Salam…
Jabatan Veterinar telah mengesahkan bahawa telur2 yang disangka palsu sebenarnya tak palsu.. Ianya telur tulen.. Yang nampak lain macam daripada telur biasa tu adalah disebabkan telur tu dah rosak (dah jadi telur tembelang).. dan bukanlah telur buatan manusia..
Tambahan lagi, harga telur tiruan itu sebenarnya lagi mahal daripada telur ayam tulen.. Ini kerana, walaupun kos bahan mentahnya adalah murah, tapi kos pembuatannya susah.. memang la murah harga seikat daun palas (daun nak buat ketupat), tapi kalau daun tu dah dianyam, ia akan jadi mahal.. sbb kos tenaga, kemahiran dan masa nak buat tu.. bukan semua orang mahir nak buat..
Dengan pengesahan ini, maka terbatallah kenyataan CAP yang menyatakan ada telur palsu dah masuk ke Malaysia.. dan serentak itu juga, kerajaan telah menambahkan birokrasi dalam bidang penteluran.. iaitu semua pemborong telur kena berdaftar dengan Jabatan Veterinar.. maka, nantikanlah kenaikan harga telur pada masa akan datang.. walaupun ianya tak menyebabkan kenaikan kepada harga minyak RON97..
Apapun, mulai sekarang kita dah kena kurangkan makan telur.. walaupun telur itu merupakan sumber protein, tapi jangan lupa bahawa telur juga tinggi kandungan kolesterolnya..
Ustaz Love teringat masa kecik2 dulu, Ustaz Love suka baca majalah bina badan.. bukan sebab nak suh mak belikan spender baru ke apa, tapi terkagum dengan ketulan2 yang ada pada badan ahli bina badan.. sebab masa tu badan Ustaz Love sangatlah kerempeng..
Terbaca diet ahli bina badan.. telur mentah dimakan sampai berpuluh biji sehari.. ayam seekor.. fuhh.. bleh pecah perut.. Walaupun Ustaz Love tak berjaya mendapatkan perut six pack, tapi alhamdulillah, Ustaz Love sihat dengan six pack dalam satu pack (perut jalan ke depan).. sbb tu Ustaz Love tak terkejut sangat ada atlet bina badan kena serangan jantung selepas tak aktif dalam sukan tu..
Lepas ni nak try telur itik separuh masak.. Agak2 bleh masuk tak (dlm tekak).. π

hehehe . telur itik pun sodap ^^
tapi telur itik hanyir sket.. kalau tak tahan gak, mungkin nak try telur kambing.. π
6 in 1 pack sangat la chomel.. hahaah
memang comel.. bleh letak laptop atas perut.. π
hehe. ustaz love. iklan survey kat atas tu untuk org yang lahir tahun 1987 dan keatas je eh. saya 1988. xdek peluang ke
utk org yg lahir 1997 ke atas… 1988 ada peluang tu.. π
Banyak lagi yang palsu di sekeliling kita..kena kaji ni ustza
memang betul tu.. Nabi palsu pun ada, inikan plak kepalsuan yg lain π
hehe macamana lah boleh timbul isu telur palsu ni. memandai je siapa yang buat aduan tu.. tak siasat2 kok ye pong..
ia berpunca daripada keprihatinan masyarakat juga.. kelemahannya cuma berita2 itu tak disiasat dulu.. terima bulat2 apa orang kata π
telur itik buat gulai lemak kuning sedap sangat ustaz love..pastu telur masin pun ok jugak…tapi jgn makan selalu..tak pun..sesekali tukar dengan telur ikan..kalau telur sotong susah sikit nak dapat sotong yg bunting..!!! heeee..
haa.. tu feveret Ustaz Love tu.. telur itik masak lemak kuning.. makan plak dengan ikan masin.. adoii.. menderitanya perut..
tapi kalau nak makan telur separuh masak, tak bleh nak guna telur ikan π
bagi saya tk boleh kurangkan telur saya sgt suka telur bukan nk bina badan ke apa , cuma kalau tk makan telur ayam tu saya rasa tak best haaa
betul2.. mcm Ustaz Love gak.. kalau sehari tak makan nasik, rasa mcm tak sah.. apa yg tak sah pun tak tahu la π