I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Tutorial : Menentukan Pakej Hosting Yang Sesuai Dengan Bandwidth

Salam…

Tadi Ustaz Love cuba nak masuk ke blog Faizal Fredley.. tapi blog beliau telah mencapai tahap bandwith yang ditetapkan.. maka tak dapat la nak masuk blog beliau yang sangat berinformasi itu.

Lalu tercetus la idea nak menulis pasal bandwidth ni.. Walaupun Ustaz Love tak berapa faham gak pasal bandwidth ni, tapi Ustaz Love nak kongsikan jugak. Sbb kalau tak kongsi, ilmu tak bertambah dan berkembang.. Mungkin ada yang akan membetulkan Ustaz Love kalau Ustaz Love tersilap fakta.. Maka, ilmu Ustaz Love pun akan dapat dibetulkan dan ditambah..

Bandwidth adalah satu ukuran untuk data transfer (pemindahan data) bagi waktu2 tertentu (biasanya untuk webhosting berbayar, diukur dalam sebulan). Kalau dalam sebulan tu, ramai orang masuk dlm blog kita, ataupun orang amik gambar yg kita upload dalam webhosting kita (cuma letak url location), maka ianya akan menyebabkan bandwidth semakin berkurang (disedut).. sbb tu ramai yg buat ‘disable right click’ supaya susah sket nak cari url gambar tu..

Jadi, kalau blog tu jenis yang nak letak banyak gambar, maka upload la gambar kat tempat lain.. supaya tak menghabiskan banyak bandwidth hosting kita. Juga lebih menjimatkan ruang. Bleh pilih pakej yg ruang storan lebih kecik, dan bandwidth lebih besar.

Namun, jika jumlah pelawat kita memang ramai, maka pilihlah pakej hosting yang menawarkan bandwidth yang tinggi.. Sebab, seandainya bandwidth dah habis, pengunjung dah tak bleh melawat blog kita.. Ini akan mengurangkan kredibiliti di kalangan pengguna terutama pengiklan kita. Dan kalau kita nak top-up bandwidth (sementara menunggu masuk bulan baru), ia bakal meningkatkan kos hosting.

Jadi, kalau target kita nak bagi ramai2 pengunjung masuk blog kita, maka kena fikirkan pasal keperluan bandwidth ni.. Memang seronok tengok RedMummy ramai pengunjung, tapi dah tentu pakej hosting yg beliau amik tu mahal harganya (kalau bukan fully sponsored la).. Tapi kira berbaloi la dengan pendapatan bulanan yg beliau dapat hasil pengiklanan blog.

Tapi, mahal2 pun takde la mahal mana pun.. sebab bayarannya dikira setahun..

Cuma, jangan terpengaruh sangat dengan syarikat hosting yg baru (kebanyakannya reseller) yang menawarkan pakej tak masuk akal.. Takut2 nanti, apa yg ditawarkan tak bertepatan dengan apa yang kita dapat.

p/s: Seminggu dua ni, blog Ustaz Love kerap down.. kata customer service Exabytes, server yg host kan blog Ustaz Love dah overloading dan diorg offer pemindahan ke server lain. Tapi Ustaz Love malas nak buat back up, jadi biar dulu la. Kira ok la dia punya service berbanding hosting yg Ustaz Love pernah guna dulu.. orang tanya lain, lain yg dia faham.. last2 berpuluh2 e-mail, satu pun tak berbalas πŸ˜‰

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 Comments

Add a Comment
    1. Ustaz Love tak bleh nak komen spesifik hosting provider.. Ustaz Love bleh bagi secara umum je.. Kalau berdasarkan pengalaman, ianya ok, maka ok la..

      p/s: Ustaz Love tak pernah guna WeirdoBytes.. jadi tak bleh nak kongsi apa2 pandangan πŸ˜‰

  1. pada pendapat aku, bandwidth 10GB sebulan sangat cukup untuk blog atau website tidak popular. Kalau bandwidth 10GB sebulan sangat sesuai untuk blog atau website yang purata 300UV setiap hari..

    Bagi blog atau website yang popular, bagi aku better ambil yang unlimited bandwidth..pada pendapat aku la..

    1. Susah nak percaya pasal unlimited bandwidth ni.. sbb setiap benda pasti ada limit termasuk bandwidth.. kecuali kalau hosting provider yg dah establish yg server pun besar satu bilik.. πŸ˜‰

    1. bandwidth ni ada gak untuk broadband atau pakej internet yg kita guna.. contohnya kalau diberikan pakej dengan bandwidth sebanyak 6Gb sebulan, maka kalau kita banyak download ke, tengok youtube ke, dia akan pakai banyak bandwidth.. bila dah cukup 6Gb (walaupun belum cukup sebulan), maka kita punya internet jd slow.. nak bukak page sendiri pun tunggu 18 jam πŸ˜€

  2. salam ustaz…memang setakat ni blog FF byk guna bandwidth akibat trafik yg byk….50GB sebulan tidak mengcukupi…sekarang FF dah upgrade ke 100GB sebulan harap2 cukup….
    FF guna serverfreak hosting ni x der pakej unlimited bandwidth…hosting baru byk yg menawarkan pakej unlimited bandwidth tp takut gak nak guna sebab hosting baru ni byk problem….FF dah pernah guna dlu…bandwidth unlimited tp setiap miggu server down..

    1. wow.. banyak tu.. tapi kalau unlimited bandwidth ni susah sket nak percaya.. kalau website yg jenis tak digunakan secara maksimum, mungkin tak perasan.. tapi kalau ramai pelawat dan guna banyak bandwidth, takut2 tak cukup plak (padahal kata unlimited.. hehe).

  3. biasa la blog popular memang cam tu
    tapi sekarang ni, blog faizalfredley masih lagi cecah limit..
    mungkin kena hotlink protection kat cpanel baru ok kot..

    1. nak tak nak, memang kena amik pakej hosting yg menawarkan saiz yg besar untuk bandwidth.. kalau ramai pengunjung la πŸ˜€

  4. pendapat ana.. =.=”……….(menyepi??) hahahaha x tau n x paham satu apa pun,x dpt nak shre apa2..hihiii

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme