I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Siapa Yang Takde Telur?

Salam..

Semasa mencari maklumat berkenaan isu terkini runtuhan tanah di Batu 14, Hulu Langat yang mengorbankan 16 nyawa, Ustaz Love terjumpa sesuatu di blog paling kontroversi..

Rasanya takde berkaitan pun dengan isu tanah runtuh tu.. mungkin juga quote tu rotate.. tapi ternyata ia merupakan kenyataan yang dikeluarkan oleh Raja Petra..

Pelik juga kenyataan beliau ni.. siapa sebenarnya yang tak bertelur? πŸ˜€

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 Comments

Add a Comment
  1. dia yang tak bertelur…..tulis macam2 pastu lari menyorok luar negara…caari publisiti je tu…orang mcm ni patut diabaikan je

    1. salam bro zul…

      siapa yg terasa tu? para mufti ke, RPK? apapun, RPK tak layak nak cakap mcm tu kat para mufti.. sbb ianya dah kena balik atas batang hidung dia.. cuba gantikan perkataan “mufti” dalam kenyataan di atas dengan “RPK” πŸ˜€

    1. bukan nak layan.. cuma terjumpa kenyataan dia tu.. takde plak sesiapa yg mensensasikannya πŸ˜€

  2. salam ustaz,

    saya tak pasti ustaz baca atau tidak artikel yg ditulis beliau itu. beliau marah kerana pada pandangannya pihak berkuasa agama tidak ada pun yg mengutuk kejadian itu & meminta agar siasatan dijalankan kerana mungkin terdapat unsur-unsur rasuah ataupun penyelewengan kuasa yg mungkin menyebabkan kejadian itu berlaku dan nyawa mereka yg tidak bersalah telah terkorban.

    sebaliknya, pada pandangan beliau, pihak agama hanya berkata kejadian itu adalah takdir, kuasa Allah, dan sebagainya. Tiada pandangan kritis dikeluarkan.

    sekian, terima kasih.

    1. salam kamarul..

      Ustaz Love agak kurang faham apa perkaitannya isu tanah runtuh dengan pihak berkuasa agama? adalah lebih baik pihak yg berautoriti yg membuat kajian dan kenyataan.. apa pun, kena la tunggu beberapa bulan lagi sehingga selesai kertas siasatan.

      Semuanya berlaku memang telah ditakdirkan.. ianya memang kuasa Allah dsb.. tiada pertikaian isu di situ..

      Orang yg pandai mengkritik, tak semestinya seorang yg kritis.. kerana kritis itu lebih hampir kepada hikmah πŸ˜‰

      1. walaupun saya tidaklah bersetuju dengan bahasa beliau yag agak kasar itu, namun secara dasarnya saya setuju dengan poin beliau.

        Sudah tiba masanya para mufti lebih tegas dalam isu-isu sebegini untuk mendapatkan kebenaran.

        apakah kaitannya pihak berkuasa agama atau mufti dengan tanah runtuh? well, inilah masanya utk mereka proaktif, menunjukkan Islam ini mengambil berat tentang isu-isu begini yg melibatkan nyawa orang ramai, isu-isu nasional dan bukan sekadar tentang yoga, poco-poco, tomboy, tangkap orang khalwat sampai mati dan lain2.

        saya agak kecewa juga sebenarnya setiap kali berlaku kejadian kemalangan sebegini pasti itu sahajalah yang keluar daripada pihak berkuasa agama Islam. “Ini takdir, pasti ada hikmah, dsb”. Ya, tiada siapa mempertikaikannya namun takkan ini sahaja yang Islam ajar? Bukankah mencari keadilan untuk mereka yang terkorban itu juga sama penting?

        Saya masih menanti2 komen para mufti tentang isu Lynas.

        1. Mufti itu bertugas untuk memutuskan sesuatu hukum yg tiada dalil jelas melalui al-Quran dan Hadis.. dan bukan tugas mufti untuk memperkatakan sesuatu secara semberono dalam keadaan mereka bukanlah ahli dalam bidang tersebut.. kerana kata2 dan kecaman melulu akan memburukkan lagi institusi agama.. terutama jika ianya berbaur fitnah dan khabar angin tanpa bukti yg jelas.

          akhirnya jadilah spt RPK yg mencadangkan sesuatu yg bukan2 (spt mewujudkan jawatan mufti di kalangan wanita)..

          yoga dan poco2 adalah berkaitan isu akidah.. maka memang selayaknya mufti yg mengeluarkan hukum.. dan bukannya geologist yg membuat kenyataan ttg perkara itu..

          jangan terlalu nak nampak internasional sehingga melupakan nasional tempat bumi berpijak..

          isu Lynas, biarlah pemimpin negara yg menjelaskannya.. πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme