I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Tutorial Pindah Domain : Kenapa Perlu Ada Domain Sendiri?

Salam..

Hari ni, Ustaz Love nak letak kopiah kat tepi.. nak pakai topi koboi jap.. Sebab nak buat entry yang takde kaitan dengan bab agama.. hehe.. acah je..

Sebenarnya, Ustaz Love nak buat tutorial cara nak pindah domain.. Sebab ada permintaan.. Walaupun Ustaz Love bukanlah orang yg selayaknya untuk memberikan tutorial ni, tapi disebabkan ada permintaan khusus, maka Ustaz Love cuba buat jugak la.. Berdasarkan ilmu yg sedikit (masa jadi teknisyen dan webmaster dulu).. Kalau ada sesiapa yang nak tambah, boleh berkongsi di ruangan komen.. InsyaAllah, mana2 yg ok Ustaz Love akan up kan jadi entry dan bagi backlink..

Sebelum membeli domain, beberapa perkara harus diteliti.. Ustaz Love pun amik masa dekat 6 bulan gak berfikir dan berkira2 untuk membeli domain dan hosting yg khusus untuk blog Ustaz Love ni (walaupun dah pernah ada beberapa domain sebelum ni). Jadi, kena tentukan dulu keperluan, jangan ikut2 orang.. nanti kita plak yg menyesal..


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Bagi yg belum memahami apa itu domain, domain itu adalah satu… alahh… susah plak nak terang bahasa teknikal ni.. hehe.. Ustaz Love bagi penerangan cara mudah je la.. domain tu yang macam ustazlove.com, google.com, heartbeat.my.. iaitu suatu alamat (address) bagi sesuatu laman web..

Hosting plak adalah tempat kita menyimpan data2 laman web / blog kita.. gambar ke, entry ke.. kiranya mcm hard disk kat sesuatu server la..

Ustaz Love sebelum ni menggunakan free domain (ustazlove.blogspot.com).. tapi selalu sangat menghadapi masalah teknikal.. tak bleh nak masuk ke dashboard, tak bleh nak tulis entry, tak bleh nak upload gambar dsb.. Time semangat nak buat entry, bila berlaku masalah teknikal, maka ia menjejaskan semangat itu.. seterusnya mempengaruhi idea yang kita nak tulis.. Mungkin sesetengah blogger ada buat rangka (point2) sebelum menulis entry.. kira ok lagi.. berbanding Ustaz Love, Ustaz Love cuma menulis apa yg terlintas di fikiran. Bila berlaku masalah teknikal itu, dalam sibuk nak selesaikan masalah tu, idea pun dah semakin kabur.. Akhirnya nak tulis lain, jadi lain.

Bila guna free webhosting, kita tertakluk dengan syarat2 yg dikenakan oleh penyedia domain. Suatu masa dulu (masa tu Ustaz Love buat website guna bahasa html lagi).. kebanyakan free webhosting tak membenarkan kita menyimpan file system (.exe), file lagu dsb. Nak buat form “contact us” atau “guestbook” pun terpaksa guna aplikasi webhosting lain spt braveheart.. Mcm blogspot dan wordpress untuk aplikasi blog pun ada limit2 tersendiri.

Pernah berlaku pada beberapa blogger spt Mama Zharfan, tiba2 blog hilang tanpa dikesan. Nasib baik boleh dapatkan balik.. kalau hilang mcm tu je, mcm mana? Habis segala titik peluh dan air mata hasil penulisan blog.. (Mama Zharfan pun dah pakai domain sendiri)..

Selain itu, jika menggunakan free webhosting, page rank kita lambat nak naik.. dan untuk capaian Google pun lambat nak dapat.. ini menyebabkan kita kerugian trafik hasil carian keyword.. sbb lelabah laman (webcrawler) Google lebih cepat untuk mengesan kata kunci daripada laman web yang menggunakan webhosting berbayar.

Percaya atau tak, blog Ustaz Love walaupun UV setakat 300 je sehari, tapi alexa rank telah meningkat ke 160,860.. Semuanya bila Ustaz Love mula menggunakan webhosting sendiri.

Bila menggunakan webhosting sendiri, alhamdulillah setakat ni tiada masalah dari segi teknikal.. nak posting entry ke, nak letak gambar ke, nak letak file download ke.. Yang paling penting, trafik Ustaz Love telah meningkat hampir 100% sejak menggunakan webhosting sendiri.

Dan yang paling penting, kita boleh tentukan bila hayat blog kita akan tamat.. Atau berterusan sampai kiamat (kalau hidup lagi la sampai masa tu).. Risiko hilang tiba2 tu susah sket la..

Setakat tu je dulu Ustaz Love mampu kongsikan.. InsyaAllah, bertemu dalam siri akan datang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 Comments

Add a Comment
    1. aikk.. sikit ke? penat tau Ustaz Love menaip.. hehe..

      insyaAllah, jap lagi sambung lagi πŸ˜‰

    1. insyaAllah, bila ada domain sendiri, akan terasa lebih fokus untuk berblogging.. benda berbayar la katakan πŸ˜€

  1. hee domain tu nama blog yang lebih ringkas dan mudah jer , lagi satu jika berdomain kita dah ada jenama produk kita sendiri blog adalah produk kan…

    kalau berhosting sendiri kelebihanya traffic ..sesuia untuk sesiapa yang bersungguh2 nk dapatkan income blogging ..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme