I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Bersegera Ke Arah Kebaikan

Salam…

Ustaz Love dah malas nak letak muqaddimah memberikan pelbagai alasan disebabkan tak update entry, tak blogwalking, tak jawab komen dsb.. Ustaz Love rasa, pembaca blog Ustaz Love pun dah boring membacanya.. Senang cerita, kalau ada entry, ada la.. kalau takde, takde la.. Sbb mood Ustaz Love nak berblogging pun masih terumbang-ambing lagi..

Tapi Ustaz Love gagahkan diri juga untuk menulis.. kerana Ustaz Love pun tak pasti, berapa lama lagi usia blog ni akan bersiaran.. mungkin akan ditutup, mungkin akan terus terbuka.. Yang lebih pentingnya, tak tahu lagi bagaimana situasi penulis blog ini iaitu Ustaz Love sendiri.. entah panjang umur ke, pendek umur ke..

Ustaz Love agak tersentap bila menerima komen daripada diea (kembar kepada Bella Aldama) di shoutbox yang menyatakan bahawa seorang blogger yang terkenal iaitu telurdibasuh telah kembali ke rahmatullah pada 19 Mei (semalam) akibat jangkitan paru2.. Ustaz Love mengenali blogger ini (secara maya) melalui blog tubelawak.. blognya memang menghiburkan hati yg lara.. Tak sangka begitu cepat beliau kembali.. semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau..

Ustaz Love terfikir juga.. kalau diikut2kan kemalasan yg melanda, memang akan berhabuk la blog Ustaz Love ini.. walaupun masih lagi menerima kunjungan2 terutama daripada hasil carian ke atas keyword2 panas (spt keyword ustazah, shawl dsb), tetapi tanpa entry2 baru, Ustaz Love merasakan masih kurang sumbangan di situ.. dibandingkan dengan blog2 gossip dan politik yg sentiasa segar dengan entry2 baru..

Maka itu, Ustaz Love kena bersegera untuk update entry di blog ini sebelum habis ruang dan peluang.. agar manfaatnya akan dapat dikongsi sampai ke mati.. tapi kena berhati2 juga.. dalam nak bercepat2, kena ikut peraturan.. kena sentiasa alert dengan keadaan sekeliling (cermin sisi, cermin jangan pandang belakang dsb).. jangan terlalai.. jangan tergopoh-gapah.. agar kita sendiri selamat tiba ke destinasi.. bukannya sampai dalam keadaan calar balar akibat kemalangan.. apatah lagi kalau membabitkan kematian terhadap orang lain..

Faham ke tak anekdot yg Ustaz Love bagi ni? hehe πŸ˜€

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 Comments

Add a Comment
  1. salam ustaz..
    lepas ni nak semak balik isi blog. delete apa yg patut.takut juga..mana tahu blog akan terbuka dan tak sempat di tutup.
    peringatan yg baik ustaz. πŸ™‚

    1. salam najah..

      terima kasih kerana masih setia membaca blog Ustaz Love.. doakan semoga Ustaz Love akan semakin rajin.. lebih rajin daripada dulu πŸ˜‰

  2. Sangat faham dan agar kefahaman ini dapat diperpanjangkan, malam esok pekena mee sup lepas taklim akhir bersama mungkin ada manfaatnya.

    1. As salam jiejah..

      selamat mendarat.. insyaAllah, doakan Ustaz Love untuk terus istiqamah πŸ˜‰

  3. dlu ustaz salu wat 2 3 entri dlm 1ari…penat gak nk bace satu2 entri ustaz…kang lau xbace rase rugi lak…lau 1hari 1entri sy rase da cukup kot…tp terpulang pd ustaz….sy tukang bace jek…janji ustaz update…=)..

    1. Dulu Ustaz Love agak komited dengan blog ni.. jadi, tak sanggup nak biarkan soalan2 tanpa jawapan, mahupun komen2 tanpa balasan.. cuma sejak dua menjak ni, komitmen terpaksa dialihkan ke arah perkara lain yg lebih penting..

      Penat baca takpe.. jangan nak termuntah bila baca dah le.. πŸ˜€

  4. salam ustaz…

    macam soalan kakjem tuu..
    knp?why? tell me now..wahh speaking london lak dgn ustaz..hihi
    jangan macam tu…teruskan usaha murni ustaz mantopkan lagi n3 yg manfaat…maintainkan selit serba sedikit lawak ustaz yg mencuit hati sy…orng lain tak tau ler.dan sy adalah salah sorang pembaca setia blog ustaz tauu..

    (apekah kerana atehqshe..kureng suda singgah n komen di sini…uhukk(perahsantan )

    1. salam ateh..

      insyaAllah, Ustaz Love akan cuba sekadar kemampuan.. sebab hidup ini tak selalu indah, langit tak selalu cerah.. ada masanya kita terlalu lapang, ada masanya terlalu sibuk πŸ˜‰

  5. salam ustaz , kadang2 kita tk boleh menghambakan diri pada blog menulis , blogwalking , ikut mana sempat je lah banyak lagi urusan luar nk di buat , tapi ustza update sekali sehari atau 2 kali sehari dah ok ! sbb ustza dah ada pembaca tetap kan ..

    1. salam puanbee..

      takde la sampai menghambakan diri pada blog.. cuma rasa tanggungjawab untuk menulis.. itu saja..

      pembaca setia pun bleh lari kalau blog penuh dengan belukar πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme