I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Will U Marry Me?

Salam..

Makin menjadi2 Ustaz Love dengan entry2 cinta ni.. Agaknya inilah kesannya menggunakan nama “Ustaz Love”.. akhirnya terjebak dengan entry2 percintaan ni.. Tapi entry kali ni, bukan semata2 berkaitan cinta, bahkan lebih daripada itu, ia berkaitan dengan soal perkahwinan.

Ayat di atas merupakan ayat yang sangat femes di seluruh dunia apabila seorang lelaki ingin melamar seorang wanita untuk dijadikan isteri. Dengan gaya duduk melutut, sang lelaki akan menyarungkan cincin sambil mengucapkan “will u marry me?”

Sang wanita pula dengan tersenyum2 sambil mata berkaca2 akan mengucapkan “yes”.. lepas tu berlaku la adegan peluk2 dan cium2.. itu kalau dalam budaya Barat la.

Namun, budaya ni dah semakin menular dalam masyarakat Melayu (orang Melayu memang suka meniru benda tak elok ni). Amalan merisik dan meminang telah dipandang sepi.. digantikan dengan amalan baru, duduk serumah sekian lama, lepas tu baru nak “will u marry me”..

Adakah budaya Barat saja yang dianggap romantis? Bagi bunga, dinner, dating, birthday party, anniversary dsb dianggap sebagai amalan romantis? Kalau lelaki tak buat, maka dianggap tak romantik?

Sekarang ni dah ada satu jenis iklan makan aiskrim yang semakin nak membudayakan dan membiasakan pasangan2 yang belum bernikah ini untuk terlibat dalam amalan yang terlarang. Apalah ertinya makan aiskrim, kalau ianya bakal menjadi buah mulut (Ustaz Love pasti akan tergelak tengok gelagat lelaki yg menutup mulut itu) dan membuatkan keluarga berasa malu?

Sebab itu Ustaz Love selalu berpesan agar jangan galak sangat.. Jangan fikir pasal diri sendiri tanpa memikirkan perasaan keluarga.. bercinta memang indah, tapi tak perlu sampai nak jadi mcm suami isteri..

Kalau betul nak berpasangan, sila bawak rombongan meminang.. Kalau masih belum layak lagi untuk bernikah, sila la kawal perasaan πŸ˜‰

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

26 Comments

Add a Comment
    1. kalu lelaki yg ucap, bleh tahan lagi.. kalu pempuan yg ucap (dlm keadaan perut buncit), memang payah.. πŸ˜€

  1. saya suka statement yg bawah skali tu,

    klw berul nk berpasangan, sila bwk rombongan meminang..klw masih blom layak lg untuk bernikah, sila kwl perasaan..

    haha

  2. hehehe , amalan-amalan yg mcm ni semakin menular kot dlm org islam. hehe. klu tak buat mcm tu , takut di kata nya “kolot” , haih mcm2 kan. hehe

      1. suami isteri pun tak perlu nak tunjukkan kemesraan di luar rumah.. cukup kat dalam rumah πŸ˜‰

  3. Assalam.. ustaz… betul tuh kalau belum bersedia .. maknyernyer lom layak berkahwin… nie idak.. pakaian dalam pon mak bapak yang belikan lagi dah mengatal2 nak kawen dan declare nie laki saya nie bini saya.. mcm dah jadi budaya plk skrg nie…

    Layanzzz ajer

    1. As salam Abd Karim..

      begitulah dunia.. yg halal rasa tak sedap, yg haram tu terasa nikmat πŸ˜‰

  4. Suatu ketika dulu, Sebagai seorang wanita perkataan seperti itu begitu indah utk di dengar. Itu tandanya pasangan ada kesungguhan utk memiliki kita.

    1. memang seronok dengar.. tapi tak sesuai dengan uruf (adat) Melayu.. kalau nak beli barang, kena la beli dari penjualnya.. kalau nak kahwin dengan anak orang, kena la mintak dari walinya πŸ˜‰

  5. iklan makan aiskem?100% nek meluat..asa mcm nak balng ajer remote control kat diaorng..kalu la si penonton ley masuk dlm tv bg salam kat diorng,huhu..agak2 apa respon diorng?.. :D(tetiba ketawa sensorng) idea nak melalut seng ajer dtg..huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme