I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Wuduk : Macam-macam Ada

Salam…

Ustaz Love solat Jumaat kat masjid tadi (memang la kan.. takkan solat Jumaat kat rumah plak). Tapi agak terlambat sebab terperangkap dalam kesesakan lalulintas. Jadi bila sampai je, dah masuk khutbah kedua. Kebiasaannya khutbah kedua ni tak panjang. Sekejap je bilal dah iqamah. Maka kelam-kabut la Ustaz Love dan geng2 yang datang lambat ke masjid mengambil wuduk.

Kalau Ustaz Love sorang je yg lambat, ok la lagi nak amik wuduk. Ini ramai plak yang datang lambat. Mungkin habiskan masa kat kedai2 tepi jalan kot.. Makan2 dulu.. cuci2 mata dulu.. bila dah khutbah kedua baru kelam-kabut nak ke masjid. Bila dah ramai, maknanya nak amik wuduk pun kena la beratur..

Sambil beratur, Ustaz Love pun perhati la orang2 depan Ustaz Love amik wuduk. Macam2 cara ada. Tapi Ustaz Love tak nak la bagi contoh yang pelbagai tu. Mazhab Ahlus Sunnah pun ada 4. Dalam mazhab Syafie pun ada macam2 imam ikutan.. itu belum lagi yang takde mazhab.. juga yang menyimpang daripada mazhab.. mcm2 ada..

Cuma Ustaz Love sempat perhati 2 3 orang yang nak cepat amik wuduk, maka ada yang basuh tangan tak sampai ke siku, ada yang basuh muka main campak2 air.. ada yang basuh kaki, tapi tumit tak kena air..

“Celaka bagi tumit-tumit (yang tidak kena air) dari siksaan api neraka” (HR. Muttafaq ‘Alaih)

Bukan setakat tumit saja, bahkan mana2 anggota wuduk (muka, tangan, kepala, kaki) yang tak sempurna wuduknya, maka akan menyebabkan wuduk tak sah. Jika wuduk tak sah, maka solat pun jadi tak sah.

Sebab itulah, walaupun bab bersuci ke, bab amik wuduk ke.. merupakan bab basic, tapi jangan malu2 untuk buat ulangkaji.. Sbb kalau yg basic tak lepas, maka yang ranting2 dan cabang2 juga susah nak lepas.

Kadang2 orang kita ni suka benda yg ekspres. Nak belajar, terus nak dapat Phd, tak nak amik diploma dulu ke, ijazah pertama dulu ke.. tak kisah la Phd beli ke.. kalau berblogging, terus nak buat kontroversi supaya cepat popular, tak peduli dah nak belajar dulu daripada awal, mulakan dari bawah.. bahkan kalau masuk bab agama pun, terus nak jadi ulamak.. cop ustaz tu salah, cop ulamak ni tak betul.. sedangkan bab bersuci pun tak lepas lagi..

Bila kita mahir yang asas, maka datanglah seribu persoalan cabang pun, kita boleh selesaikannya. Kalau sifir pun tak hafal, mcm mana nak selesaikan algebra, ye tak? πŸ˜‰

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

21 Comments

Add a Comment
  1. saya kecewa….. kecewa … dan kecewa…
    belum lagi masuk tang, ramai kaum muslimin yang bermusafir di shopping complex dan kedai2, waktu solat jumaat…

    1. lelaki mahupun wanita, sepatutnya ketika khutbah dan solat Jumaat dilakukan, macam tak kena berada di shopping complex atau restoran.. lelaki sepatutnya berada di masjid, begitu juga wanita sepatutnya berada di musolla. πŸ˜‰

  2. Salam ustaz..lame dh tnggu entry terbaru dr ustaz Love..
    =)

    urm..nenek najah pown sllu pesan..mase wudhuk 2,wat btol2x..dye soh najah gsok2x kat clh2x jari tngn n kaki..
    kdng2x dye chek..tangn cucu2xnye nie basah x smpi kesiku
    telinga pown same..kire semuanyee la..
    =)

    lgpn wudhuk merupakan knci solat..wudhuk yg xsmpurna .maka solat kita bagaimana..

    1. Salam najah..

      terima kasih kerana setia membaca penulisan Ustaz Love kat blog ni.. maaf sbb lama menunggu..

      hukum bersuci ni memang benda asas dalam ibadah.. sbb tu kebanyakan kitab2 fiqh akan membicarakan ttg persoalan bersuci pada awal2 bab lagi.. sbb ia berkait rapat dengan soal sah tak sah sesuatu ibadah terutama solat. orang2 tua dulu yg memahami kepentingan bersuci ni sangat menitik beratkan persoalan ni. berbeza dengan kita zaman sekarang.. asal nampak muka dengan tangan basah, kita rasa cukup sempurna dah. πŸ˜‰

  3. bila ust citer bab solat jumaat ni,betul ke apa spt mana yg kakjem tahu apabila kita solat tanpa mendgr khutbah maka x sah solat tu???

    1. tak betul tu, kak jem.. sekalipun tak sempat dengar khutbah, solat Jumaat masih sah (jika menepati syarat sah solat).

      Yang tak sah solat Jumaat tu sekiranya imam terlupa nak berkhutbah, terus angkat takbir mengimamkan solat Jumaat.. sbb syarat sah solat Jumaat adalah kena didahului dengan 2 khutbah. πŸ˜‰

      1. Salam

        Tapi kn ustaz, saya ada terbace la dalil ke, hadis ke ape.. Lupe. Bunyi mcm ni…

        “Bila khatib dah naik ke mimbar, para maialikat menutup buku catatan kehadiran ke masjid & malaikut turut mendengar khutbah”

        Jadi yg dtg selepas khatib dah naik ke mimbar, tetap sah jumaat, cuma pahala jumaat tu tak dapat.

        Komen la ustaz πŸ™‚

    1. kepelbagaian mazhab bukanlah isu negara, tapi isu agama.. sbb dalam agama itu sendiri ada pelbagai cara untuk melakukan sesuatu ibadah.. dan kepelbagaian tafsiran serta ijtihad menghasilkan kepelbagaian mazhab.

      Walaupun Malaysia bermazhab Syafie, namun dalam mazhab Syafie juga terdapat pelbagai pendapat πŸ˜‰

        1. majoriti di sebelah nusantara (termasuk Malaysia, Indonesia, Brunei, Thailand dsb) bermazhab Syafie

          1. Salam ustaz love :).. kalau dlm wuduk buat 3 kali basuh muka tapi 1 kali je basuh tangan boleh ke?

          2. Salam ikhwan..

            boleh, takde masalah.. tapi hukumnya makruh, kerana yg sunat itu melakukan basuhan 3x pada setiap anggota wuduk πŸ˜‰

  4. salam. ustaz. saya bekerja di kilang dan banyak berkaitan minyak,habuk, debu cat, dan kotoran yang lain. jadi agak sukar untuk saya hilangkan segala kotoran dengan sempurna. pasti terdapat sisa kotoran pada jari, terutama celahan dan kesan kotoran yg melekat pada jari. bagaimanakah solat saya jika saya tetap teruskan?

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme