I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Zakat Perniagaan Online

Salam…

Ustaz Love menerima pertanyaan daripada seorang blogger iaitu cikzsmile berkenaan zakat perniagaan :

assalamualaikum ustaz
nice entry
ada satu pertanyaan nie
kalo kita ada bisnes kecil-kecilan di rumah mcm jual kuih ke jual kek ke
kita kena bayar zakat tak?
sy baru lepas SPM dan baru mula berniaga ckit2 je.

Zakat perniagaan ni hukumnya wajib jika menepati syarat yang mewajibkan zakat.. Jadi, bagi sesiapa yg berniaga secara online atau konvensional, perlu meneliti sama ada mereka layak untuk kewajipan berzakat ataupun tidak..

Syarat wajib zakat perniagaan :

1. Islam

2. Sempurna milik (hak milik mutlak)

3. Merdeka

4. Cukup haul (genap setahun perniagaan)

5. Cukup nisab (sampai kadar yg diwajibkan zakat)

Berkenaan dengan pertanyaan cikzsmile, 2 perkara akhir (cukup haul dan nisab) itu yang perlu diperhatikan.

Jika perniagaan yg dijalankan oleh cikzsmile belum cukup setahun, maka tak perlu bayar zakat. Jika cukup setahun, maka perlu tengok nisab pula.. sama ada cukup atau tak masa akhir tahun tersebut.

Kadar nisab yang mewajibkan seseorang itu dikenakan zakat perniagaan adalah bersamaan 85 gram emas iaitu bersamaan dengan RM10,300 (kalau tahun 2009 dulu, nisab cuma RM8,000.. cepat betul naik.. ini kerana harga emas dah semakin tinggi). Jadi, jika aset ditolak liabiliti semasa (bil, hutang2 dsb) dan mencapai atau melebihi RM10,300 maka perniagaan itu wajib dikenakan zakat. Kalau setelah tolak liabiliti semasa, tak mencapai jumlah nisab iaitu RM10,300 maka tak wajib bayar zakat..

Kadar zakat jika wajib dibayar adalah 2.5% daripada baki bersih (aset semasa – liabiliti semasa)

Contohnya.. untuk buat kek, perlukan mesin pembancuh, ketuhar pembakar dan pelbagai peralatan. Katalah 1 Januari 2011 cikzsmile telah mula berniaga.. kemudian pada 31 Disembar 2011, setelah dikira nilai aset semasa, jumlah duit di tangan, jumlah duit di bank, jumlah orang yang berhutang dengan cikzsmile dsb.. kemudian ianya melebihi RM10,300, maka wajib zakat.

Contoh lagi :

Aset Semasa : RM15,000

Liabiliti Semasa : RM1,ooo

Jumlah bersih : RM14,ooo

Maka, RM14,ooo itu adalah melebihi kadar nisab iaitu RM10,300. Maka wajiblah dibayar zakat. Kadar yang dikenakan adalah 2.5% daripada RM14,000 = RM350.

Harap2 dapatlah memahaminya.. Ustaz Love bab2 angka ni memang fail kalu nak terang.. hehe πŸ˜€

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 Comments

Add a Comment
  1. assalam…nak tanya..sekarang ni ramai orang niaga online..tudung online lah..kain baju online lah..kalau mengikut entry ustaz, kena zakat niaga2 ni mengikut syarat2 itu tadilah..

    di sini nak tanya,kalau perniagaan online itu adalah dropship..kiranya,dia cari pelanggan, untung barang tu dia sendiri tetapkan, kiranya dia beli dengan harga yang telah ditetapkan oleh syarikat itu dengan harga yang lebih murah dan menjualnya semula dengan harga yang lebih tinggi, dan pengeposan dilakukan oleh syarikat itu..dia cuma cari pelanggan, bukak fb untuk promo barang2 tu, dan layan pelanggan..

    tapi syarikat itu ada menetapkan syarat, kena bank in katalah rm1k dapat la murah rm1 each barang, bank in rm2k, dapat murah rm2 each barang..

    contoh..Ali bank in rm2k ke syarikatmurah.com. maka beliau akan dapat potongan rm2 setiap barang..

    maka, baju rm25 akan jadi rm23..Ali jual barang ini pada harga rm35. dan caj pos adalah rm6. maka, pelanggan bank in duit rm41, dan syarikatmurah.com pun pos baju itu ke alamat pelanggan.

    macam mana tu ye ustaz..perlu zakat tak? adakah ini terletak pada syarat sempurna milik iaitu hak milik mutlak? memandangkan bisnes itu di cuma jadi agen dropship seperti yang di jelaskan di atas

    1. Agen dropship dikira mcn org mkn gaji sbb perniagaan itu bkn miliknya.. Beliau cuma ambil komisen jualan saja. Dia hanya kena keluar zakat pendapatan jika cukup haul dan nisabnya..

  2. Maaf, saya baru nak mula berniaga. Jadi kurang faham dengan istilah aset semasa dan liabiliti semasa. Boleh tolong jelaskan dengan detail contoh-contohnya? Adakah aset semasa itu termasuk modal dan keuntungan? Perbelanjaan harian adakah termasuk dalam liabiliti semasa atau hanya yang bersangkut dengan perniagaan sahaja? Terima kasih..

  3. Jika peniaga mempunyai hutang PTPTN, bolehkah ia dikira sebagai liabiliti semasa serta ditolak dari zakat perniagaan? Bagaimana pula dengan zakat pendapatan? Adakah pemilik perniagaan tersebut perlu membayar zakat pendapatan daripada keuntungan yang diperolehi hasil dari perniagaan itu?
    Harap dapat menjawab persoalan saya. Terima kasih.

  4. salam, nk tanya..zakat perniagaan ini bolehkah kita terus bagi kan kepada 8 golongan yang layak itu?

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme