I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Merisik Anak Karkun

Salam..

Ada beberapa soalan yang menanti untuk Ustaz Love cuba menjawabnya, tapi Ustaz Love tak bersedia sangat pagi2 ni nak buat entry soal jawab.. Mungkin petang2 sket Ustaz Love buat entry rally pasal soal jawab..

Pagi ni, Ustaz Love tertarik nak ulas satu keyword carian di akaun nuffnang iaitu “merisik anak karkun”

Mungkin ada yang tertanya2 apa yang dimaksudkan dengan sang pencari keyword itu.. sebenarnya karkun itu adalah suatu istilah dalam bahasa Urdu yang bermaksud pekerja.. Tapi bila digunakan di Malaysia, ianya lebih mengkhusus kepada golongan tabligh yang melakukan kerja agama (dakwah).. maka, orang2 tabligh ini dipanggil sebagai karkun.. karkun yang tak buat kerja dakwah dipanggil kartun (ini Ustaz Love melawak je ni.. hehe)..

Jadi, bila dikatakan “merisik anak karkun”, maka ianya merujuk kepada anak kepada orang tabligh.. mungkin juga ada kriteria yang ingin diketahui bagaimana nak merisik atau lebih tepat lagi untuk mengetahui apakah kriteria untuk menjadi menantu kepada karkun ini..

Sepanjang pengalaman Ustaz Love dengan karkun2 ini, kebanyakan mereka mengimpikan agar anak2 perempuan mereka akan bernikah dengan karkun juga.. maka itu, jika ada lelaki yang berminat untuk menikahi anak mereka, maka ramai yang mengenakan syarat agar lelaki itu perlu keluar berdakwah (khuruj) di jalan Allah.. iaitu keluar 3 hari, 40 hari dan 4 bulan.. selepas itu, baru melepasi kriteria yang disyaratkan..

Tapi itu karkun2 dulu la (karkun lama – buzruq).. karkun2 sekarang (kontemporari) kebanyakannya tak kisah sangat.. mungkin sebab kurang korban (diri, masa dan harta)..

Bukanlah tujuan nak suruh keluar itu sebagai syarat2 untuk penilaian / pemeriksaan ketahanan dsb (mcm org dulu2 bertapa utk menguji ketahanan), sebaliknya untuk mewujudkan sekufu (sepadan) dari sudut pemikiran dan manhaj (metodologi dakwah).. Agak mudah jika mertua dan menantu sama2 berganding bahu dalam kerja dakwah.. sewaktu menantu keluar berdakwah, mertua boleh tolong tengok2kan isteri dan anak2.. kalau mertua plak keluar berdakwah, menantu boleh membantu tengok adik ipar dan mak mertua..

Kalau tak sama pemikiran, maka banyak timbul fitnah.. menantu akan mempertikaikan tindakan bapa mertua yang meninggalkan keluarga untuk berdakwah, mertua plak pertikai menantu yang tak support usaha dakwah.. akhirnya, asal pernikahan itu dapat merapatkan perhubungan, lain plak jadinya (hubungan semakin renggang).

Dan para karkun ini juga sangat sukakan pemuda2 karkun yg berkelulusan agama (al-hafiz ke, muallim ke).. Ini berdasarkan pengalaman Ustaz Love sendiri.. oleh kerana karkun ini ramai yg bukan berkelulusan agama, maka bila dah ada kesedaran agama (hasil usaha dakwah), maka beliau nak la agar menantunya itu alim dalam bidang agama.. senang beliau nak tumpang belajar..

Apapun, yang paling penting adalah kena pandai mengambil hati bakal mertua.. bila hati dah terpikat dan tertarik dengan akhlak kita, maka ketika itu tak kira dah karkun ke, kartun ke.. insyaAllah akan diterima sebagai menantu dengan senang hatinya πŸ˜‰

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 Comments

Add a Comment
    1. istilah tu hanya berlegar2 di kalangan orang2 tabligh je.. banyak lagi istilah2 yg mereka selalu gunakan.. kebanyakannya diambil daripada bahasa Urdu πŸ˜‰

    1. fitnah berlaku bila orang tak memahami.. nak bagi orang lain faham, kena lebih banyak berkorban.. orang2 kat India, Thailand, Indonesia dan beberapa negara yang maju dalam usaha dakwah tabligh ini tiada masalah dengan mereka2 yg bermanhaj lain.. bahkan saling bantu-membantu.. kat Malaysia ni je yang suka bercakar2.. meoww

    1. salam puanbee..

      maknanya pernah dengar la perkataan tu kan? istilah2 sebegini sebenarnya mewujudkan label di kalangan umat Islam.. taksub sangat dengan India, sampai nak guna bahasa Urdu, nak minum teh India (chai), nak makan roti prata, nak pakai serban bakul dsb.. sehingga menjadi kepelikan kepada uruf umat Islam di Malaysia πŸ˜‰

  1. Salam Ustaz Love..:)
    ustaz love ceritalah pengalaman ustaz dalam masuk tabligh ni..:) dan apa pendapat ustaz tentang mereka yang pergi ke india pakistan dgn bangladesh (IPB)?

    1. Salam Ikhwan..

      Ustaz Love sebenarnya tak berhajat nak menulis secara detail tentang itu.. Ustaz Love lebih suka selit2 je ceritanya.. kalau pasal IPB tu, perlukan penjelasan yg panjang lebar.. insyaAllah, ada kesempatan nanti Ustaz Love akan cuba jawabkan dalam entry πŸ˜‰

  2. salam
    maaf gan sepertinya ada yang salah dengan penjelasan tentang karkun.

    kalau boleh saya minta dengan halus boleh hapus artikel ini,supaya tidak membelokan pandangan masyarakat kepada para pekerja dakwah islam…

    terimakasih… πŸ™‚

    1. salam jaelani..

      jika ada salahnya, sila berikan teguran supaya ia dapat diperbaiki.. menghapus terus itu bukanlah suatu idea yang tepat πŸ˜‰

  3. Assalamualaikum, ustaz..baru saya tahu apa itu karkun..selama ada juga pernah terdengar orang sebut karkun2..rupanya..gelaran kepada org2 yg tabligh ya..syukran di atas perkongsian ustaz.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme