I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

16 Mei : Selamat Hari Guru

Salam…

Esok adalah 16 Mei.. Sebab hari ni 15 Mei.. Maka dah tentulah semalam adalah 14 Mei.. Hari ni mahupun semalam, takde apa2 sangat yang istimewa. Tapi esok merupakan hari yang amat istimewa bagi warga pendidik iaitu para guru dan cikgu-cikgu..

Oleh kerana ada di kalangan pengunjung setia blog Ustaz Love (spt Cikgu Azryn, Cikgu Nurin dll) merupakan blogger dan juga guru, maka Ustaz Love ingin mengucapkan “Selamat Hari Guru” kepada mereka dan juga yang seangkatan dengan mereka.

Ustaz Love takde benda nak kongsikan berkaitan profesyen perguruan ni.. cuma nak berkongsi pengalaman saja..

Ustaz Love tak pernah jadi guru.. hatta guru sandaran mahupun guru tersandar.. Cuma pernah la mengajar tutorial untuk subjek elektif agama kat sebuah U (masa Ustaz Love kerja kat situ). Waktu tu Ustaz Love muda lagi.. janggut pun sehalus bulu jagung je.. dan anak murid pun ada yang sebaya dengan Ustaz Love.. kiranya pengalaman pertama mengajar la..

Kelas tu tak ramai sangat.. mungkin sbb pelajar2 kat situ tak minat nak amik subjek elektif agama yang nampak secara zahir mcm takde masa depan.. berbanding dengan kelas elektif lain spt brass band (pancaragam), kadet dsb.. Pelajar kelas Ustaz Love ramai pempuan.. lelaki ada la 2 3 orang..

Ada sorang pelajar Ustaz Love yang selalu sms Ustaz Love bertanyakan soalan.. tapi Ustaz Love tak tahu pun siapa beliau kerana beliau menggelarkan diri sebagai secret admirer.. makanya, setiap kali Ustaz Love masuk kelas nak mengajar (kelas subjek elektif biasanya seminggu sekali) hati ini akan berdetak dengan lebih kencang.. maklum la, ada secret admirer yang sedang memerhatikan Ustaz Love mengajar.. Ustaz Love plak mengajar subjek “Kekeluargaan Islam” walaupun masa tu masih belum berkeluarga lagi.

Tetapi, sepandai2 katak melompat, ternyata hanya katak yang mempunyai kaki saja yg mampu melompat.. sedangkan katak yg masih bersirip (berudu) sekadar mampu berenang2 di tepian kali saja.. beliau terkantoi bila mengatakan beliau kenal kawan Ustaz Love.. walaupun dah kantoi, tapi Ustaz Love buat macam takde apa yg berlaku (maklum la, saham tengah naik harga masa tu.. kihkih)..

Bila tiba Hari Guru, Ustaz Love akan dapat banyak kad dan hadiah.. ada yang bawak rambutan daripada kampung semata2 nak bagi kat Ustaz Love.. terharu sungguh.. paling terharu bila ada seorang tu bagi hadiah kek, lepas tu ajak Ustaz Love kahwin.. nak terberak rasanya bila membaca kad yang disertakan bersama kek itu.. lantas Ustaz Love bagi kek tu kat bos Ustaz Love yang dah nak pencen.. risau plak nak memakannya..

Apapun, pengalaman mengajar memang akan sentiasa menjadi kenangan manis sepanjang hidup Ustaz Love.. walaupun cuma 2 tahun je mengajar, tapi penuh dengan kisah suka duka.. dan Ustaz Love juga mendoakan agar mereka2 yg sempat belajar dengan Ustaz Love dulu beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat. πŸ˜‰

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

34 Comments

Add a Comment
  1. salam~
    wah..pengalaman yang menarik ya Ustaz Love..~
    jadi cikgu ketika muda..urmm mmg banyak secret admire”
    (sebab najah pown pernah jd antra secret admire seorang cikgu masa sekolah dulu)

    1. salam najah..

      itu adalah pengalaman biasa bagi cikgu2 lelaki.. cikgu2 pempuan plak, jarang sbb budak2 lelaki masih belum matang lagi.. budak pempuan matang awal πŸ˜€

  2. salam..
    guru terawal dalam hidup kita adalah kedua ibu bapa kita
    jadi hormatilah mereka kerana tanpa mereka siapalah
    kita di dunia ini..entahkan bersekolah pun tidak kan..?

    1. Salam bro zul..

      Guru mengaji pertama Ustaz Love adalah arwah mak dan ayah Ustaz Love.. tanpa pengajaran daripada mereka, mungkin Ustaz Love akan menjadi sebahagian daripada mereka2 yg tak mampu nak mengaji.. ataupun masih merangkak2 membaca al-Quran πŸ˜‰

        1. takde la bermanfaat mana pun.. benda2 biasa je.. tapi yg biasa itu yg selalu kita terlupa πŸ˜‰

  3. salam..
    tanpa guru buta huruf lah kita
    note RM 50 ingatkan note RM 1
    tak ke haru dan rugi…????
    SELAMAT HARI GURU buat
    semua warga guru..
    πŸ™‚

    1. wahh.. sebonet tu.. tapi Ustaz Love takde pengalaman sebonet tu.. sbb masa mengajar tu, Ustaz Love masih lagi kayuh basikal.. perut pun six pack lagi masa tu πŸ˜€

  4. Tak pernah dengar perumpamaan ni. sepandai2 katak melompat, ternyata hanya katak yang mempunyai kaki saja yg mampu melompat.. sedangkan katak yg masih bersirip (berudu) sekadar mampu berenang2 di tepian kali

    Pandai ustaz Love buat kelakar.Tkasih atas ucapan Hari Guru tu ye… =)

    1. Perumpamaan tu rekaan je semata2.. takde kena mengena dengan katak yg masih hidup mahupun yg telah mati katak πŸ˜€

  5. salam ustaz…

    cikgu/guru …umpama lilin
    sanggup membakar diri
    untuk menerangi insan lain..
    SELAMAT HARI GURU..

    woww..dulu2 ustazlove hot yerr..
    sekarang dh cool..knp?
    sy rase sekarang lagi hot dan fofular ..betul takk hihi..

    1. takpe la.. mencegah itu lebih baik drp mengubati.. dah rejeki Ustaz pencen tu.. hehe πŸ˜€

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme