I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Hukum Menolak Poligami

Salam..

Ustaz Love jarang nak mengulas isu2 sensitif.. bukanlah bertujuan nak menyembunyikan kebenaran, tapi Ustaz Love membuat perkiraan baik buruknya sekiranya ianya dibincangkan.. sama ada ianya akan menjadi lebih buruk, mahupun lebih baik.. Dalam hal ini, maslahah itu lebih diutamakan..

Sebab itu ada antara pertanyaan2 yang Ustaz Love jawab kat komen je, ada yg Ustaz Love buatkan entry.. dan banyak yg Ustaz Love jawab kat e-mail je..

Tajuk poligami ini akan sentiasa menjadi tajuk yang sangat sensitif sampai la kiamat nanti.. Tak kurang yang menyokong, ramai juga yang membantah.. dan ada juga yang berada di atas pagar..

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada seseorang yang menggelarkan diri beliau sebagai “tantintun” :

ada golongan yang menolak hukum poligami sekeras-keransnyaa, bahkan sampai mengharamkannya…apakah hukumnya? ada setengah ustaz berkata, hukumnya murtad/kufur..mohon ustaz ulas dalam satu entry lain dengan panjang lebar.tq

Pertama sekali, perlu difahami bahawa hukum berpoligami ini adalah sabit melalui nas al-Quran :

Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (gunakan) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.” (an-Nisaa’ : 3)

Namun, perlu difahami.. bahawa ayat ini menunjukkan keharusan untuk berpoligami dan bukannya suatu tuntutan, gesaan mahupun seruan kepada kaum lelaki untuk berpoligami.. Malah ayat ini jelas memberitahu akan kepentingan untuk berlaku adil (supaya tak melakukan kezaliman) terhadap isteri2.. jika takut tak mampu berlaku adil, maka lebih baik beristeri satu saja.

Suatu masa dulu ada satu pergerakan keagamaan (telah diharamkan) telah membuat penafsiran yg salah tentang poligami ini bila menyatakan bahawa poligami ini merupakan tuntutan agama.. maka mereka mempromosi poligami ini sebagai cara untuk menarik para pengikut terutama dari golongan korporat dan kaya raya.. Malah pemimpin tertingginya juga pernah menafsirkan bahawa yg dituntut adalah poligami dulu.. sbb tu dalam ayat di atas, dinyatakan bahawa “kahwin dua”.. dan monogami (beristeri seorang) dinyatakan di akhirnya (kalau tak mampu berpoligami).. nyatalah ini merupakan penafsiran sesat yg berpandukan hawa nafsu semata2..

Ayat poligami bukanlah untuk menggalakkan beristeri ramai, sebaliknya menghadkan jumlah isteri kepada 4 sahaja pada satu2 masa.. Ini demi membendung budaya Arab Jahiliyyah yang berkahwin ramai sampai berpuluh2 orang..

Jadi, janganlah keharusan ini dijadikan keutamaan.. asal borak je, cerita nak tambah isteri..

Dan kena faham juga, bahawa oleh kerana poligami ini hukum asalnya adalah harus, ia sama juga macam hukum2 lain yg boleh berubah mengikut keadaan.. ada masanya ia boleh menjadi sunat, ada masanya boleh menjadi haram, wajib dsb..

Maka itu keharusan berpoligami ini tertakluk pada hukum taklifi yg 5 itu.. dan telah maklum dalam agama bahawa berpoligami itu hukumnya harus.. cuma mungkin penolakan dengan bersyarat, maka ianya masih dalam ruang lingkup yg dibenarkan.. sbb poligami ini ada syaratnya.. iaitu yg paling utama adalah mampu berlaku adil.. jika tak mampu dan tak mampu juga berlaku adil, maka boleh juga mengharamkan poligami terhadap individu tersebut.. Tetapi bukanlah mengharamkan secara total sehingga menafikan hukum harus yg telah dinyatakan dalam al-Quran.

Penolakan kumpulan2 feminisme dan wanita2 beremosi terhadap poligami ini sebenarnya lebih kepada penolakan emosi.. sbb tak ada seorang pun sebenarnya yang sanggup untuk berkongsi kasih ini.. Maka, bergantung kepada kebijaksanaan para suami untuk melembutkan hati isteri supaya menerima kehidupan berpoligami.. Untuk maklumat lebih lanjut, sila berhubung dengan Abang Jem.. hehe πŸ˜€

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

39 Comments

Add a Comment
  1. ade yg sensiti apabila mendengar poligami..ade yg tersenyum keriangan…pelbagai ragam dpat kita lihat sekiranya masalah poligami di ketengahkan..jadilah seperti saleh yakob…tenang dan bersih dari msalah…contoh yg pling sesuai kat malaysia n tengah hot sekarang…

    1. jadi masalah bila disembunyikan.. perkara baik yg disembunyikan boleh menimbulkan masalah spt fitnah.. umpama air jernih yg mengalir yang mampu membersihkan kekotoran, tetapi bila ditakung, lama kelamaan ia akan menjadi busuk dan menjadi tempat pembiakan nyamuk πŸ˜‰

  2. sy xkesah pon lau laki tu nk kawen 2 3 4..tp sy cuma nk tau…ade ke laki zaman skang yg mampu blaku adil,mampu nk didik para istri+anak2..all in 1…sume cukup…ade ke?org skang pk lau duit byk jek nk kawen 2…motif??anak2 yg ada pon xckup terdidik lg…bkn senang nak pimpin keluarga utk mcapai kjayaan dnia+akhirat…pdpat sy jek..hoho

    1. betul ke tak kisah? nampaknya bella dah bersedia untuk bermadu.. mulianya hati.. hehe

      dalam isu poligami, bab keadilan itu yg diutamakan.. dan yg dituntut adalah keadilan dari sudut zahir.. sbb dari sudut batin (perasaan), maka memang tak dikira.. πŸ˜‰

  3. hehehe klu perempuan mmg sensitip isu ni..yla emosi lebih dr akal.. sy pun perempuan..ada satu cerita psl perempuan muda ni yg sengaja nk poligami sebab time laki dia kt umah madu boleh dia ibadah kpd Tuhan lebih ckit..Huhuhu~ ssh nk cari perempuan mcm ni.. laki yg betul2 adil pun ssh nk cr jgk..Laki skrg pun brpoligami ikot suke2 bkn ikot hukum..klu betul2 ikut cr islam insyaAllah xde mslh..

    1. kalau kaki ibadah, memang perangainya mcm tu.. sama juga mcm kaki fesbuk, kaki blogging, kaki chatting dsb, lagi baik pasangan selalu out-station.. senang nak online tanpa gangguan πŸ˜€

  4. salam ustaz….

    ustaz dn keluarga sihat?
    klw di beri pilihan
    yg mana ustaz pilih…madu?
    atau bermadu?
    mana lebih manis?

    lelaki klw berniat nk tambah cawangan…seluk poket…cukup ker?

    1. salam ateh..

      Ustaz Love tak memilih.. Ustaz Love terima je.. hehe.. acah je..

      Bermadu ni sebenarnya menambahkan lagi tanggungjawab.. sbb bernikah bukan setakat akad saja, sebaliknya banyak lagi tanggungjawab selepas tu.. isu nak balik raya pun tak selesai kalau beristeri sorang, agaknya kalau 2 3 orang, macam mana la gayanya..

      Tapi, bukan semua orang sama.. ada yg mampu seumpama Kapten Jack Sparrow yang menjadi ketua atas kapalnya.. walaupun anak2 kapalnya semua jenis perangai lanun.. yang boleh tu, boleh la.. yg tak boleh tu, jangan la dipaksa2.. πŸ˜‰

      1. tq ustaz….cuma masih tak faham…benarkah bak dikata oleh bbrp ustaz, hukum menolak/mengharamkan poligami ni dikira kufur???

        saya masih kabur..

        1. hukum poligami ini adalah jelas melalui dalil.. iaitu harus.. sama seperti hukum makan babi yg jelas melalui dalil iaitu haram.. maka sesiapa yg mengatakan sebaliknya (spt mengatakan bahawa Allah mengharamkan poligami), maka boleh menyebabkan terkeluar daripada Islam.

          tetapi, jika mengharamkan disebabkan illah (ada sebab / maslahah), seperti mengharamkan poligami bagi orang yg tak berkemampuan dari sudut zahir.. ataupun org yg mati pucuk.. maka hukum itu adalah tepat berdasarkan illah iaitu tiada kemampuan zahir dan batin..

          sama kesnya hukum makan babi.. sesiapa yg sengaja mengubah hukum itu dengan mengatakan bahawa makan babi itu halal, maka perkataannya itu boleh menyebabkan terkeluar daripada Islam.. tetapi, jika dalam keadaan darurat (tiada makanan sehingga mengancam nyawa), maka hukum tapi telah berubah disebabkan maslahah darurat.. iaitu terpaksa makan babi demi menyelamatkan nyawa..

          dalam 2 kes ini, bukanlah hukum itu telah diubah, sebaliknya maslahah dan illah itu yg mengubah sesuatu hukum.. hukum asalnya masih tetap sama πŸ˜‰

  5. assalamualaikum ustaz..
    umur saya menghampiri angka 30an..jodoh masih belom menjengah walaupon ramai pelik kerana diorg kate sy memiliki pakej yg baik..bukan sy ckp,diorg ckp..ade yg kata sy ni cerewet sgt..tp terus trang sy ckp,sbnrnye blum jumpa manusia yg btol pada masa dan tempat yg betol..jodoh pertemuan di tangan Allah..

    sbnrnye sy telah bercinta dgn suami orang..pelbagai usaha sy lakukan utk menghindarinya termasuklah mencari jodoh ngan lelaki bujang..tetapi usaha sia2,malah makin kuat cinta sy kepada suami org tersebut..makin hari makin kritikal..

    ust,sy pernah terbace luahan emosi seorg isteri yg di madu oleh suaminya..beliau kate,wanita perampas ini takde maruah.lebih baik jd andartu drpd rampas suami..tetapi bagi saya,sukar sbnrnye menjadi single all the time smpi tua..sekurang-kurangnya bila dah ade suami,ade juga zuriat yg boleh mendoakan kita,btol tak..adakah saya mementingkan diri sendiri jika bertindak mengahwini suami org?mak sy ibu tunggal,makcik sy pon ade yg single walaupon dah memasuki warga emas..sy nmpk kesunyian mereka tatkala usia sebegini..anak2 ade jd peneman,tp tak same..(nasib baik la sy lmbt kawen,bole la jd geng ngan mak)

    utk pengetahuan ust,tiada siapa mengetahui hubungan kami..sy buntu ust..sy dah byk kali nak tinggalkan,tp makin kuat lak perasaan terhadap dia.mcm klise,kan..kami bukan romantik2 pon..slalu gado ade la..tp gado tu la yg makin jd pengerat perasaan kami..

    1. assalamualaikum ustaz….

      masalah saya sama dgn nina, dilema berkawan dgn ‘suami org’….utk pengetahuan ustaz,kami sudah pun merancang utk bernikah tp secara sembunyi, sbb tidak mendapat keizinan isteri pertama…sebenarnya ikhlas saya katakan, hati saya takut dan risau keberangkalian masalah akn timbul sekiranya isteri pertama mengetahui ttg perkahwinan kami nnti…sbb saya juga ada baca kisah yg mana salah seorang akn ditinggalkan bila didesak oleh isteri pertama….saya memilih utk bersama dia sbb dia seorang suami dan ayah yg penyayang pd keluarganya…..jd saya berpendapat saya tidak akan dianiayanya nnti….

      Kami sudah berbincang ttg segalanya selepas bernikah nnti, termasuklah soal kewangan….dia sudah terang-terang memberitahu yg dia hanya mampu bg nafkah ‘ala carte'(dlm lingkungan RM300/sebulan) shj utk permulaan dan akan ikut pd keadaan semasa selepas kami mempunyai anak nnti….jd sepanjang tempoh saya bergelar isterinya saya akan membiayai 90% perbelanjaan saya sendiri sbg kerjasama bg membuktikan pd isteri pertama yg dia tidak akn mengabaikan tanggungjawab walaupun sudah beristeri dua….hal ini dia minta saya berfikir adakah saya boleh terima atau tidak keadaan ini demi kabahagiaan dan kebajikan saya…..dia tidak mahu menganiaya saya…..walaupun perasaan sayang antara kami tetap utuh….

      Persoalan saya, adakah saya dikategorikan berdosa meneruskan niat memilih dia sebagai suami sbb saya seolah-olah menyusahkan diri sendiri dan sudah jelas bahawa dia kurang mampu dr segi nafkah zahir? Yela, bila seseorg wanita itu berkahwin segala kebajikan makan,minum,pakai, dan tempat tinggal adalah tanggungjawab suami….ini berkemungkinan juga akn jd rumit bila saya sudah mempunyai anak…..saya hanya manusia biasa….saya ingin jadi seorang isteri yg solehah dan tidak mahu timbul masalah soal kewangan dan membebankan suami di hari kelak yg boleh menjejaskan hubungan kami…

      Mohon ustaz dpt menguraikan kekeliruan saya ini, antara kasih dan tanggungjawab yg sebenar di sisi Islam dalam poligami…

      1. tq ust..sy tatau nak refer ngan sape..byk membaca berdasarkan pengalaman org2 lain saje..

        sekiranya sy pilih utk teruskan hbgn ni,sy tau byk benda sy kene korbankan..sy takkan dpt kehidupan sama mcm psngan suami isteri lain..

        tu psl la dlm pada masa yg same sy terima je kalo mak sy kenenkan sy ngan sape2 yg die berkenan…..tp last2 tak menjadi..mgkin gak la sbb sy terima ngan tak ikhlas kot..padan kat muke sendiri..

        tp hbgn sy ngan si dia tu mmg ‘sesuatu’ dlm kehidupan sy..

        1. sebenarnya boleh je refer pada mak ayah.. tapi kadang2, kita lebih percayakan orang lain daripada keluarga sendiri.. itu memang dah jadi kebiasaan..

          insyaAllah, nnt Ustaz Love jawab dalam entry.. Ustaz Love amik masa sket nak kaji fakta kes (macam peguam plak.. hehe) πŸ˜‰

          1. kalo refer ngan mak kompem kene sekeh sbb duk ade skandal ngan somi org..huwaaaaaa….takpe,sy menunggu next entry dgn sabar..

          2. tau takpe.. hehe.. insyaAllah, masih ada jalan keluar.. jangan putus asa πŸ˜‰

  6. salam ustaz, saya ingin bertanya..sekiranya seorang laki 2 b’poligami, then dia slowly abaikan tanggungjawab trhdap isteri pertma sbb mngalami mslh kwgan (nk sara 2 keluarga kn kos tngi) – dalam msa setahun, suami xbg lgsung nafkah kpda kluarga pertma 2…so, nk tau la, pe hkum nye? wajarkah isteri prtma memohon cerai krna rasa dirinya dianiaya dan diabaikan?

    1. salam Anon..

      Hukumnya berdosa bagi lelaki itu kerana mengabaikan nafkah untuk keluarga.. dan isteri itu boleh menuntut fasakh di mahkamah syariah

  7. salam ustaz…

    saya ingin bertanya adakah berdosa seorang isteri tidak menyempurnakan kewajipan seorang isteri dengan sempurna setelah mengetahui hasrat hati ingin berpoligami??

    atas alasan isteri kecewa dengan permintaan suami yang ingin berpoligami??

  8. salam ustaz..

    adakah berdosa besar seorang isteri tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dengan sempurna setelah mengetahui hasrat hati suami untuk berpoligami atas alasan isteri kecewa dengan permintaan suami itu??

    1. Salam insan kecewa..

      Memang berdosa bila isteri yg jalankan tanggungjawabnya, kecuali jika ada alasan yg dibenarkan syarak.. alasan kecewa sbb suami nak berpoligami itu tidak relevan.. adalah lebih baik isteri itu meningkatkan lagi layanan dan kasih sayang kepada suaminya.. dan tak lupa berdoa.. mana tau, suami akan berubah hati.. berbanding melayan perasaan keciwa, ia semakin menguatkan lagi azam suami untuk bernikah lagi πŸ˜‰

  9. salam ustaz.is3 saya de menyatakan hasrat kwn baiknya untuk bermadu dgn is3 saya.kwnnya sanggup menanggung sume perbelanjaan kawen n lain2nya.asalkan dia dpt bkongsi n merasai apa yg is3 dpt dr saya.sya ni tdklah kaya n sya mengaku sya sememangnya tdk mampu n layak utk bpoligami..keje kilang jer.tetapi kwn is3 sya bsungguh2 krn dia tdk perlukn wang atau kebendaan(dia pon mmg da kaya) melainkan menumpang kasih sayang dr sya. is3 sya mahu bermadu tapi ada tetapinya..apa pendapat ustaz?

    1. salam…

      cantek dah la tu.. mana nak cari pempuan yang tak memandang pada harta.. dan juga nak cari isteri yang sanggup dimadukan? saudara mendapat kedua2nya sekali.. apa pun, bermesyuaratlah dulu dengan ahli keluarga sebelum membuat keputusan, dan lakukanlah istikharah sehingga hati teguh dengan pilihan..

      bukan berapa banyak gaji yg diperlukan, sebaliknya berapa banyak yg sanggup diterima oleh tanggungan.. kalau kedua2 isteri sanggup terima nafkah RM100 sebulan dan tak menuntut apa2 selain jumlah itu, maka kerja jual besi buruk pun boleh kawen sampai 4. Yang penting, nafkah itu diberikan dengan keredhaan isteri (jangan sampai tak bagi langsung sekalipun isteri itu kaya, sbb memberi nafkah zahir dan batin itu adalah tanggungjawab suami).

      bab syarat tu, yg tu memang musykil.. πŸ˜€

  10. as’salam ustaz…apa komen ustaz kalau suami ada perasaan suka pada wanita lain? bila ditanya, dijawab jodoh rahsia Allah, perasaan ini adalah dari Allah…berpoligami adalah sunnah Rasulullah…sy tau semua tu, tp bgmn nak tau ini adalah hasutan syaitan yg menggoda umat Muhammad dan menjadikan isu agama sbg alasannya…sdgkan tanggungjwb yg penting kpd isteri dan keluarga sekarang tak terlaksana lagi..

    1. itu memang fitrah manusia.. takde apa yg peliknya.. lain la kalau suami tu bagitau yg beliau jatuh cinta dengan lelaki lain.. yg tu memang pelik πŸ˜€

      soal menjadikan agama sebagai alasan, atau menjadikannya sebagai amalan, ia sesuatu yg agak subjektif.. sebelum kita menilai niat orang lain, kita nilai dulu niat kita.. yg kita tak puas hati suami nak kawen lagi tu sebab apa? sebab tak cukup duit? tak cukup kasih sayang? ataupun lepas beliau jadi jutawan, baru boleh beliau berpoligami?

      puan fikirkanlah sendiri jawapannya.. jika perkahwinan itu semata2 nak mendapatkan redha Allah, nescaya kita takkan sakit hati sangat jika suami nak bernikah lain.. yg penting bagi kita adalah redha Allah.. lain la kalau kita kahwin itu sebab manusia.. memang kita akan sakit hati dan mengganggap mereka mengkhianati janji dsb disebabkan mereka nak berkahwin lagi.

      apa pun, jika tetap tak boleh terima dan tak boleh bersabar, Islam ada menunjukkan jalan iaitu membuat permohonan cerai di mahkamah..

  11. Salam, ustaz!, saya baru dimadukan suami tanpa pengatahuan sy. masalahnya dia memang tidak mampu untuk menyara kami anak beranak, hampir semua saya tanggung selama ini, saya memendaman rasa, tambah lg perasaan saya sering tertekan dgn sikapnya yg tidak menunjukkan lemah lembut kpd saya dan anak-anak.sering berhubung dgn perempuan berganti-ganti, jika ditegur akan mengamuk kerana barannya. Saya tak sanggup lagi hidup dgnnya kerana keadaaan kewangan sedangkan anak-anak 4 orang sedang belajar dan saya sering tertekan, kerja terabai, tambahan pula ibadah sering tk fokus.Anak belum terbimbing dia sudah menambah bebanan.dia anggap anak anak lantakle nk jadi apa. tolong nasihat saya ustaz

    1. Pertama sekali, puan kena check bagaimana hubungan puan dengan Allah. Jika yang itu tak jaga, insyaAllah hubungan dengan manusia juga akan jadi tunggang-langgang. Sebaiknya puan jaga betul2 amalan fardhu seperti solat di awal waktu dan menambahkan lagi amalan sunat seperti membaca al-Quran, bezikir, puasa dan sedekah. Puan kena bangun malam untuk solat tahajjud dan berdoa semoga Allah melembutkan hati suami puan dan berubah demi kebaikan rumahtangga.

      Buatlah target berapa lama puan rasa mampu untuk berusaha. Contohnya bagi masa selama 6 bulan untuk beliau berubah. Sekiranya beliau masih lagi dengan perangai lama, maka puan ada pilihan untuk menamatkan perhubungan tersebut melalui jalan perceraian sama ada melalui lafaz cerai di mahkamah, tebus talak atau fasakh.

      Jangan terburu2 untuk membuat keputusan dan jangan ragu2 untuk mengambil tindakan. Kita sendiri yang akan menentukan hala tuju kita. Kita berhak untuk mencari bahagia dan bukannya ditakdirkan untuk menadah derita.

      WA

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme