I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Cinta Antara Kita : Antara Penyelewengan Fakta

Salam…

Entry kali ni Ustaz Love nak buat review drama plak.. Drama yang agak fofular yang disiarkan di TV3.. Ustaz Love layan kat tonton.com.my.. kena bagitau awal2.. nanti jadi fitnah plak.. hehe (sbb waktu tu waktu orang nak solat Maghrib).

Ustaz Love takde la nak ulas jalan cerita.. sbb Ustaz Love bukanlah pengkritik filem / drama (walaupun Ustaz Love selalu dok kritik kalau jalan cerita ntahapahapantah).. Cuma kali ni, Ustaz Love rasa terpanggil untuk mengulas beberapa perkara yang pada pandangan Ustaz Love agak menyeleweng daripada situasi yang sebenar.

Ustaz Love nak cerita penyelewengan daripada sudut agama.. bukan la nak cerita pasal aurat ke apa, sbb bab tu memang dah out. Drama tu pun bukan drama Islamik.

Ustaz Love cuma nak sentuh beberapa perkara.. Ustaz Love rasa, lebih mudah kalau buat dalam bentuk point (senang nak ingat kalau ada masuk dalam exam nanti.. hehe)

1. Hubungan antara bapa luar nikah dan anak luar nikah.

Seperti yang Ustaz Love dah jelaskan dalam banyak entry2 sebelum ni, bapa luar nikah itu bukanlah wali dan tidak boleh dinasabkan kepada anak luar nikah. Apatah lagi kalau sang bapa luar nikah itu tidak bernikah dgn ibu kepada anak luar nikah itu.

Dalam drama tu, banyak kali Suria (lakonan Watie Elite), yang merupakan ibu kepada Aliyah (anak luar nikah, lakonan Puteri Sarah Liyana) memberitahu bahawa Aliyah itu adalah anak Johan (bapa luar nikah, lakonan Hairi Othman). Sedangkan Suria dan Johan hanya pernah berzina, tetapi tidak bernikah. Mungkin dimaksudkan sebagai bapa dari sudut biologi, namun dari sudut hukum, Johan itu bukanlah bapa kepada Aliyah.

2. Hubungan adik-beradik luar nikah.

Dania (lakonan Siti Elizad) yang merupakan anak Johan yang sah, digambarkan sebagai adik kepada Aliyah. Beberapa kali Aliyah mengungkapkan kenyataan “dulu kawan, sekarang Dania tu adik Aliyah”. Dan menganggap Jufri (lakonan Zain Ruffedge) yang merupakan kekasih Dania sebagai bakal adik iparnya.

Sekiranya Aliyah itu anak luar nikah, kemudian Johan berkahwin dengan Suria dan mendapat Dania, maka baru la boleh dikatakan Aliyah dan Dania itu adik beradik (seibu). Sebab anak luar nikah ini hanya bernasabkan sebelah ibu saja.

3. Pembahagian Harta Pusaka

Johan telah mati ditembak.. Sebelum tu, beliau dah sediakan wasiat. Maka Suria dan Aliyah mendapat bahagian yang agak besar dalam wasiat itu.

Perlu difahami di sini, bahawa wasiat itu tidak boleh melebih 1/3 daripada jumlah harta. Ini kerana, ia perlu mengambil kira bahagia bahagian untuk waris. Jika harta ada RM9 juta, maka hanya RM3 juta saja yg boleh diwasiatkan. RM6 juta lagi perlulah dibahagikan melalui jalan faraid kepada para waris.

Anak luar nikah tidak boleh mewarisi harta bapa. Hanya boleh menerima wasiat yg jumlahnya tak boleh melebihi 1/3.

4. Nafkah Anak Luar Nikah.

Oleh kerana Johan tak memelihara Aliyah sejak kecil, maka Suria (ibu Aliyah) diberikan RM1 juta sebagai balasan kerana menjaga Aliyah daripada kecil.

Menjaga anak luar nikah bukanlah tanggungjawab bapa luar nikah. Begitu juga memberi nafkah dsb. Apabila tiada ikatan nikah, maka tiadalah tanggungjawab2 yang tersebut. Sebab itu, akad nikah ini bukan semudah lafaz ijab dan qabul saja, tapi berkaitan dengan banyak tanggungjawab.

Maka, seorang lelaki yang berzina dgn seorang wanita, kemudian sibuk nak bertanggungjawab dengan mengahwini wanita itu, sebenarnya bukanlah lelaki itu saja yg perlu bertanggungjawab. Wanita itu juga kena bertanggungjawab.. sebab ianya suatu perzinaan (sukarela) dan bukanlah perogolan (secara paksa).. time sedap, sama2 seronok.. time bertanggungjawab, nak salahkan lelaki sorang..

Seperti biasa, Ustaz Love menyeru para pembaca agar menapis setiap maklumat yang kita dapat dalam drama / filem.. sebab bukan semuanya betul. Kena sahkan dengan ustaz / ustazah dulu.. Takut2 dianggap sebagai satu hukum agama yg dipegang sampai mati, sedangkan ianya hukum yg menyeleweng πŸ˜‰

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 Comments

Add a Comment
  1. salam ustaz…sy mmg suka bc entry2 ustaz…dan entry beginilaa yg sy tunggu2…drama skrg mmg dh byk menyeleweng..ikut kepala weng2 menulis skrip+director..asal citer nmpak sedap mata tgk..padahal dah jauh menyimpang..hukum agama letak tepi..tu tak kira lg citer2 hantu yg ntah apa2…

    1. salam awjan..

      kebetulan je Ustaz Love terasa nak mengulas.. sbb nak jauh sangat penyelewengannya.. πŸ˜‰

  2. Setuju dengan ustaz..walaupun sy tengok jugak drama tu, tapi memang banyak kemusykilan..Dah la anak tak sah taraf ber binti kan bapa luar nikah.. Ntah hape2 ntah..

    Buat drama ikut sedap je…Tak buat homework dulu..Hmm…dunia zaman sekarang.. drama tangkap muat =)

    1. menjadi tanggungjawab pengarah dan penerbit untuk melihat dulu skrip.. terutama yg membabitkan hukum-hakam agama.. tak boleh nak buat pandai2 sendiri πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme