I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Hikmah Kejadian Tanah Runtuh Di Hulu Langat

Salam…

Ustaz Love masih lagi mengharapkan adanya seseorang yang mampu menunjukkan kepada Ustaz Love cara2 nak settlekan masalah Firefox yang dah crash.. mcm2 dah cara Ustaz Love gunakan termasuklah uninstall dan install versi yg lama. Nanti la Ustaz Love cerita panjang lebar dalam entry lain.. Menulis menggunakan browser IE ni sungguh merimaskan..

Semalam berlangsungnya konsert Akustika anjuran Media Prima sempena untuk mengutip derma dan melakukan sesuatu yg bermanfaat hasil cadangan FT (Faizal Tahir.. bukan Faisal Tehrani tau). Macam2 cara digunakan sebagai menunjukkan tanda simpati dan prihatin terhadap kejadian yang berlaku yang telah meragut 16 nyawa. Yang artis, menggunakan medium hiburannya.. yang kaya, menghulurkan bantuan wang ringgit.. yang bertenaga, menghulurkan bantuan tenaganya.. yang berilmu, menyampaikan dalam ceramah2nya.. yang blogger, menulis dalam blog2nya.. masing2 cuba membantu dengan cara tersendiri.

Ini merupakan hikmah yang amat besar.. apabila masing2 menggunakan kepakaran yg ada untuk membantu dan menyampaikan berita yang sama, menunjukkan kesatuan di situ. Tak kira bangsa, agama, mahupun perbezaan fahaman politik, masing2 cuba untuk membantu.

Juga Ustaz Love terbaca kisah seorang ibu yang telah terpisah dengan anaknya selama 10 tahun akibat dilarikan oleh bekas suaminya.. Namun, asbab kejadian yg berlaku ini, beliau telah dapat bertemu kembali dengan anaknya (apabila terbaca nama anaknya dalam paper)..

Juga terbongkar rahsia di sebaliknya.. berlakunya projek yang menyebabkan hakisan tanah.. sedangkan kecerunan yang ada di bukit itu tidak membenarkan apa2 pembangunan pun dilakukan (melebihi 45 darjah kecerunan).

Juga baru diketahui bahawa Rumah Persatuan Anak-anak Yatim itu tidak mendapat permit dan tidak didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Hasilnya, PM telah mengarahkan siasatan mana2 rumah anak yatim yang tidak didaftarkan agar mendaftar dengan JKM untuk memudahkan pemberian bantuan dan pemantauan.

Mungkin ada yang berkata, kalaulah tak berlaku kejadian seperti ini, entah berapa banyak lagi pusat2 persendirian seperti ini akan mengalami nasib yg sama.. bahkan mungkin lebih teruk lagi spt kebakaran, banjir dsb. Semuanya berlaku dengan takdirNya.. namun, Allah juga menyatakan bahawa telah zahir kerosakan di daratan dan di lautan disebabkan tangan2 manusia juga.

Semoga peristiwa ini akan meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri kita dan mereka.. Agar kejadian seperti ini tidak berlaku lagi.

p/s: Adakah penggunaan browser IE menjadikan penulisan Ustaz Love semakin poyo??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

22 Comments

Add a Comment
  1. masalah APPCRASH tu ke?? saya pun pernah kena dulu..x ingat mcm mana nak selesaikan…cuba ustaz turn off firewall..@ security pc ustaz tinggi kot.. try adjust ke medium…

    maaf kalau ustaz x faham bahasa saya..memang luar biasa bahasa saya nih… 🙂

    1. Ustaz Love memang tak pernah on windows firewall.. sentiasa off..

      Kalau ada mana2 artikel yg bleh membantu, harap dapat bantu.. insyaAllah, Ustaz Love faham.. sbb Ustaz Love pernah jadi teknisyen komputer dulu.. jadi, bab hardware dgn software ni takde la susah sangat 😉

  2. berbalik kpd tajuk td…jom kita ramai2 ajak PM buat solat hajat kt stadium Bukit Jalil..agar dimamurkan negara Malaysia ini..biar PM sendiri jd imam….

    agak2nya boleh diterima x cadangan itu??

    1. bab solat hajat berjemaah ni khilaf.. ada yg kata sunat, ada yg kata bid’ah.. tapi Ustaz Love yakin, insyaAllah, PM kita tak pernah tinggal solat tahajjud setiap malam.. bukan senang nak memimpin negara ni 😉

      1. ye ke ustaz..kalau mcm tu alhamdulillah….semuga dilanjutkan usia PM kita sekarang…
        kan bagus kalau semua pemimpin mcm itu…pimpinan seperti ketokohan Sultan Muhammad Al-Fateh ketika menakhluk KOta contantiniah?? itulah sebaik2 raja dan sebaik2 askar…

        1. aminn..

          Ketokohan Sultan Muhammad al-Fatih memang susah nak cari.. tapi tak mustahil untuk diusahakan.. kalau ada pemimpin seperti itu, bukan setakat Costantinople, bahkan Baitul Maqdis pun bleh dibebaskan 😉

  3. Salam ustaz…tiga anak kecil dari tujuh yg bersemadi di satu liang lahad dalam kejadian ini, anak murid saya…dan berita yg mengatakan ibu tidak berjumpa anak selama 10 tahun kerana dilarikan suami..tidak benar sama sekali..budak itu juga anak murid saya dan ada cerita di sebaliknya…yang nyata, dia ditinggal sejak berumur dua tahun kerana ibu yang lari berkahwin lain…kami di sekolah semalam, masing-masing ‘meletup’ dengan berita itu…nnt bila ada masa, saya cerita di blog.

    1. jangan nak beri komen jika tak tahu kebenaran.. dia bukan lari kerana berkahwin lain.. bekas suami dia adalah penagih dadah dan kaki pukul.. kerana tak tahan ibu kandung tersebut lari.. dia seorang mualaf. ketika dia kembali untuk mengambil anak2nya.. dia telah dihambat dan dimaki dgn teruk.. jangan nak cerita ikut sedap hati tanpa mengetahui penderitaan si ibu kandung.. dan aida yang dikatakan ibu angkat adalah mak cik budak itu sendiri.. sudah beberapa kali dia cuba untuk ambil anak dia.. dan datang ke rumah tersebut tapi dihalau dan tidak dibenarkan berjumpa dgn anak sendiri.. sehinggalah bekas mak mertuanya meninggal sepuluh tahun yang lalu.. anak2nya telah dihantar ke titian kasih( rumah anak yatim) sebelum diserap masuk ke madrasah tersebut empat tahun yang lalu.. dan mereka yang mengaku ibu angkat tidak pernah sekali pun menjenguk anak mereka.. sehinggalah kejadian ini berlaku.. cikgu, penjaga dan pengetua madrasah tersebut menceritakan hal ini kepada keluarga ibu kandung mangsa..
      tetapi aida yang mengaku sebagai ibu angkat memang pandai berpura2 didepan media.. wang ehsan yang diberikan memang dia yang ambil.. ibu kandung tak ambil walau sesen pun.. dia cuma mahukan anaknya sahaja.. jadi kalau tak tahu cerita sebenar jangan nak menilau..

      saya adalah keluarga kepada ibu kandung..
      Alhamdulillah seorang mualaf dapat menjaga akhlak sebagai orang islam.. segala usaha dan doa dia dapat bertemu anaknya semula.. dia baru sahaja berkahwin pada tahun lepas 2010.. bukan lari kerana berkahwin lain

      1. alhamdulillah.. apa pun, yg penting, hikmah peristiwa runtuhan tanah ini, anak dan ibu dapat bertemu kembali. 😉

    2. Ya Allah.. ape yang ko tahu? \ape yang ko cube nak tulis dalam blog?ko yang jage dia? cube tanye tenaga pengajar dekat madrasah…dorang lebih ariff. lagipun..mungkin Cikgu Nurin mengajar bdk tu..cikgu ke yang menjaga dia?cikgu ade ke setiap kejadian yang berlaku dengan ibu dan anak tu?Tugas cikgu sungguh mulia,jangan ajar bende yang bukan2 plak. Bukan ke peranan cikgu mendidik….didik org jadi insan berguna,insan yang xmenambah2 cerita. Cikgu tak malu ke….. Cikgu ade ke mase ibu bdk tu kawen?cikgu nampak ke ibu tu lari rumah dgn laki. cikgu nampak ke semua yang berlaku…sampai nak blog kan cerita sebenar. kalau betul cikgu tahu semuanya…silalah blogkan. Saye pun nak tahu sejauh mane cikgu tahu mengenai budak ni. macam mane bdk2 sekarang nak hormat guru. Itu yang timbul mcm2 kes.. dulu2 punye cikgu..bdk2 hormat lebih dari ibu bapa. RENUNG2kanlah…

      1. sabar.. sabar.. kita cuma mencari hikmah secara umum.. bab khusus tu, biarlah mereka yg mengetahui saja yang membicarakannya.. 😉

    3. Salam cikgu..

      Ustaz Love cuma menyampaikan berita yg telah umum.. jika ada kesilapan, harap maafkan.. yg penting, point nya sampai.. iaitu pertemuan kembali ibu dan anak yang telah lama terpisah (tak kira la apa pun punca perpisahan itu) 😉

  4. xde kene mngene la ust antare ie dengan gaye penulisan ust.
    tetap maintain dan cool mcm selalu.
    sy pon ade dgr pasal tanah yg curam tu.
    tp xtahu banyak la .
    sebab dah lame x bace paper.
    hehe.

    1. betul tu kakjem.. begitu juga tak semua yg kita dengar daripada mulut orang itu adalah benar.. boleh jadi salah, boleh jadi benar, tapi bukan yg sebenar 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme