I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Tutorial : 6 Tips Bagaimana Memilih Pelan Hosting Yang Sesuai

Salam..

Ustaz Love nak habiskan tentang tips2 ni secepat mungkin.. sebab nak masuk tutorial untuk pengurusan website / blog menggunakan cpanel plak.. Kalau tak faham, takpe.. ikuti dulu tutorial Ustaz Love ni.. insyaAllah, nanti bleh faham.. kena belajar pelan2 benda2 basic.. baru la takde masalah bila dah masuk bab advance nanti..

Kali ni Ustaz Love terangkan pasal hosting plak.. sebelum ni, kita dah faham tentang domain name dan kepentingannya serta tips2 berkaitan, kali ni kita akan belajar bab hosting plak (ada gaya2 pensyarah tak? kihkih)..

Hosting adalah tempat menyimpan segala data2 penting laman web kita.. file2 system, database dsb.. kiranya macam hard disk la kalau dikaitkan dengan komputer.. kalau dikaitkan dengan kehidupan, mungkin boleh dikatakan domain name tu sebagai alamat rumah kita.. dan hosting itu adalah rumah kita.. kalau ada alamat, tapi takde rumah.. memang tak jumpa la org nak cari.. begitu juga sebaliknya..

Jadi, sebelum membeli hosting (ada pakej jual domain + hosting.. tapi kita boleh pilih ikut kesesuaian kita), maka kita kena tentukan keperluan kita.. Jangan tersilap beli yg bakal menyebabkan kita kerugian.. seperti membeli pakej domain yang bersaiz besar (ruangan storan), tapi kita guna sikit je.. takpun kita beli pakej yg minimum, tapi kita guna maksimum hingga habis ruang untuk data dan bandwith.. terpaksa top up dan top up sehingga harganya melebihi daripada harga kalau kita beli pakej yg besar sket..

Antara perkara yang perlu diambil kira sebelum membeli hosting adalah :

1. Memastikan berapa banyak disk space (ruang storan) yang kita perlukan.

Jika kita buat blog / website jualan yang memerlukan ruang yang lebih untuk menyimpan gambar2, data pembeli dsb, maka kita perlu memilih pelan yang menawarkan ruangan storan yang besar. Apatah lagi kalau kita nak letakkan juga fungsi e-mail dalam hosting (contohnya nak buat beberapa e-mail spt admin@ustazlove.com dan beberapa e-mail yg lain).. sbb kita akan terpaksa membahagikan ruang untuk tujuan e-mail.

2. Memastikan berapa banyak data transfer yg kita perlukan..

Formulanya lebih kurang mcm ni..

Saiz page (termasuk gambar2, video clip dsb) kali dengan pageviews untuk sebulan (bleh cek kat statistik akaun nuffnang). Jadi, kalau dalam sebulan kita dapat 1000 hits pageview ke mainpage kita yang bersaiz 1Mb, maka kita perlu beli hosting yang data transfernya untuk sebulan 1GB paling kurang.

3. Pastikan berapa banyak domain yang kita boleh letak dalam hosting tu..

Biasanya kalau hosting yang pakej murah, maka kita cuma boleh point 1 domain saja.. kalau nak letak 2 3 domain (spt penerangan sebelum ni, kita nak point domain ustazlove.com, ustazlove.net, ustazlove.my dsb ke satu hosting), maka pakejnya mungkin mahal sikit.. Tapi kelebihannya, kita dapat cover banyak UV daripada extension yg pelbagai..

4. Pastikan hosting yang kita nak beli tu support bahasa pengaturcaraan yg kita guna untuk website kita..

Kalau kita beli hosting yang menawarkan sistem operasi (OS) Linux, maka biasanya bahasa pengaturcaraannya adalah jenis .php.. kalau untuk .asp, biasanya pakej hosting itu adalah menggunakan sistem operasi Windows (yg jenis ni agak mahal sket.. sbb Microsoft kan mahal.. sedangkan Linux adalah Open Source).. Ia bakal mengganggu perjalanan website kita kalau kita nak unzip file ke (contohnya kita nak install file system form jualan ke, tapi dizipkan (compress) menggunakan .zip file, maka ada jenis hosting yg cuma support sistem open source takkan membenarkan perkara itu berlaku.. sbb extension untuk file system bagi Linux Hosting adalah yang menggunakan .tar.gz)

5. Buat penilaian kepada syarikat webhosting yang kita nak beli hostingnya itu..

Kalau nak beli hosting, belilah daripada syarikat yang mempunyai reputasi tinggi.. kalau yang jenis baru2 tumbuh tu, bukannya tak ok.. insyaAllah, kalau fokus, maka ok la nantinya.. cuma, takut kita terbeli daripada reseller (dia pun beli pakej reseller daripada syarikat webhosting lain) dan susah kita nak berhubungan kalau ada masalah ke.. Ustaz Love memang sangat mencadangkan agar menggunakan hosting daripada Exabytes.. sbb syarikat ni bereputasi tinggi hingga mempunyai cawangan di US.. dan customer servicenya sangat mesra alam..

6. Fokuskan pemikiran..

Tanya kat member2, google maklumat2 penting.. kemudian buat keputusan.. Bila dah yakin, maka beli la hosting tersebut.. Sebab pilihan terakhir adalah di tangan kita..

Setakat itu dulu.. kalau ada salah silap, harap betulkan.. sbb teknologi ni semakin maju.. mungkin info yg Ustaz Love bagi ni dah ketinggalan zaman πŸ˜‰

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 Comments

Add a Comment
  1. bukan senang nak cari hosting yang kena dengan preference masing-masing..

    apapun tips ni sangat membantu dan sebahagiannya mmg saya pakai

    1. betul tu.. tak semua orang sama kadar penggunaannya..

      terima kasih kerana sudi komen πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme