I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

Tutorial : 10 Tips Memilih Nama Domain

Salam…

Dah lama Ustaz Love tinggalkan tutorial ni.. agak sibuk sket tak bleh nak fokus.. sbb benda2 ni memerlukan penumpuan.. berbanding entry2 mengarut yg Ustaz Love tulis berdasarkan apa yg terlintas.. Itu sambil korek hidung pun bleh siap 3 4 entry.. kihkih..

Okey la.. tak nak mengarut panjang2 sangat.. sbb entry ni agak panjang.. Ustaz Love bukan mereka2 tips ni.. tapi Ustaz Love ceduk sikit2 daripada laman ni… Sekurang2nya dapat kita sama2 kongsikan..

1. Kekal dengan dot.com

Kalau nak pilih domain name berbayar, pilih la yg dot.com.. jangan amik yang dot.net ke, dot.org ke.. dot my pun tak digalakkan sangat untuk laman blog ni walaupun nampak lebih pendek (setakat kurang 1 perkataan je).. kalau untuk bisnes / organisasi, takde masalah nak guna selain dot.com.. Ini kerana, penggunaan domain dot.com itu lebih dikenali dan lebih meluas penggunaannya.. kira lebih cathcy pada pandangan mata dan pendengaran telinga la..

2. Mudah untuk dieja dan diingati..

Contohnya mcm nama domain ustazlove.com ni.. mudah kan nak eja dan ingat? Tapi, masih lagi dalam gred B.. kalau yg gred A, mcm google.com, kambing.com, lembu.com, cipan.com.. senang tak nak ingat? Cuba kalau letak nama domain macam siput_sedut2473542.com.. agak2 bleh ingat tak?

3. Lagi pendek, lagi baik..

Ini bukan sebarang pendek okeh.. nama yg pendek, lebih mudah diingati.. sbb tu orang2 tua dulu, tulis long hand, baca short hand.. dalam ic nama Muhammad, panggil Mat je.. sebab lebih mudah nak ingat.. Cuba letak nama domain sepanjang2 alam.. itu yg selalu tertinggal perkataan tu.. akhirnya dok pelik2, kenapa la dah blogwalking sampai 500 blog, satu UV pun tak masuk ke blog kita.. pasal tertinggal perkataan dlm alamat.. Mcm bg kad kawin, tapi silap bagi nombor rumah.. no rumah Lot 8734, jadi 873..

4. Nama domain tu agak komersial..

Cuba bayangkan kalau nama domain tu masuk dalam tv ke, kat billboard ke.. agak2 orang suka ke, atau orang menyampah ke.. atau org gelak berdekah2? Agak2 bleh fikir sendiri tak? Boleh le eh.. tak reti plak nak bagi nama domain yg komersial.. kalau yg tak komersial tu, memang banyak.. contohnya kambingkacang.com.. agak kurang komersial berbanding boer.com..

5. Takde tanda sempang ( – ) atau underscore ( _ )

Bila ada nama domain seperti make-up_artist.com contohnya, kadang2 pengunjung bila nak datang balik tak ingat kat mana letak sempang, kat mana letak underscore.. mungkin je dia taip make_up-artist.com.. atau make-up-artist.com.. dah tentu tak jumpa.. dua tiga kali try, malas la orang nak cuba.. rugi satu UV.. kalau bisnes, mungkin rugi satu deal..

6. Kalau nak guna extension lain (dot.net, dot.biz dsb)

Mungkin kita ada perancangan jangka panjang untuk laman web tu.. mungkin kita nak beli banyak domain.. contohnya, ustazlove.com nak kembangkan jadi suatu bisnes.. jadi, Ustaz Love pun beli domain ustazlove.net, ustazlove.biz, ustazlove.my dsb.. kemudian buat redirect ke ustazlove.com.. Hasilnya, jika orang cuma tahu nama Ustaz Love dan cuba2 nak taip domain, dia ingat sbb Ustaz Love ada buat MLM (konon2nya la), maka mungkin dia ingat Ustaz Love nak guna dot.net.. jadi, apa pun extension yg dia guna, akan membawa dia menuju ke blog Ustaz Love juga.. Ini juga bagi mengelakkan duplikasi.. yg mana satu Ustaz Love yg ori dan tak ori.. adakah ustazlove.com atau ustazlove.net? Dah tentu la ustazlove.com.. kihkih

7. Singular atau plural (untuk domain name berbahasa Inggeris)

Kena pastikan betul2 yang mana sesuai digunakan dengan singular, dan mana yg sesuai digunakan dengan plural.. maksudnya, yg mana lebih menangkap di telinga.. contohnya, medicalcard.com dengan medicalcards.com.. Ustaz Love rasa, yg singular (medicalcard.com) itu lebih catchy.. Kena ingat, terlebih atau tertinggal perkataan bakal menyebabkan pelawat tak datang ke website kita, tapi terpergi ke website pesaing kita.. rugi satu sales..

8. Harga nama domain..

Harga domain.com lebih murah berbanding dot.my atau dot.com.my atau yg ada extension mewakili negara (Malaysia – my, China – cn, United Kingdom – uk dsb).. Untuk membeli dot.com.my atau dot.my, perlukan sijil pendaftaran perniagaan dan mengisi borang dsb.. harga pun mahal berkali2 ganda.. kalau dot.com, bleh order mcm tu je, isi borang online.. bayar harga yg murah.. Tapi kalau ada sesiapa nak beli domain google.com, pastikan anda seorang billionwan.. hehe

9. Nama domain yang mewakili keyword blog / website..

Kalau kita buat blog masakan, maka jangan la pilih domain seperti binabadan.com walaupun hakikatnya, blog masakan itu boleh menyebabkan otot perut itu terbina dengan lebih pantas.. Pilih la domain masakanmelayu.com ke, resepi.com ke.. Sebab enjin carian akan mencari keyword carian bermula daripada nama domain..

10. Trafik Main Taip je (Type-In-Traffic)

Ada jenis user yang main taip je kat browser.. dia teringat nak cari resepi, maka dia akan taip kat browser tu “resepi.com”.. jadi, kalau nasib baik, akan tersangkut la user tu kat blog kita.. takpun, kalau dia ada pasang tools mcm alexa ke, kalau tak jumpa laman tu, terus alexa akan redirect ke enjin cariannya.. ada kemungkinan nama domain kita akan ada sekali..

Penatnya menaip.. esok Ustaz Love sambung lagi 15 tips.. Selamat membaca.. jangan muntah sudaaa.. πŸ˜€

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 Comments

Add a Comment
    1. insyaAllah, kalau masih ada ruang dan peluang.. kalau tak, Ustaz Love wasiatkan supaya ayie sambung entry ni.. jangan abaikan wasiat ni.. nnt Ustaz Love ganggu ayie dalam mimpi nnt.. πŸ˜€

    1. owh.. memang sangat penting bagi sesiapa yang ada perancangan jangka panjang untuk domain ni.. mcm google.com, bukan terus2 ada dan terus2 popular.. amik masa gak.. mana la tau, satu masa nanti domain ustazlove.com ni bleh dijual dengan harga USD 10 juta.. kayoo pacikk.. hehe

      lagi satu.. ada dengar cerita tak blog cik epal hilang tiba2? πŸ˜‰

        1. ada kemungkinan disabotaj.. Ustaz Love pun tak baca blog beliau, tapi baca entry2 pasal tu kat blog lain πŸ˜‰

    1. pehh.. Ustaz Love tak reti la nak bagi pendapat.. tapi Ustaz Love rasa ok je.. sebab senang nak baca dan senang nak ingat πŸ˜‰

    1. nak beli domain, kena beli kat reseller (webhosting provider).. bleh klik kat iklan hosting kat sidebar sebelah.. ataupun boleh deal dgn blogger yg buat hosting mcm jiwakacau πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme