I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Mantra : Mentera Asli

Salam…

Tadi Ustaz Love layan cerita Mantra.. walaupun dah berkurun cerita tu keluar, tapi Ustaz Love tak berkesempatan nak tengok cerita tu.. Banyak kali gak nak beli DVD dia, tapi tak jadi. Lepas tu, terlupa dah kewujudan cerita tu.

Sampai la beberapa minggu lepas, Ustaz Love tengok Wanita Hari Ini yang cerita pasal mistik2 ni.. tak pasti plak cerita pasal saka ke, pusaka ke.. Yang penting, ada seorang Ustaz pengamal perubatan Islam yang jadi panel jemputan.. Juga seorang lagi tetamu iaitu Zul Handyblack, herowan cerita Mantra.

Dalam cerita tu, Zul dan pelakon lain (spt Hasnul Rahmat dan Ruzaidi) menggunakan Mantra (mentera) asli dalam bahasa Jawa. Sehinggakan terjadi peristiwa gangguan termasuklah perbuatan Zul dan Hasnul yang bercakap dalam bahasa Jawa ketika tidur.

Jadi, Ustaz Love pun menunggu bila masanya cerita Mantra ni akan keluar kat Astro.. Malam tadi ada keluar cerita tu.. Sewaktu Ustaz Love mendengar bacaan mentera tu, memang meremang bulu hidung.. terasa yang mentera itu adalah memang mentera asli, dan bukannya mentera tiruan (mcm dalam cerita HKLBR.. yg pelawok.. pelawok.. pelawokk.. uhh.. uhh tu). Mentera tu berbentuk pemujaan. Ditambah lagi dengan suasana set penggambaran yang menggunakan Penjara Pudu sebagai lokasi (sebelum diruntuhkan).

Jalan ceritanya takde la best sangat. Mungkin sebab tu la cerita tu tak berapa untung mcm cerita Jangan Pandang Belakang ke, Khurafat ke.. Cuma Ustaz Love tak faham, kenapa perlu menggunakan mentera yang betul?

Mentera ini sebenarnya berbentuk pemujaan terhadap jin dan syaitan. Sebab itu, bila seseorang mengamalkannya (walaupun sekadar main2), maka beliau boleh didampingi oleh jin yang dipuja dalam mentera itu. Kalau dalam majalah2 silat ke, novel seram ke, biasanya ada ditulis bacaan mentera ni tanpa tapisan.. Sehingga akhirnya, budak2 yang tak tahu apa mula mengamalkannya.. Untuk tujuan ilmu pengasih, pemikat, kebal dsb.

Kalau setakat nak dapatkan feel, berlakon kat kubur pun dah bleh dapat feel seram tu (walaupun sebenarnya kubur tu adalah tempat yg mulia, sebab ianya tempat bersemadinya jasad orang2 Islam.. tapi syaitan memang suka memesongkan manusia.. sbb tu diorang pun tumpang melepak menjadikan kubur2 sebagai tempat menyeramkan).. tak perlu nak tambah2 dengan mentera2.. takpun, reka la mentera yang takde kena mengena dengan pemujaan ni.

Masalahnya bukan hanya pada gangguan jin yang dipuja itu, tapi lebih teruk ianya membawa kepada amalan syirik. Memuja jin dan syaitan hukumnya syirik.. Benda ni bukan boleh buat main2. Sbb perkara syirik ini boleh menyebabkan seseorang itu rosak akidah dan kekal dalam neraka.

Apapun, memang terasa gak keseraman mendengar bacaan mentera tu. Teringat Ustaz Love satu cerita yang membuatkan Ustaz Love tak boleh tidur semalaman sebab kena gangguan lepas tengok cerita tu. Bukan cerita hantu apa pun.. cuma cerita pasal hantu yg tak nampak. Dan cerita itu adalah daripada kamera yang merakamkan kisah sebenar kehilangan kumpulan pelajar yang melakukan kajian di sebuah tempat (ini bukan cerita Penunggu Istana itu)..

Pernah tengok cerita “The Blair Witch Project”? Yg 1st siri tu yg kisah benar..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 Comments

Add a Comment
    1. sbb tu kena berhati2 bila melakonkan perkara2 yg melibatkan unsur mistik ni.. takut terjebak dengan amalan syirik 😉

  1. skrg ni mmg musim citer2 hantu.klau boleh jauh2 kan lerr diri tu drpd menonton citer2 cam tu…,lebih2 lg anak2 kita nnti takut2 boleh menjerumuskan terpesongnya akidah…(ntah lerr apa nak jadi jaman skrg ni…)

    1. betul tu kakjem.. kalau dulu, hantu2 selalu muncul waktu malam je, skrg ni siang2 pun muncul gak dlm filem2.. boleh menyebabkan kemunduran bagi mereka2 yg penakut 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme