I Love Tamil Movie!!

Set Lego Yang Mesti Dibeli Kalau Ada Masa Tu!!

Teringat Masa Zaman Kegemilangan Dulu!!

True Beauty – Hisab Di Dunia

Salam…

Ustaz Love rasa nak tergelak plak bila melihat pada tajuk yang macam bagus ni.. Patutnya dah tajuk English, entry pun kena la in English.. tapi sebenarnya tajuk tu sendiri ada kaitan.. sbb kalau diterjemahkan, mungkin kita dah tak dapat nak kenalpasti. Mcm Ustaz Love la.. Kalau diterjemahkan kepada Ustaz Cinta, dah tentu lain bunyi dan orangnya..

Ianya ada kaitan dengan satu program realiti yang disiarkan di NTV7.. baru dua kali Ustaz Love tengok.. walaupun ianya rancangan luar negara yg tak mempedulikan halal haram, tapi masih ada sisi positif yang kita boleh amik iktibar..

Seperti rancangan realiti lain (The Apprentice, Cari Menantu dsb), pastinya ada tugasan yang diberikan kepada para peserta untuk dinilai hasil kerjanya. Tapi penilaian itu semata2 atas dasar hasil kerja (luaran) sehingga sampai kepada satu keadaan, apa2 cara pun boleh digunakan.. asalkan matlamat tercapai.

Berbeza dengan rancangan ini, bukan sekadar hasil kerja tugasan sahaja yang dinilai, bahkan kecantikan dalam juga dilihat. Minggu lepas, 2 peserta markah terendah diuji dengan seorang lelaki yg membawa barang (pizza kot) yg banyak.. sama ada peserta tu akan bukakan pintu untuk lelaki tu, ataupun dia tak peduli..

Semalam plak, mereka diuji dengan seorang lelaki yang berpura2 jatuh basikal.. sama ada mereka nak menolong atau tak, maka itulah penilaian terakhir..

Bila Ustaz Love tengok cerita tu, ada 2 perkara yg Ustaz Love terfikir.. disebabkan peserta tak mengetahui adanya kamera2 tersembunyi, maka mereka tak dapat nak berpura2.. lalu terserlah la sikap2 mereka spt suka menyelongkar barang orang lain, suka mengumpat, melagakan orang, menghina dsb.. Akhirnya, walaupun wajah dan mereka cantik (feewwiittt), tapi mereka tersingkir… kerana kecantikan dalam itu jugalah yg akan dinilai..

Satu lagi bila tengok bagaimana saat penyingkiran itu, peserta ditunjukkan dengan rakaman segala aktiviti dan percakapan yg mereka lakukan.. Ada yang tak bleh terima, ada yang terkaku melihatnya.. Memang memalukan bila kita ditunjukkan oleh orang lain akan rakaman kesalahan kita (padahal sebelum tu, kita beria2 menafikan yg kita melakukannya).. Bayangkan bagaimana di akhirat nanti, saat dijalankan sesi Hisab di hadapan Allah, kita ditunjukkan dengan rakaman segala perbuatan yg kita lakukan di dunia ini.. bagaimana agaknya kita nak lepas?

Akhirnya, mereka2 yg sejahtera hatinya (qalbun saliim) dan baik amalnya saja yg akan selamat.. Sedangkan mereka2 yg sibuk mengatakan hatinya baik, sedangkan amalnya tak selari dengan ‘kebaikan hatinya’ akan kecundang.. bahkan mereka2 yg amalnya baik juga boleh jadi kecundang disebabkan ‘hatinya tak baik’.. sebab akhirnya, kecantikan dalaman itulah juga yang akan jadi penentunya iaitu keikhlasan beramal..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 Comments

Add a Comment
  1. Salam Ustaz
    lame dah xtegur Ustaz Love..=)
    Entry kali nie..membuatkan najah terfikir..
    memikirkan sesuatu
    Bila aib kita ditayangkan kepada semua orang pada hari Pembalasan nanti….

    Terima Kasih..=)

    1. Salam najah..

      terima kasih kerana masih sudi menegur Ustaz Love..

      sbb itulah Nabi s.a.w. melarang kita menyebarkan perkara2 aib dan cuba sedaya upaya menutup aib.. supaya kat akhirat nanti, Allah akan menutup pula aib kita πŸ˜‰

    1. salam kakyon..

      tayangan perdana di akhirat, pasti tiada penonton yg seronok.. sbb masing2 akan dipertontonkan πŸ˜‰

  2. Salam ustaz,ada sedikit kemusykilan…suami saya ada menyewakan rumah kepada 1 keluarga mualaf.Oleh kerana ketua keluarga tersebut sahaja yg bekerja dan gaji pula kecil beliau tidak mampu membayar sewa rumah tersebut yg telah tertunggak hampir 1 tahun lalu memohon bantuan dari JKM/ZAKAT.Semasa membuat permohonan beliau meminta suami saya meletakkan jumlah bayaran sewa melebihi jumlah caj sewa yg sebenarnya.Lalu suami saya meletakkan mengikut jumlah yg dibayar kepada bank iaitu lebih kurang dlm RM200 sebulan.Setelah sumbangan zakat diterima oleh keluarga tersebut,beliau pun menjelaskan jumlah tunggakan sewa selama 1 tahun itu.Soalannya adakah suami saya dikira bersubahat dalam menuntut wang zakat tersebut kerana telah meletakkan jumlah yang melebihi caj sewa yg sebenarnya?Harap ustaz dapat memberi penjelasan dan perlukah wang yg lebih itu dipulangkan?Terima kasih.

    1. Salam azeima..

      Ini dah masuk bab muamalat.. insyaAllah nnt Ustaz Love buatkan entry jawapan πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published.


CommentLuv badge

Ustaz Love Menulis... © 2010 Frontier Theme