I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Tutorial : 11 – 25 Tips Memilih Nama Domain

Salam..

Entry ni sambungan entry yg sebelum ni.. disebabkan tak nak jadi panjang, maka Ustaz Love bahagikan menjadi 2 siri.. Kira lepas habis baca yg siri pertama, bleh gi minum2 dulu.. pastu sambung balik dengan entry ni..

Oleh sebab entry lepas sampai point no 10, jadi, entry ni Ustaz Love akan mulakan dengan point no 11..

11. Elakkan menggunakan nombor2 yang menggantikan perkataan..

Contohnya macam 2u, 4u, u2, 4u2c dsb.. sebab pengunjung bleh kompius.. kalau maybank2u tu memang dah tak kompius dah.. sbb dah maklum seantero Malaysia.. cuba Ustaz Love tukar nama domain jadi ustazlove4u.com.. mungkin ada yg terlupa, ditaipnya ustazlove2u.com.. atau ustazlovetoyou.com (dah bunyi macam kicap la plak)..

12. Jangan gunakan bahasa slanga..

Gunakan bahasa baku.. jangan guna nama domain spt akuwpunyeww.com ke, shuwweett.com ke.. memang orang susah nak eja dan nak ingat..

13. Berhati2 dengan huruf ‘O’ dan angka ‘0’..

Biasanya orang selalu tertukar O dengan 0.. kadang2 diletak nama domain 0rang.com.. nampak mcm ‘orang’ tapi sebenarnya ‘0rang’.. satu dengan huruf, satu dengan angka..

14. Ada brand..

Mcm google, siapa sangka ianya akan menjadi syarikat bernilai berbilion USD? Bila dah lama dan dikenali serta ada branding tersendiri, maka ramai yg sudi melabur dan beriklan.. Dan nama domain yg asalnya berharga beberapa USD je, dah meningkat berpuluh ratus kali ganda..

15. Nama domain itu mudah untuk ditaip..

Sama gak mcm point2 kat atas tu.. kalau bleh dibaca dan diingati, mudah la nak ditaip..

16. Nama domain mudah difahami..

Juga sama gak dengan yg atas.. kalau letak nama domain resepi.com, dah tentu orang terus dapat faham yg blog / website itu adalah laman masakan.. kalau laman porno pula, biasanya ada xx ke, sex ke.. terus kenal melalui nama domainnya..

17. Isu HakCipta..

Walaupun Ustaz Love menggunakan nama ni dah sekian lama, namun jika muncul seorang lain yang mendapatkan hakcipta untuk nama Ustaz Love ini, maka Ustaz Love dah tak bleh nak guna nama ni dah.. beliau boleh saman Ustaz Love.. mcm kes majalah Ujang gak.. walaupun majalah tu nama Ujang, dan ada kartun lukisan Ujang, tapi Ujang tu dah jadi Hakcipta Terpelihara (Copyright) MOY Publication.. jadi, Ujang itu cuma boleh kekal pada namanya saja / panggilan saja.. tapi dah tak bleh komersialkan.. Sbb tu bagi mereka2 yg berhasrat nak mengekalkan nama domain dan pengenalan mereka, kena memikirkan juga soal Hakcipta ni.. kena patent kan..

18. Nama domain yg unik..

Nama yg unik menjadikan anda berbeza daripada orang lain.. kata la dalam satu kelas ada 10 murid perempuan.. semuanya guna nama bunga.. bunga kemboja la, bunga kekwa la.. bunga teratai la dsb.. sampai kat sorang ni, dia guna nama bunga rafflesia.. dah tentu nama tu nampak unik.. Bila unik, orang mudah nak ingat..

19. Guna kamus dan buat carian..

Kadang2 bila kita memikir perkataan yg sesuai, memang susah nak jumpa.. maka kena la tengok kamus.. lepas tu cek kat mana2 tools yg boleh search sama ada nama domain yg kita nak gunakan itu available ke tak.. contohnya try guna exabytes.. kalau not available, cuba lagi nama lain.. sampai la available..

20. Cari domain yg dah tak pakai..

Kadang2 bila kita search, domain tu not available.. bila kita try taip url dia, memang website tu pun dah takde.. maknanya, pemilik nama domain tu dah tak renew dia punya pendaftaran.. mungkin bleh jumpa nama2 domain yg sedap kat sini.. boleh rujuk penyedia hosting untuk mendapatkan nama domain ni..

21. Nama domain mudah diingati..

Sekali sebut je dah ingat.. takyah tanya banyak2 kali dah..

22. Lelongan / Penjualan Domain..

Ada sesetengah orang, dia beli nama domain cantik2, dia design cantik2… lepas tu dia naikkan page ranking, UV, traffic dsb.. kemudian dia nak jual.. memang dia dapat untung, tapi sapa yg beli pun untung gak.. ini khusus untuk website bisnes la.. kalau benashaari jual nama domain dia, memang la banyak trafik.. tapi lama2 turun la trafik tu.. sbb orang dah tau bukan benashaari yang menulis kat situ.. sbb blog beliau adalah blog peribadi..

23. Perah otak (Sesi Brainstorming)..

Kumpulkan beberapa orang.. dan perah otak mcm mana nak cari nama domain yg best.. mcm facebook gak.. mcm2 nama sebelum kewujudan facebook tu.. facemash la.. thefacebook la.. semua tu hasil brainstorming dan perbincangan.. cuba tanya mak ayah, nama domain apa yg sesuai.. mana la tau, ada keberkatan kat situ πŸ˜€

24. Cepat la daftar.. apa nak tunggu lagi.. nanti lambat2 orang amik plak nama domain tu..

25. Kalau sudi, register la kat exabytes punya domain.. bleh klik kat sidebar tu.. hehe

Itu je la.. harap ianya bermanfaat.. Salah silap harap dibetulkan dan dimaafkan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 Comments

Add a Comment
    1. terima kasih wazy..

      tak pasti tips ni berkesan ke tak.. Ustaz Love pun pinjam tips orang punya πŸ˜€

    1. betul3x.. penulis asal (dlm link yg diberi) memang expert.. Ustaz Love tukang ceduk je πŸ˜€

    1. hehe.. ni kira entry last untuk tips nama domain tau.. jangan nak mintak sambung plak.. tak reti dah nak sambung.. hehe πŸ˜€

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme