg masuk adalah syaitan.. jangan terkejut kalau tengah2 sedap peluk teddy bear yg berbulu lembut, tiba2 berubah menjadi makhluk yang berbulu kasar πŸ˜€

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

67 Comments

Add a Comment
        1. sama la kita.. ps3 tak mampu nak beli lagi.. lagipun Ustaz Love jarang main games ni.. lebih suka main games tetris.. πŸ˜€

    1. Ustaz Love tak berapa minat sangat patung2 ni.. lebih berminat dengan gadjet permainan (xbox, ps dsb) πŸ˜‰

    1. Salam khairil..

      Tugu negara pun lebih kurang berhala gak.. sbb tu majlis fatwa keluarkan kenyataan haram menyambut Hari Pahlawan di Tugu Negara πŸ˜‰

  1. Bagaimana pula dgn askar2 star wars ustaz ada byk kat rumah ni tp x dipamerkan cuma simpan dalam kotak je. Mcm mana kalau patung askar ni deletakkan di dalam kereta tank ke, jet ke…….

    1. yg dikatakan patung ini adalah yg jelas menyerupai.. tak kira la manusia ke, haiwan ke.. yg mana ianya cukup sifat manusia mahupun haiwan (ada kepala, kaki, tangan dsb). Jika diteliti zahir hadis, tidak dinyatakan sama ada ianya yg dipamerkan, ataupun yg disimpan.. cuma jika dipamerkan, mudaratnya lebih besar berbanding yg disimpan.. sbb bahan yg dipamerkan menunjukkan kita menghargai barang itu.. sehingga sampai ke satu tahap kita terlalu menyayangi dan memujanya..

      Jalan selamat adalah dengan tidak menyimpan apa jua patung di dalam rumah, tak kira la ianya dipamerkan atau disimpan.. kecualilah jika ianya menjadi bahan permainan kanak2 dalam rumah (anak ke, adik ke, sepupu ke). Lagi baik kalau gantikan patung2 ini dengan permainan lain spt kereta remote control ke, ps3 ke, helikopter ke.. πŸ˜‰

      1. Assalamualaikum ustaz love..kalau saya buat hiasan meja seperti bekas pensil…iaitu saya cat cawan pastu lukis mata hidung dan mulut pada cawan tu..lepas tu saya pakai tanah liat untuk buat bentuk tiga segi untuk telinga dan bentuk bulat untuk kaki..saya membuat bentuk cawan tu macam kartun kucing.. Juga tak boleh ke? Haram dan malaikat tak masuk jugak ke..sebab kartun ni x menyerupai haiwan yang sebenar langsung..

  2. assalamualaikum ustaz love…patung kamen rider boleh simpan ke???malaikat masuk rumah tak kalau simpan patung kamen rider tu?

    1. waalaikumussalam…

      patung kamen rider itu termasuklah dalam golongan patung2 yg mempunyai sifat.. jadikan barang permainan kanak2.. kalau tak, lebih baik dihadiahkan kepada anak2 fakir miskin ke.. lebih menggembirakan hati mereka..

      soal malaikat masuk tak masuk tu, jika berdasarkan kepada zahir hadis, maka dah nyata yg malaikat tak masuk rumah yg ada patung2..

      WA

      1. robot2/gundam pulak mcm mana ustaz? Sekali pun ada diantara model gundam ni struktur anatominya kelihatan seperti manusia (de 2 kaki tangan) tapi memang terang2an tidak cukup sifat dan ciri2 kemanusianya. sebagai contoh: tak de jari kaki, mulut petak ke. pendek kata cacatla.

  3. mana klu patung yang diadaptasikan dr filem??n x menyerupai haiwan sebenar..cm chipmunk??kira lengkap ke x…ape hukumnya…

    1. patung permainan kanak2 tiada masalah sama ada menyerupai manusia lengkap atau haiwan lengkap.. sbb kanak2 memang bermain anak patung.. sebaliknya, orang tua secara umumnya dah tak main patung.. maka jika disimpan atau dipamerkan patung itu, maka ia tiada manfaat dan ditakuti akan jadi objek sembahan.. itulah illah (sebab) utama kenapa patung diharamkan untuk disimpan, iaitu ditakuti menjadi objek (berhala) sembahan.

      1. salam. saya mahu bertanya,kebanayakan yang memiliki adalah remaja. mereka menggunakan tedybear bkan untuk permainan, tapi untuk buat peluk2 semasa tidur, seperti bantai peluk dan memang tiada niat langsung untuk menyembah patung tersebut.. adakah boleh ke?? tq.

        1. maaf,merujuk kepada soalan diatas.sy tertarik dengan persoalan daripada seorang individu.dan sy jge ingin tahu serta menggunkn soalan beliau.maaf kepada individu tersebut.mohon copy and paste.

        2. salam Dila..

          kebanyakan remaja ni masih lagi bersikap kebudak2an walaupun dah besar panjang.. mungkin juga salah satu punca remaja bermasalah dgn ibu bapa, hidup tak tenteram dalam rumah sendiri dsb ada kaitan dgn perkara yg nampak mcm kecik ni.. sbb malaikat dah tak dekat, jadi memang syaitan akan berkerumun la πŸ˜‰

          1. saya ada patung teddy kecil,hadiah konvokesyen dulu..xboleh ke saya simpan je kat stor untuk kenangan..or memang kena buang……lagi satu,patung untuk permainan kanak2 diharuskan,tapi bila smpai satu masa kanak-kanak tu dah tak main dah dengan patung tu,maknanya kita kena buang ke patung tu?

          2. jika dilihat dari zahir hadis, tak kira patung itu disimpan atau ditayangkan, ia tetap menyebabkan rumah itu tak dimasuki malaikat. Cadangan Ustaz Love agar menghadiahkan patung2 itu kepada sedara mara yg punya anak kecik.. kalau takde siapa nak bagi, maka buangkan sajalah. Apalah nak disayangkan sangat patung itu, berbanding rahmat dan keberkatan yg lebih kita perlukan dalam rumah πŸ˜‰

  4. Salam ustaz,
    Macam mana kalau saya ada patung penyu dr trengganu, then sy selalu jugak peluk2 bawak tido. Tp, kalau anak buah saya dtg, saya bg je dorg main. Kalau mcm tu, simpan boleh ke ustaz?

  5. as slm ustaz, kalau mcm ni mcm mana?sy ada figura kartun, ada kaki kepala semua tp die ubah anatomi manusia jadi pendek..kepala dia besar, badan die kecik..adakah ni dikira sbg cacat?ke sempurna je?

  6. Aslm ustaz,saya ada kemusykilan lah ustaz
    Saya ada simpan gundam ngan kamen rider,saya letak kat display case,kalau ada masa saya main dengan nya,tujuan saya beli adalah untuk main dengannya dan kumpul bende2 tu walaupun dlm display case saya tak kisah berhabuk ke tak tapi kalau org nak main saya bagi je tapi atas 10 tahun lah n.n’
    Ini dikira haram ke ustaz? Saya betul2 perlukan pertolongan ni

  7. As salam
    Anak sy ada anak patung spiderman dia buat main2 n blasah. Pastu da lg mainan seplatun askar yg kecik2 tu.bentuk mcm manusia. Pastu da lg mainan kuda blh tunggang tu,yg isi angin dlm tu. Kemushkilan sy, walaupun bt mainan anak, tapi ttp ada patung dlm rumah. Jadi malaikat akan masuk umahtak walaupun anak yg main bkn mak yg main?
    Atau kena clear terus mainan ank2 camtu baru malaikat msk umah? Terima kasih.

    1. maksud malaikat tak masuk rumah itu boleh difahami dalam banyak maksud.. mungkin yg dimaksudkan adalah malaikat rahmat.. sedangkan setiap diri manusia itu sendiri ada malaikat khusus yg menjaga dan mencatit setiap amalannya.

      bila patung2 itu tidak berfungsi sebagai permainan, maka ia dianggap perbuatan sia2 menyimpannya dan ditakuti boleh menyebabkan terjadinya penyembahan dan pemujaan tanpa disedari. WA

  8. Assalamualaikom ustaz.

    Nak tanya macam mana kalau action figure/model macam Batman , Superman, justice league, avenger dan sebagainya (ada macam-macam saiz)? Memandangkan saya minat dengan superhero2 ni. Ada terlintas di kepala nak beli. Tapi kawan saya cakap kita tak buleh beli letak benda alah ni kat rumah. Jadi, haram jugak la ustaz? Memang bukan untuk buat permainan la, umoq pun dah 24. Haha. Untuk koleksi saja2. Terima kaseh ustaz.

    1. Sebaiknya kita ubah hobi kita menyimpan patung2 itu kepada hobi lain yang lebih mendatangkan manfaat. Selain ia membazir, ia juga boleh mengundang fitnah dan hilang rahmat dalam rumahtangga kita. WA

  9. ustaz. sebenarnya teddy bear boleh bawak atau pon tidak ke asrama.saya agak confius dengan ini. tolong beri kerjasama. terima kasih.

    1. Kalau dah duduk di asrama, itu buktinya saudari dah dewasa. Teddy bear itu bukan lagi menjadi permainan orang dewasa. Jangan bawak ke asrama, tinggalkan di rumah untuk jadi mainan adik2.

  10. saya suka simpan patung hello kitty. walaupun da umur 20an tapi at katil masih ada banyak patung hello kitty dan selimut pun hello kitty. apa patut saya buat?

  11. Kalau anak patung yang cukup sifat ni, maksudnye, ade tangan, jari, rambut semua, kena bako ke, mcm mane? Mcm tak nak pulak bg kat budak2 main sbb sifat patung tu menyerupai manusia.. kalau teddy bear tu boleh lg nk pass ke anak buah… Mcm mana dari sudut pandangan ustaz?

  12. Ustaz nk tanye ni saya dengar citer sape yang membuat patung akan diminta nyawa … so saya terfikir ada satu hari tu saya beli model kit robot gundam dan saya pasang sehingga jadi robot gundam la adakah saya akan diminta nyawa dan malaikat tidak masuk ke rumah saya ??

  13. ustaz,boleh kah sy lekatkan lego kat dinding…sy jadikan lego tu sebagai pemegang wayar…sy letak wayar kat tangan lego tu supaya wayar x bersepah…tp niat sy bkn nk memuja….haram ke ustaz…tolong jawab ye..

    1. Adalah lebih baik tuan gunakan alat lain untuk memegang wayar. Lagipun permainan lego bukan diciptakan untuk tujuan itu.

  14. Assalamualaikum,

    Mohon dijelaskan ustaz, bagaimana pula dengan patung bukan haiwan atau manusia, tetapi ditambahkan mata, mulut, tangan dan kaki. Sebagai contoh, patung Spongebob Squarepants dan Domo-kun?

    Terima kasih.

  15. Assalammualaikum, Ustaz Love… bagaimana jika saya menyimpan anak patung hello kitty? dia tidak lah sempurna sifat seperti patung lain.. kerana dia tak ada mulut. dan saya jadikan ia mainan bila anak2 buah saya datang ke rumah. tetapi saya mmg ada 1 bilik untuk barang2 hello kitty ni.

      1. salam ustaz…sy nak tanya…sy minat kartun hello kitty..klu sy beli barang yang ada lukisan kartun hello kitty contohnya buku atau selimut…adakah itu juga tidak dibenarkan…

  16. Salam..kalau saya guna untuk dijadikan bntal..saya guna jrg2 skali utk gnti rindu saya pd kucing..?mksud saya peluk mcm mainan../atau saya kena ubah suai bentuk patung jadi buah buahan..?

  17. Assalamualaikum,
    Rasanya Ustaz dah terangkan dgn jelas, trpulang pada kita utk elakkan. Terus terang saya katakan, saya salah sorang peminat robot, star wars, scifi dan sebagainya. Mula2 dulu mmg saya collect action figure utk display, bila dah tau hukumnya, saya mcm biasalah cuba utk berkhilaf dan berdalih semata2 utk menghalalkan cara, tp akhirnya akur setelah ikhlaskan diri menerima hukum itu dgn rela. Elakkan je dr kumpul mainan2 camtu, byk cara lain nak enjoy minat kita tu. Sy beli tshirt (tp yg tertera tulisan je la), then prop replica skala 1:1 yg boleh dipakai, dipegang dan tak menyerupai figura. Walaubagaimana pun, masih berjaga2 juga sbb jgn sampai berlaku pembaziran dan berlebih-lebihan.

  18. Alamak ustaz, bila baca malaikat tak masuk ni rasa risau pulak. Mcm ni ustaz, sayabaru beli teddy bear time birthday saya aritu. (Bday sendiri, beli hadiah sendiri huhuu). Mmg dari kecik lagi nak ada bear tapi mak ayah tak mampu kan, so dah besar akhirnya dpt lah beli sendiri. Jadi sekarang ni saya kena buang ke bear tu? Sebab saya tak ada adik/sepupu kcik/anak buah pompuan.

  19. Assalam ust..cm mne klu smpn patung baby kt umh..cthnye mak bdk teringin sgt nk ade bby lg pstu die bli ptung bby yg cm kt lazada tu..die serupe ngn bby real..blh ke smpn ptung tu tp skdr nk beseronok n bkn utk memujanye..

  20. Assalam ustaz. Saya nk tnya xboleh ke kumpul figura2 anime dlm rumah? Pastu diletak dlm almari display. Saya kumpul figura2 tu sekadar hobi dan minat sahaja tiada niat lain. Tak apa ke?

  21. Setakat ni penjelasan saya faham… Patung atau permainan yg dibuat mainan oleh kanak2 dibolehkan… Tetapi macam kolekai action figure bg orang dewasa ni kita tak buat main.. Dah tentu beli mahal2 siap letak dalam frame.. Dekat situ kita boleh nampak yg itu dah tak dijadikan permainan tetapi sebagai koleksi dan dibangga kan … Bila dah dibuat begitu adakah itu lebih kurang macam kita simpan patung berhala di rumah…. Bila difikirkan, saya jadi was2 … Saya pun dulu suka kumpul action figure ni terutamanya gundam… Beli satu rm 150-1000 bergantung pada model… Tapi bila makin meningkat umurnya sy masih minat tetapi was2 dengan hukumnya… Bila saya tanya pendapat ustaz dan lain2 jawapan semua sama iaitu kalau permainan untuk kanak2 dan dibuat main tak diletakkan ditempat tinggi dan dikhaskan special untuk permainan tersebut dibolehkan.. Tetapi apa yg sy tengok bila saya beli action figure dah tentu saya akan letal di tempat khas siap sy framekan special… Jadi saya was was dan akhirnya sy jual semua action figure sy … Ini pendapat saya la.. Mana tahu ada yg lagi jelas dengan semua ini…

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme