I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Osama Ben Laden Died : Piracy Or Conspiracy?

Salam…

Berita hari ni sangat mengejutkan dunia Islam dan dunia Barat bila Presiden Us, Barrack Obama mengumumkan kematian beliau dalam satu siri serangan. Ramai yang teruja dengan berita ini. Ada yang menangisi, ada yang bersyukur dengan kematian beliau. Beliau yang diwar2kan sebagai punca keganasan melalui organisasi al-Qaeda dianggap sebagai ancaman utama kepada pentadbiran Amerika Syarikat sejak meletusnya Perang Teluk (bukan perang Telur Palsu).

Sebelum itu, beliau merupakan sekutu Amerika Syarikat dalam memerangi Kesatuan Soviet yang menakluki Afghanistan. Osama sebagai mujahid, Ameika Syarikat sebagai pembekal peralatan perang kepada para Mujahideen.

Pelbagai keganasan diwar2kan sebagai kerja Osama dan al-Qaeda yang merosakkan kepentingan Amerika Syarikat di seluruh dunia. Kemuncaknya bila berlakunya serangan 9/11 yang meruntuhkan World Trade Centre (WTC) yang merupakan mercu tanda kebanggaan Amerika Syarikat. Beribu2 nyawa telah terkorban. Dan al-Qaeda seperti biasa dituduh sebagai dalang kejadian tersebut.

Sejak itu Amerika Syarikat melancarkan gerakan anti-keganasan sehingga mereka sesuka hati menceroboh negara2 Islam yang berdaulat atas nama kempen anti-keganasan. Padahal pengganas sebenar iaitu zionis Israel dibuat kawan dan sekutu.

Pelbagai penipuan dan konspirasi telah dilancarkan oleh Amerika Syarikat. Boleh baca di sini, di sini, dan di sini.

Sama ada Osama dah meninggal dah lama dah, baru meninggal ataupun masih hidup, tak penting mana pun.. sebab Osama bukanlah mewakili tindakan atau pemahaman umat Islam keseluruhannya. Cuma sebagai sebagai seorang umat Islam yang bersaudara, Ustaz Love ingin mengajak agar kita sama2 mendoakan Osama.. semoga Allah merahmati beliau sama ada semasa hidupnya atau setelah matinya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme