I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Usop Wilcha : Ikon Komedi Generasi Baru

Salam…

Sambil2 makan tadi, Ustaz Love dengar berita kat radio Sinar.fm.. Penyampai berita mengatakan bahawa Usop Wilcha menjadi keyword carian paling popular di Google Search.. mengatasi keyword Miera Liyana dan Tsunami di Jepun.. Hebat ke Usop Wilcha ni? Sampaikan dah menjadi sindrom kegilaan kepada rakyat Malaysia.. segala ayatnya ditiru.. dengan gaya tubuhnya.. dengan gaya cakapnya..

Kenapa ayat popular Nabil “Lu pikir la sendiri” yg suatu masa dulu sangat popular meniti di bibir2 rakyat Malaysia, hatta penceramah2 agama pun selalu guna ayat tu.. Tapi, sekarang sudah tidak lagi..

Usop Wilcha tidak popular dengan kehenseman ke, dengan gossip2 liar ke.. tapi kemunculan beliau dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) sebenarnya telah menenggelamkan ikon utama filem itu, iaitu Kak Limah itu sendiri.

Gaya lawaknya amat bersahaja.. Takde unsur2 lucah.. dan penggunaan loghat bahasa Perak memang memikat telinga mendengarnya.. masa kat filem Zombie Kampung Pisang dulu, lakonannya tak berapa menyerlah sangat..

Sebenarnya, Ustaz Love bukan nak ulas kisah hidup beliau atau apa ke.. cuma tertarik dengan watak sengal yg beliau bawak.. sedangkan di luar filem, beliau merupakan seorang Pengurus Komunikasi Korporat di syarikat Tanjung Offshore Berhad.. bermakna, beliau merupakan seorang yang berpendidikan tinggi dan juga seorang yang berstatus tinggi dalam masyarakat.

Teringat Ustaz Love pada karakter Mr. Bean.. beliau merupakan seorang terpelajar dan merupakan pensyarah universiti..

Cukuplah Ustaz Love boleh katakan, yg mereka berdua ini mempunyai persamaan.. iaitu pelawak genius.. yang mampu menarik perhatian orang (satu dewan angkat tangan ala2 Usop Wilcha masa ABPBH) tanpa memerlukan lawak2 yg membodohkan penonton, lawak lucah dan lawak2 tahap rendah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 Comments

Add a Comment
    1. orang memang suka meniru.. dalam periksa, copycat blog, plagiat tesis.. tapi peniruan perlakuan usop wilcha ni dah jadi satu fenomena.. sampai satu dewan dok ikut gaya beliau πŸ˜€

  1. Betul tu ustaz love,,saya ni dah ‘TER’ minat ngan usop wilcha ni..hehehehee….

    Ustaz saya ade anta email..nak tanye sesuatu ngan ustaz..bleh?

    1. hehe.. beliau memang berbakat dalam komedi.. walaupun bermula dengan bidang nyanyian..

      Ustaz Love dah jawab e-mail chipcoklat πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme