I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Zahirnya.. Hakikatnya…

Salam…

Lama dah Ustaz Love nak buat entry macam ni.. entry yang berlawanan maksudnya.. kira ni baby entry la untuk jenis yang macam ni.. Tujuannya supaya kita memahami hakikat yang sebenar di sebalik benda yang kita nampak secara zahir.. Juga untuk membuka pandangan daripada beberapa sudut berbeza.. Berbanding memandang dengan pandangan yang sempit (jumud)..

Pehh.. sekali muqaddimah panjang la plak.. Kita teruskan dengan isinya plak..

1. Zahirnya kita nampak orang kaya tu hidup senang, gembira, bahagia.. takde susah.. Hakikatnya mereka juga manusia biasa.. ada masanya bersedih.. yang mana kesedihan mereka itu mungkin tak mampu ditanggung oleh orang miskin.. contohnya kesedihan akibat perebutan harta di kalangan ahli keluarga.. dalam keluarga orang miskin, takde apa yang nak direbutkan..

2. Zahirnya, orang miskin itu nampak susah dan melarat.. hakikatnya, hidup mereka bahagia dan senang.. nak ke mana2 tak perlu nak risau orang culik ke, mintak tebusan ke, kena rompak ke..

3. Zahirnya kita nampak orang besar (gemuk) itu malas nak bergerak, banyak penyakit, kuat makan dan banyak lagi benda2 negatif.. hakikatnya orang besar itu hatinya baik.. cakapnya lembut.. malah kadang2 lebih rajin daripada orang kurus.. cuma kalau yg jenis poyo, memang susah sket la..

4. Zahirnya kita nampak orang kurus itu mudah dibuli, digertak dsb.. hakikatnya ramai orang kurus yg belajar seni mempertahankan diri.. sila gertak, kepala tu yg retak..

5. Zahirnya orang baik itu disenangi orang, tak buat masalah, memudahkan orang dsb.. hakikatnya ramai juga yang tak suka orang baik ni.. terutama orang2 yg hatinya masih ada sedikit unsur2 kejahatan..

6. Zahirnya orang jahat itu menyusahkan, menakutkan dsb.. hakikatnya mereka juga manusia biasa.. ada unsur2 kebaikan yang kita tak pernah ketahui..

7. Zahirnya orang berpangkat itu nampak berkuasa, digeruni, dihormati dsb.. hakikatnya, tanpa orang bawahan, tiadalah maknanya kuasa yg besar itu..

8. Zahirnya orang kafir itu nampak berjaya di dunia dengan kekayaannya, pangkatnya, jawatannya dsb.. Hakikatnya, jika beliau tak memeluk Islam sebelum mati, maka beliaulah orang yg paling gagal di akhirat nanti..

Cukup la dulu 8 point.. nanti tambah lagi sikit2.. 😀

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Comments

Add a Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme