I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Soal Jawab : Hukum Menjual Arak

Salam…

Ustaz Love minta maaf sebab dah lama biarkan soalan ni terperap.. Mungkin juga ianya urgent, tapi Ustaz Love terpaksa menangguhkan untuk menjawabnya kerana ada masalah tertentu yang tak dapat dielakkan.. Masalah terkini, browser Mozilla Firefox yang Ustaz Love biasa guna (versi lama) selalu crash.. Ustaz Love saja tak nak install versi baru, takut2 nanti jadi problem.. Akhirnya, Ustaz Love dah tak tahan asyik crash, install yang baru.. Last2 langsung dah tak bleh nak guna browser baru tu.. Terpaksa menggunakan Internet Explorer yang menyusahkan ini..

Soalan ni daripada seseorang yang menamakan dirinya dengan saiful :

assalamualaikum ustaz..
saya nak tanya sikit la..
hukuman haram hanya pada yang minum , menjual dan membeli kan..
contohnya jika kalau saya kerja di 7 eleven, saya adalah pekerja dan terpaksa memegang arak..
adakah duit gaji saya adalah haram?
adakah saya telah salah di sisi islam kerana menjual arak?
saya perlukan penjelasan?”

Soalan ni adalah rentetan daripada isu memegang botol arak sebelum ni..

http://ustazlove.com/blog/2011/04/soal-jawab-hukum-memegang-botol-arak-dan-iklan-nuffnang/#ixzz1NHEgkwY7

Sebenarnya dalam isu arak ni, bukan setakat peminum dan penjual saja yang berdosa, tetapi ada lagi 8 golongan (semuanya ada 10) yang terbabit dengan arak ini akan menanggung dosa..

Daripada Anas Bin Malik, dia berkata : Rasulullah s.a.w telah melaknat yang berkaitan dengan arak 10 golongan : iaitu yang memerahnya , yang meminta diperahkan, yang meminumnya, yang membawanya, yang minta dibawakan arak kepadanya, yang menuangkannya, yang menjualnya, yang makan harganya, yang membelinya dan yang minta dibelikannya” (HR. at-Tirmidzi)

Jadi, yang haramnya di sini bukanlah memegang botol arak itu, sebaliknya yang menjual arak itu (sekalipun tak pegang botolnya).

Isu kerja di premis yang semata2 menjual arak adalah jelas haram.. pekerjaannya haram, hasil jualannya haram.. pendapatan bekerja di situ juga adalah haram..

Sebaliknya bagi kedai2 yang menjual barang2 lain, tetapi ada juga menjual arak (spt 7Eleven), maka di sini ada perbahasan. Sekiranya kita menjadi cashier, tetapi bila datang orang nak membeli arak, maka kita bagi kawan kita (cashier lain yg bukan beragama Islam) untuk mengira harganya, membungkusnya dan memberikan kepada orang itu, maka kita terselamat daripada menjadi sebahagian daripada mereka yg terbabit dengan arak ni.. gaji kita adalah halal.

Kalau kita sendiri yg scan botol arak tu (menjualnya), maka di situ kita telah berdosa (kerana terbabit dengan proses penjualan arak) dan gaji yg kita perolehi ada unsur2 syubhah (sbb ada percampuran yg halal dengan yg haram.. dalam keadaan kita mengetahui kita terlibat dalam penjualan barangan yg haram).

Jadi, kalau ada kerja lain, cari la kerja lain.. Kalau takde kerja lain, maka kerja la kat situ.. tapi berbincang la dengan bos untuk partner dengan cashier non-Muslim ke.. kalau tak dapat juga, boleh gi mintak kerja kat 7Eleven di seluruh Kelantan.. InsyaAllah, takde jual arak kat premis tu..

WA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

38 Comments

Add a Comment
  1. Salam.

    Kepada sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut kebenaran di sebalik syiah, anda dijemput menghadiri ceramah eksklusif “BAHAYA SYIAH”….

    ..anjuran ISMA DHL & Pembina Cawangan Bangi dengan kerjasama dan sokongan Kelab Kebajikan dan Sosial Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina UKM (KESUTRA) dan Fikrahislam.com.

    Berikut adalah butir-butir mengenai ceramah ini:

    Tarikh: 28 Mei 2011 (sabtu)
    Masa: 9 pagi – 12 tengahari
    Tempat: Dewan Pusat Pengurusan Penyelidikan & Instrumentasi (CRIM),UKM, Bangi.
    Penceramah: Ust. Mohamad Bin Ismail (Berpengetahuan luas mengenai Syiah)
    Yuran: Pelajar RM5 dan Bukan Pelajar RM10
    Kapasiti : 100 orang sahaja

    Di dalam sesi soal jawab, anda boleh ajukan sebarang soalan mengenai Syiah…

    Untuk maklumat lanjut,

    Anda juga boleh melayari:
    http://ismadhl.com/jemputan-ke-ceramah-bahaya-syiah/
    http://www.fikrahislam.com/event/jemputan-ke-ceramah-bahaya-syiah/
    http://joomlahusrah.blogspot.com/

    1. Salam..

      Terima kasih.. Ustaz Love benarkan untuk paparkan iklan yg bermanfaat.. tapi jangan la spam kat banyak entry.. 😉

    2. sy ingin bertanya jika sy menjadi rakan kongsi 7-ELEVEN yg ade menjual arak dan jika segala penjualan nye sy tidak ambik,adakah hasil pendapatan sy dari penjualan barang lain juga d anggap haram.
      minta bantuan.tima kasih

      1. banyak faktor perlu diambil kira.. insyaAllah, Ustaz Love masukkan dalam list utk dijawab dalam entry nanti 😉

    1. masalah Ustaz Love sebelum ni, firefox versi lama tu selalu crash.. tgh sedap2 download, tiba2 browser tertutup sendiri.. terpaksa mula dari awal.. yg baru ni langsung tak bleh bukak 😀

    1. susah nak jangka rezeki orang.. kalau dah rezeki, tengah tergolek dlm bilik pun orang datang nak bagi kerja 😀

  2. Salam ustaz, bagaimana kalau kita mendapat arak sebagai cendera hati dan kita tak mahu, lalu menjualnya pada rakan bukan islam dengan separuh harga. kemudian duit yang diperolehi dibeli pula cenderahati untuk kita. bagaiman ya hukum tu? mohon jawapan segera ya ustaz. saya tengah dalam dilemma ni.

    1. Salam DDie..

      Ustaz Love kurang jelas sket situasi kat sini.. Ustaz Love agak situasinya begini.. ada kawan bukan Islam menghadiahkan DDie sebotol arak, tapi DDie tak terima.. lalu beliau pun menjualkan arak itu kepada kawannya yg lain dan duit itu digunakan untuk membeli cenderahati.

      Jika betul situasi di atas, tiada masalah DDie nak menerima cenderahati tersebut. Kerana pemberian itu adalah hadiah.. dan jika hadiah itu tidak melanggar syarak (bukan benda haram spt arak, khinzir dsb), maka harus diterima hadiah itu. Soal sumber pembelian hadiah itu, kita tidak dituntut untuk menyelidikinya.. nama pun hadiah.. berbeza kalau upah / gaji.. jika diberikan gaji hasil daripada penjualan arak, maka hukumnya adalah haram 😉

      WA

      1. terima kasih banyak ustaz kerana menjawab dengan segera. Dalam hal dilemma saya ni, saya telah terima arak tu kerana cenderahati itu diberi oleh rakan bukan islam yang berasal dari negara bukan islam. Maka di tangan saya ada sebotol arak yang saya tidak mahu. Maka saya berniat untuk menjualnya kepada rakan bukan islam lain. Duitnya nanti saya ingin beli cenderahati yang ‘halal’ untuk saya. Adakah ini dibenarkan?

        1. owh.. kalau begitulah situasinya, maka hukumnya jelas haram.. adalah lebih baik Ddie membuang arak itu tanpa mengambil apa2 manfaat (hasil jualan, hadiahkan pada org lain dsb) daripada arak tersebut.

          sepatutnya Ddie perlu menolak arak tersebut pada awal2 lagi. Ini akan memberikan lebih kefahaman kepada rakan Ddie bahawa arak itu tidak dibenarkan dalam Islam dan Ddie sendiri berpegang pada hukum haramnya arak itu 😉

          1. terima kasih banyak ustaz atas jawapan tersebut. saya akan pulangkan kembali kepada rakan tersebut sesegera boleh. terima kasih banyak kerana menjawab segera soalan saya agar saya tidak terjebak dalam hal haram sebegini.

          2. sama2.. sebaiknya, ia tidak dipulangkan.. terus saja dibuang.. kerana arak itu lebih banyak mendatangkan kemudaratan, tak kira sama ada kepada Muslim mahupun non-Muslim 😉

  3. salam,saya nk tanya kalau tudung botol arak tu dijadikan cenderahati seperti pin dan kita beli tudung botol tu. tapi apabila sudah membelinya baru kita tahu yang tudung botol tu sebenarnya tudung botol arak

    1. Harus pakai jika tudung botol tu bersih drp kesan air arak dan tiada apa2 simbol atau logo yg mewakili jenama arak.. WA

  4. assalamualaikum ustaz… daripada apa yg saya baca kan… saya ingin mengajukan satu soalan~ harap ustaz dapat menerangkan dengan sebaiknya dengan saya~

    begini ustaz, soalaannya gnhe- apa hukumnya bila seseorang itu bergambar dengan botol arak??? bkan apa ustaz, bkan mw mengaibkan sesiapa, cuma bla saya bukak fb saya pagi nie, nmpak sorang perempuan yg tidak menutup aurat memegang botol arak dengan gaya ‘mempromosikan’ dirinya dan botol arak itu sendiri…. jdi apa hukumnya berbuat mcm tuh ustaz??? harap ustaz dapat memberi penjelasan yg telus~ ….

    terima kasih~
    dari SABAH negeri bwah BAYU~

  5. klu bleh tak nak membeli langsung kat kedai2 yg ada jual arak mcm 7E, KK, Speedmart kecuali bila tiada pilihan utk keperluan rumah yg byk mcm beras, sabun cuci baju dll (kedai runcit mahal) atau utk tujuan emergency/mendadak. tp semenjak suka yogurt, yogurt drink dan vitagen maka selalulah singgah kedai mcm tu walau bukan keperluan penting (krn ada produk yg tak jual kat kedai runcit dan kedai runcit pn mmg takde di ofis atau tepi jalan). mmg waktu lalu rak arak rasa terbakar je. selain kedai2 itu, aku pn slalu beli kt kiosk2 kt stesen minyak. so pernah sekali terfikir, “nak singgah petronas beli yogurt drink dulu ke, atau tggu dah smpai ofis baru beli kt 7E?”. nak letakkan keutamaan, memula igt “hmm..dua2 kedai pn sama sejuk, sama jual arak” (tnpa pemerhatian). then terfikir, kiosk stesen minyak jual arak? rata-rata yg dtg beli mstilah org2 yg akan pandu kereta selepasnya, takkan nak bagi orang drink and drive kot?”. aku singgah jgk petronas time tu, ronda semua fridge dan rak, mmg takde arak. so dgn senang hatinya angkut yogurt drink dan sejak tu mmg akan utamakan kiosk stesen minyak je la kalau nak beli cikedis dan minuman dlm botol, sbg usaha yg lebih kuat utk mengelak kedai serbaneka yg jual arak.

  6. Salam ustaz… Nak tnya blh harap d jawab dgn segera… Apa hukum nya pada seseorg yg mencatat prmbelian arak?? Adakah haram bagi seseorg yg mencatat pembelian walaupun tidak menerima pembayaran… Situasinya pula… Seseorg telah menerangkan kepada majikan nya tentang seorg muslim tidak bleh menjual arak dan menerima duit dari hasil pembelian tersebut…lalu majikan memberi cadangan tidak perlu mgambil wang pembelian namun hanya mencatat pgambilan arak sahaja… Dan pembayaran akan d lakukan oleh org lain… Adakah pencatat trsebut masih trgolong dalam 10org dnyatakan d atas??

  7. bagaimana pulak bekerja di cafe yang ada menyediakan arak sebagai minuman? tetapi masih ada banyak minuman yg halal yg dijual di situ..kira bukannya arak semata mata…

    1. Sekiranya saudara terlibat dengan penjualan arak, maka pekerjaan itu adalah haram dan hasil pendapatannya adalah syubhah. Sebaiknya saudara mencari pekerjaan yang lain.

  8. Assalamualaikum,

    Ustaz,saya bekerja kilang biasa. Pada suatu hari, semasa sambutan tahun baru cina, ada satu hamper, dan rakan wanita telah meminta tolong untuk saya angkat hamper ke tingkat atas. Apakah hukumnya apabila saya angkat? Berdosa kah?

  9. Salam Ustaz,
    Saya berkerja sebagai cost control di sebuah hotel. Dlm perkerjaan sy, sy kena mengira jumlah semua makanan dan minuman termasuk arak untuk dibuat report hasil untungrugi pada hotel tersebut. Adakah sy termasuk dalam 10 golongan tersebut?

  10. assalammualaikum ustaz.
    jika premis 7e yang sedang kita bekerja tidak menjual arak..adakah boleh kita bekerja? saya ingin mendapatkan penjelasan.sekian terima kasih

  11. Salam Ustaz,

    Disini saya ada satu kemusykilan, syarikat saya ada mengadakan cabutan bertuah, kalau saya ada memenangi hamper yang mengandungi arak, dan kemudiaan saya jualkan hamper tersebut kepada rakan yang lain(non muslim) apakah hukumnya?

  12. Salam ustaz,
    Jika sya bekerja di supermarket yg mnjual arak tetapi sya sbgai cashier myuruh kwan yg bukan muslim mejual(scan hrga)mengira ,mmbungkusnya.tetapi adakah gaji sya dikira syubhah kerana di premis tersebut adanya penjualan arak.(walaupun sya tidak menjualnya).Hal ini kerana berkemungkinan gaji sya dijana oleh hasil penjualan arak.Gaji sya mungkin bercampur dngan hasil penjualan brang halal dan haram.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme